Tuesday, August 31, 2010

Autumn in Sydney - Part II

Inilah Malaysia Hall Sydney. Disinilah tempatnya student2 kita yang belajar di Sydney berkumpul. Malah Malaysia Hall disini selalu menempatkan transit student2 dari NZ juga. Malaysia Hall ini terletak di Randwick. Aku suka suasana disini. Tenang sajer.

Antara Universiti yang ada di Randwick


Ingat tak sebelum ni, ada aku cerita pasal driver bas yang tak boleh jawab soalan aku jika bas bergerak? Ha..inilah view dr dlm bas.

Ini pulak race course yang terletak betul2 depan Malaysia Hall. Tp sepanjang aku kt sana, takde game pun. Bukan la nak pegi pun, tp psl boleh tgk dari bilik, nak tau jugak mcamana keadaannya.

Hemmm……kalau sebut psl Australia, kita takkan lupa pd binatang yg satu ini. Koala Bear! Tp bau dia…aduhmakkk…bacinnya! Tak larat aku nak peluk lama2. Koala ni, pemalas ya amats. Tido je…..Tp apa2 pun, aku happy psl dpt tgk koala real punyer…..

then, aku ngan hasben ke Bondi Beach (outskirt dr Sydney). Kitaorg naik bas double decker. Nasib kitaorg baik sebab tak ramai, so aku boleh lepak2 kt belah atas bas utk dpt view yg lebih cantik. Bondi beach nih merupakan pantai yg paling hampir dengan bandar Sydney. Selalunya kat sini ada nude people ( heheheee…musim sejuk takde la gamaknya). Dan selalu juga surfers lepak2 sini. Cuma psl musim autumn, air pun sejuk beku…takde la surfers. Bondi beach tenang saja bersendirian.

Ini pula view dr atas Sydney Harbour Bridge. nampak tak org2 kat atas tuh, sebenarnya kita boleh naik kt atas tuh untuk lihat view lebih cantik. And ada juga pakej utk jalan di atas jambatan tuh. (tp aku tak mau le…sbb aku nih gayat!)




No comments: