Tuesday, August 31, 2010

Universal Studios – Singapore

22 /5/2010
Pagi sabtu, aku dan hubby bersiap sedia nak ke Singapore. Kami berdua excited nak ke Universal Studios. Kami amik flite paling awal, pukul 7 pagi dan akan sampai di Changi Airport dlm pukul 8 lebih. Tapi ada satu perkara lucu yang terjadi di dalam kapal terbang. Seat kami agak kebelakang. Nak menunggu turn dpt beli makanan dah tentu lah lambat. Tapi kami kena makan jugak sebab nanti samapi di Singapore, kami akan terus ke USS. Yang kelakarnya, baru 2-3 suap kami makan, tiba2 kapten announce ” Sebentar lagi kita akan mendarat di Singapura. Sila betulkan tempat duduk anda.” hahahaha…aku pandang hubby. Hubby pandang aku. Nasi ada setengah lagi tak makan. Nak tak nak, kami makan cepat2. Tercekik2 kami dibuatnya. Nasib hidup lagi. Next time, kena ingat kalau ke Singapore, samaada dapatkan seat hadapan atau minum sahaja.
Alhamdulillah, kami selamat mendarat. Urusan immigresen mudah. Kami menunggu shuttle van yang disediakan oleh pihak hotel. Dalam 10 minit menunggu, van pun datang. Kami terus ke Cityhub Hotel. Aku pilih Cityhub Hotel ini pasal shuttle bas USS akan lalu di depan hotel. Very the senang. Hehehehee…Nak jimat masa. Masa tuh dah pukul 9 pagi. Terus naik bas ke USS. wohoo!!!!!

Sampai di USS dlm pukul 9.20 pagi. Belum bukak. USS bukak pukul 10 pagi. So sementara nak tggu entrance bukak, kami berlegar2 di ruang depan. Bergambar2 dengan itu GLOBE ( tak sah okay kalo x amik gambar dgn itu Globe). Even dlm website, dia kata, limited guest, tapi aku tgk sikit punya ramai manusia. Banyak Indon ngan Filipino. 9.50 gitu, aku dan hubby siap2 beratur. Tak sabar sehh..nak masuk ( ngalahkan budak2). Masuk je, kami terus redeem voucher. Masa aku pegi tuh, kitaorg dapat voucher SGD15 sorang. Best2. Boleh beli subenier. Kat USS nih yang best haruslah ke Jurassic Park dan Ancient Egypt. bagi aku 2 park nih paling happening. Mcm2 rides ada. Basah kuyup dibuatnya. Oh ya! Jgn lupa bwk baju hujan ye. Kalau tak bwk boleh beli poncho yg dijual dengan harga SGD 1.50.

Tempat makan senang. Banyak pilihan. Ada fast food, nasi beriani, western and chinese cuisine. Aku pilih nak makan kt Mel’s Drive In. Ni semua pengaruh filem Back to the Future. Nak main2 kena tgk jugak, ada yang tak payah beratur lama. Ada yang aku kena tunggu 40 mint. Lama pun lama lah..aku tunggu gak sebab nak maximise kan ke enjoyan (err ada ke perkataan cam nih ).
kat dalam tuh, aku terkejar2 sana sini psl nak bergambar dengan character. Hubby pun sama. Sebok dia nak carik Woody Woodpecker. Akhirnya dpt jugak kitaorg amik gambar dengan beebrapa character. Aku ? Aku mestilah nak bergambo dengan Shrek & Princess Fiona. 4D show pun best. Cuma yg x berapa best masa musical show kat Pantages Theater. Tak tau la sebab aku dh penat ke atau aku dah kenyang ke, aku boleh terlelap dlm tuh. dekat 10 mint gak la aku terlelap.
Kami keluar dr USS dlm pukul 7 lebih cam tuh. Globe dah bukak lampu2 dia. Then turun ke basement tunggu bas nak balik ke hotel. Overall aku suka USS sebabbbb…aku suka tempat yang cantik2 dan penuh fantasi.

1 comment:

HZFK said...

ini kak aziefah..

Suka baca cerita monik..
Happy aje suami isteri..kelakar jugak monik ni..he..he..awet muda..