Autumn in Sydney
19/4/2008 – Part 1

Aku ke sydney dengan hati yang berdebar2. kenapa berdebar2 ? sebab aku dr malaysia sorang2. hasben dah pegi awal satu hari. dah lah sebelum tuh penuh kisah dgn gadis2 mesia kena tangkap psl bwk dadah. walaupun aku x bwk benda2 tuh dan TAK akan bwk pun, namun aku berdebar2 sebab dah tentu lah security dia strict sikit. nasib hasben dah print siap2 booking hotel and dokumen2 yang berkaitan. flite dr KLIA bertolak jam 10.30 malam dan akan sampai pukul 8.30 pagi waktu tempatan australia. ( aussie awal 2 jam dr mesia). Dalam flite, boring sikit psl takde hasben. nasib aku dpt window seating. aku layan je movie dan tido. tp yang best bila time makan le….mungkin kerana ramai passenger yang x lalu nak makan tgh mlm2, aku telah dihadiahkan aiskrim2 dan iti bits yang banyak. hehehhe…nasib tak cirit. lepas makan aku tido balik. 8 jam tuh…dah lah kt luar gelap gulita…..
kemudian kapten announce akan mendarat di epot.dan seperti yang telah ku agak,setiba di immigration, bila diorg melihat aku hanya berseorangan, aku telah diminta keluar dari barisan dan diminta ke satu bilik. Disitu, aku di arahkan menunggu. Tak lama lepas tuh, datang seorang officer wanita. aku memang bawak satu beg pakaian kecil saja sebab barang2 yang lain semua dh dimasukan dlm luggage hasben. Officer wanita itu check seluruh badanku, aku diminta tanggalkan kasut. aku ikut saja arahannya kerana takde apa yang aku nak sorok. beg pakaianku habis dibongkar, terburai2 benda2 yang kecik jugak…hehehee. aku ditanya tujuan datang ke sydney. aku tunjukkan semua dokumen yang hasben aku telah printkan. juga dokumen di mana hasben ku ader meeting. setelah mereka berpuas hati, aku dilepaskan dengan senyuman yg manis oleh officer2 di sana.

Yahoo!!! aku dah sampai Sydney. Alhamdulillah…tercapai jugak hasrat aku ngan hasben nak ke australia. Aku tiba di Sydney tatkala musim luruh (autumn). Daun2 kekuningan. Indahnya bumi ciptaan Tuhan. Dari airport aku terus mengambil taxi ke Malaysia Hall di Randwick. Tambang dalam 40AUD ( lebih kurang RM100 lah). Boleh je kalau nak naik bas, tapi Kak Nany dr Malaysia Hall Sydney takut aku akan sesat. Maka aku disuruh naik saja taxi. Nasib aku baik, kerana mendapat pemandu yang tahu arah tujunya. Sampai di Malaysia Hall, aku terus di bawa berjumpa kak Nany. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 12AUD seorang. Nasib aku cukup baik kerana diberi bilik double. agak luas, ada lcd tv dan private bilik air. Disitu aku berkenalan dengan student2 mesia di sana. Dari mereka jugak, aku bertanyakan arah dan bagaimana nak ke circular quay, darling harbour dan sebagainya. Pengangkutan awam di sydney sangat effisien. Pemandu2 sgt terlatih dan penuh sivik. ada satu insiden, aku yang pertama kali naik bas di sydney, bangun dan bertanya kepada pemandu adakah aku mengambil bas yang betul. pemandu itu dengan penuh sopan menjawab.
” am sorry mam, i can answer once the bus is stop or not moving.”
aku pun duduk semula. kemudian ketika bas berhenti di traffic lite, driver bas tu dengan segera berpaling ke arah ku dan bertanyakan soalan ku. dia dengan senang hati memberitahu bas itu betul ke circular quay dan akan maklumkan pada aku bila tiba.
Setiba di circular quay, aku bertambah excited, kenapa ? apa yang ada di sana ? di sinilah terletaknya Sydney Opera House. selama ni, aku hanya melihat dlm tv atau magazine2, kini ia terbantang di depan mata. seharian aku berjalan2 di sekitar Opera House dan aku juga menyusuri ditepi laut hingga sampai ke The Rock. Penat berjalan aku hanya membeli minum jus atau mineral saja. Perut dah lapar tp aku tak tau kedai mana yang boleh makan. Aku kena tunggu hasben dtg amik aku kt Opera House. kami dah berjanji akan berjumpa disitu jam 5 ptg. Tapi sampai jam 5, hasben tak muncul2 juga. Perut dah lapar. Hari dah gelap. Lebih kurang jam 6 ptg, aku nampak hasben berjalan ke arah aku. aku terus berlari2 ke arahnya. chewahhh….mcm dah 10 tahun x jumpa..kekekekke. kami bersama2 berjalan menyusuri laut hingga ke darling harbour. pemandagannya cukup cantik.

Selama seminggu aku disana, aku banyak makan di restoran kebab hingga bila balik ke mesia, aku dah tak lalu nak tgk kebab. tp kat OZ nih, aku paling suka sish kebab. sedap banget. Selain dari kebab, boleh makan seafood di Sydney Fish Market. Sedap mmg sedap…harga dia pun sedap jugak. Tapi nak rasa, makan je la….
Di Sydney, kalau nak beli souvenier yang cantik2 dan murah2 haruslah pergi ke Paddys Market. Segala macam ada. Sediakan ongkosnya saja.

antara makanan yang aku makan
Dibawah ni, antara views yang sempat aku rakam kan. wajah Sydney di pagi hari, darling Harbour, Sydney Bridge dan The Rock. dekat The Rock ni, kalau weekend selalu ada flea market. Cannot be miss okay! Di Curcular Quay jugak, banyak jetty yang menhubungkan dari satu tenpat ke satu tenpat yang lain. Jetty di sana dipanggil WHARF. ditepi2 wharf ini juga selalu ada aboriginal show ( kaum asli di OZ), pelbagai bakat yang dipamerkan di situ utk mencari wang. DiOZ juga, aku amat tertarik dengan trainnya. Kerana train dia 2 tingkat.


Sydney cukup tenang dan aman bagiku. Orang2nya juga ramah dan sedia membantu. Dan yang bestnya, sebagai Muslim, bila aku beli barang di kedai (mcm 7-11 la) aku akan selalu dpt diskaun sebab yg bekerja disitu adalah student muslim dari serata dunia. Bestkan?
3 comments:
akak,nk mtk tips p oz skit..huhu..cane nk bg lps kt immigration?document ape ek yg akak bwk?
lily, yg penting, tiket pegi balik dgn hotel booking. pastu YANG Penting sekali jagan bwk apa2 bendA yg meragukan atau bwk brg2 org lain. tolong la elakkan. walau org merayu mcmana sekalipun. then print siap2 no tel and alamat kedutaan di sana. lily nak ke sydney or which part of OZ ?
i'Allah p melb n sydney..cth bnda2 meragukn tu ape ek?
Post a Comment