Tuesday, August 31, 2010

The road to Nowhere….Chiang Mai/Mae Sai

21hb June 2008. Aku dan hasben ke Chiang Mai. Kenapa Chiang Mai? Hemmm….tak ada jawapan. Tiba2 saja, kami buat keputusan nak ke Chiang Mai selepas melihat rancangan Majalah 3 mengenai Chiang Mai. Cuma dokumantri Majalah 3 dibuat pd musim sejuk.

Kami memulakan perjalanan dari LCCT dengan menaiki penerbangan pagi. kali ini, mmg short trip. 1 mlm saja di sana. Kami mengambil private tour di sana. Sesampai di airport, agent kami ‘Big’ yang fasih berbahasa Inggeris telah sedia menunggu kami. Tetapi tidak driver kami. Sepatah haram bahasa inggeris pun dia tak tau. Aduhh!!!

Dari Airport, kami terus begerak ke Chiang Rai seterusnya ke Mae Sai. Perjalanan dari Chiang Mai ke Chiang Rai = 2 jam dan Chaing Rai ke Mae Sai = 2 jam. Sakit punggong wehhh…Apa ada di sana? Mae sai ini adalah sempadan Thailand – Burma. Ia dihubungkan dengan freindship bridge. Di sini juga ada ‘Border Market’. Yang mana banyak menjual batu2 permata (semi-precious stone) dan jade. Cukup banyakkkk pilihan. Tak tau nak beli mana. Semua cantik2.

Pada mulanya nak ke Burma, tetapi immigresen dia amat la mengelirukan. Kami diminta meninggalkan paspot di post immigeresen. dan bila keluar saja baru diberi. kami hanya diberi sehelai kertas sebagai pengenalan diri. Errr…..hasben dah tak sedap hati. sebab lain macam je. Nanti kalau jadik apa2, macamana pulak. Setelah dipikir2 kan dan ditimbang2 kan, kami membatalkan hasrat nak masuk Burma. Takut kalau jadik apa2 pada paspot kami yang ditinggalkan. Maka, kami menghabiskan masa di Border Market. Cuaca pulak terlalu panas. Nasib baikla kami amik private tour. Kami berdua tergolek tergelantang di belakang van.

(salah satu pondok Puak Karen)

Kemudian, kami dibawa pula ke perkampungan Puak Karen. Puak Karen ini merupakan puak atau masyarakat pelarian. Mereka merupakan rakyat Burma yg menjadi pelarian akibat dari masalah politik negara Burma. Dan mereka ini diberi perlindungan dan penemapatan oleh Negara Thai. Pendapatan mereka adalah hasil dari tanaman bunga Popi ( yg buat dadah tu) . Kami juga boleh masuk ke kawssan ini mengikut waktu yg telah ditetapkan. Tidak dibenarkan masuk waktu pagi kerana ketika itu mereka tengah memotong dan membakar bunga popi. Hemm….diorg tak mau kami mabuk nanti….hehehehee…dadah tuhh….

Di kampung ini juga, penduduk2nya memakai sejenis alat di leher (kunun2 nak nampak cantik agar leher jinjang. tp aku x nampak mana cantiknya). Aku ingat benda kt leher tuh ringan, sebab aku nengok budak2 pun duk pakai. Ngupe2nya berat ya amatssss…… camner la depa nih tido ke nak makan ke….ish..ish..ish…

Sumber pendapatan lain juga melalui hasil2 kerjatangan mereka. Sulam2 dan kait mengait. Seperti dalam gambar ini, selendang2 tu dijual dgn harga 20TB.


kat sini ada 2-3 jenis puak yg tinggal bersama. Tapi aku dah lupa nama2nya. Setiap puak ada kelebihan masing2. Boleh mengait, boleh menyanyi dan bercucuk tanam. Satu perkara yang aku amat suka disini. Puak Karen ini amat menghormati pada pengunjung2 yang datang. Nampak saja aku dan hasben datang ke perkampungan mereka, gendang akan dipalu menandakan ada pelancong datang. Terus mereka beramai-ramai akan berkumpul dan membuat persembahan. aku faham kenapa, sebab setiap pengunjung akan menderma, maka mereka haruslah menghormati dan memberi persembahan yang baik.

(nenek yg hujung sebelah kanan tuh, senyum tutup mulut sebab takde gigi…..kehkehkeh)

Kemudian kami bertolak pulang ke Chiang Mai semula. Dalam perjalanan, kami singgah di Hot Water Spring. Disini, boleh makan telur rebus fresh. Kalau mahu, kita boleh beli telur dan diberikan jaring. Kemudian masukkan ke dalam telaga air panas itu dan boleh makan terus……tapi aku tak le gamak nak buat sebab telaga tuh open air. takut ada pulak anjing2 ke yang memancut ke dalam tu….ish..ish…ish….

Sampai di Chiang Mai, kami terus dibawa check in hotel. Badan dah terlalu penat. Mandi dan tido. Dalam Pukul 8.30 malam, agent kami datang untuk bawa kami malan malam. kami hanya 2 org, tetapi makanan yang disediakan sgt banyakkk. Boleh 6 orang makan. Tersandar kami makan. Puas di ajak agent2 tuh makan bersama, tetapi tak mau. Katanya, takpe, mereka harus makan asing dari kami. Hemm..lantak le…Makanan yang disediakan adalah halal ye. Semua kedai yg kami pergi adalah milik muslim. Cuma aku rasa makanan di Chiang Mai ini tak la sesedap makanan di Hadyai. Tomyamnya biasa2 saja. Tak macam tomyam di hadyai. Sedapppp…slurpp!

Kemudian kami ke Nite Market. aku cukup suka dengan Nite market. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab dpt tgk banyak barang2 dan yang penting murah2 . Tapiiiii….tidak di Chiang Mai ye. Nite Marketnya cukup mahal. 1 fridge magnet paling murah 10 hinggit. aduhmak…awat la mahal sangat. Aku tak beli byk barang pun. T- Shirt pun takde. sebab mahal sgt. Sampai 25 hinggit sehelai.Aku cuma beli fridge magnet dan brg2 hiasan rumah saja.

Ini masjid besar yang ditemui di Chiang Mai. Alhamdulillah….bangga aku nengok masjid disana. Sebelah masjid tu, ada restoran Islam Sophia. Kami breakfast kat sini. Pagi2 buta, kami makan nasi putih, padprik, tomyam. Boleh tahan sedapnya.

Kami berjalan2 disekitar bandar Chiang Mai pagi itu. Secara amnya, Chiang Mai ini tidak ada banyak yg menarik sangat. Dalam tghari, kami tggu agent kami datang utk ke airport.

Hidden Pearl of Sabah

31 /7/2010 – 3/8/2010

Kundasang

Akhirnya, pada tarikh keramat dia ats, aku berjaya jugak menjejakkan kaki ke Sabah. Dah lama aku berhajat nak ke Sabah, tp asyik la kena cancel je tiket. So pagi Sabtu 31/7 tuh aku amik first flite kul 6.50 pagi dari LCCT. Pukul 9 lebih gitu, aku sampai di KKIA Terminal 2. Dari KL, hasben dah siap2 call kawan dia mintak arrangekan kereta sewa. Dapatlah kitaorg pakai kenari walaupun pd mulanya nak kembara. Kitaorg buat satu pusingan tgk bandar KK, nak servey2 mana Pasar Filipin, Pasar Ikan Masin dans emuanya la. Pastu kitaorg trus shoot ke Kundasang.
Perjalanan dari KK – Kundasang emngambil masa dlm 2 1/2 jam. Bergantung pd cara pemanduan. Kalau sesaper yang biasa naik Cameron Highlands akan mendapati jalan ke Kundasang tidak sesukar mana. Hasben aku asik la layan ‘lap’ smpi aku bergaduh2 dgn dia. makin lama naik, makin cantik view. pekan pertama yang kitaorg jumpa Pekan Nabalu.Kat sini kitoarg beli t-shirt nagn fridge magnet. Bolehlah rega dia. Pastu ingat nak makan tghari kat Nabalu nih, tp tak lalu lah..sebabnya anjing2 berkelaiaran dia mana2. So kami batalkan saja and terus ke hotel. kemudian kami sampai pula di Kundasang market. tempat nih jual sayur2 dan buah2 yang gemoks2. Dan murah2. 2 ikat brokoli besar rega cuma RM5, pastu pisang mas sesikat RM2 je…..
kemudian kami terus carik Celyn Resort. Hemm….resort nih lebih kurang 10 minit dari Kinabalu Pines Resort. lepas KPR tuh, dlm 10 min, belok kiri. ada jalan kecik and signbod merah tulis celyn. Nak sampai kt atas tuh sikit punya mencabar. jalan dia batu kelikir. namun kami berjaya juga sampai kt Puncak. Tinggi tuh. kami terus check-in. mandi2 dan rehatkan badan. lebih kurang dlm pkl 6 ptg, kami bersiap2 untuk makan malam. Dinasihatkan supaya turun lebih awal sikit kerana pukul 6.30 ptg dah gelap mcm pukul 7.30 mlm. Angin bertiup…aduhhhmakkk…sejuknya…..tenmpat makan di kundasang market. ada banyak restoran halal. terus order sup tulang sbb nak lawan sejuk. Mlm tu hujan turun tak berenti. Kat resort nih, tak payah pakai aircond, dah cukup sejuk. esoknya, pagi2 dlm pukul 5.45 pagi, aku dah bangun sbb nak tgk puncak. hemm…x nampak apa sbb awan dan kabus terlalu tebal. kemudian kitaorg keluar berlegar2 di kawasan resort. suasana dan pemandangan pagi itu Masyaallah……sgt cantik dan menakjubkan. Subhanallah…..ku yakini kebesaran MU. Dah pukul 7 pagi masih tak nampak puncak. Aku dah sedeh dah..pastu hasben pujuk suh breakfast dulu. Ok la..kitaorg breakfast dulu. Dalam pukul 8, pi balik kt tepi chalet nak tgk view puncak kinabalu. masih tak nampak. Adalah nampak separuh je. Lebihnya….nampak kabus. Kitaorg dah tak boleh tunggu sbb nak ke Mersilau dairy Farm dan Kinabalu Park.
Mersilau Dairy Park ni tempat ternakan lembu susu. lembu yang tompok2 tuh…nak ke sini, kena pegi ke Kundasang Market, pastu ada simpang tulis Klinik Desa Kundasang. Ikut jalan tuh. terus je….pastu jangan takut kalau tiba2 rasa mcm dah lost. mmg jalan dia agak mencabar. naik bukit terus sampai ke atas. nanti akan jumpa signbod Desa Dairy Farm (mcm dlm gambar kt atas nih). Nak masuk kena bayar RM3 sorang. Jaga tuh pesan boleh nak jalan2, amik gambar, atau apa saja, kecuali jgn masuk dlm kandang. Tempat ni mmg cantik. Mcm kat swiss. kawan aku kata la. aku x sampai lagi. Dengan cuaca yang sejuk, pemandangan sangat indah. lepas puas bergambar2 kitaorg pun turun. destinasi seterusnya ialah Kinabalu Park!

Masuk Kinabalu Park pun kena bayar jugak. Bayar je lah…tlg negara develop ye tak….pastu kitaorg trus ke timpohon gate. Check point pertama. dari timpohon gate kami diberi permit RM5 untuk ke pondok Layang2 (check point ke-2) tp penjaga sudah memberi amaran, kitaorg harus smpi ke pondok layang2 dlm tempoh 2 jam. kalau tak smpi dlm tempoh 2 jam, kitaorg kena patah balik. sbb nanti akan gelap gulita. boleh jatuh gaung wooo…..tinggi tuh. seperti yang dijangka, mmg tak smapai pun sbb aku tak larat dah. hasben pujuk2 jugak suh teruskan, aku dah give up. sbb tak prepare. So, kitaorg lepas sikit dari Carson waterfall. Kitaorg patah balik. Tp aku puas sbb aku berjaya jugak smpi ke timpohon gate dan berjaya mengikuti summit trail walaupun hanya untuk beberapa kilometer je.

Blue Mountain


ini pula semasa on d way ke Blue Mountain (BM). BM ni terkenal dgn The Three Sister atau Batu Tiga Beradik. Dari jauh seolah2 muka 3 wanita. Hari tu hujan agak lebat. Perjalanan dr bandar Sydney ke BM lebih kurang 2 jam. Kena berhati2 sebab jalan licin.


Sangat indah pemandanagan sepanjang perjalanan. Cuaca yang sejuk di tambah kedinginan musim luruh, mencengkam tulang walau pakai baju berlapis2.

Dah sampai ke tempat parking. Tgk tuh….tak nampak apa. Kabus je…..semua kelabu

kena tunggu hujan reda baru boleh explore BM nih.

Haa…..hujan dah berenti….cantik kan view ni…..

ini la BM atau Batu 3 beradik. Ada gambar dekat je…gambar jauh tak amik le pulakk…kalau tidak mmg boleh nampak muka2 diaorg kt batu2 tuh

Autumn in Sydney - Part II

Inilah Malaysia Hall Sydney. Disinilah tempatnya student2 kita yang belajar di Sydney berkumpul. Malah Malaysia Hall disini selalu menempatkan transit student2 dari NZ juga. Malaysia Hall ini terletak di Randwick. Aku suka suasana disini. Tenang sajer.

Antara Universiti yang ada di Randwick


Ingat tak sebelum ni, ada aku cerita pasal driver bas yang tak boleh jawab soalan aku jika bas bergerak? Ha..inilah view dr dlm bas.

Ini pulak race course yang terletak betul2 depan Malaysia Hall. Tp sepanjang aku kt sana, takde game pun. Bukan la nak pegi pun, tp psl boleh tgk dari bilik, nak tau jugak mcamana keadaannya.

Hemmm……kalau sebut psl Australia, kita takkan lupa pd binatang yg satu ini. Koala Bear! Tp bau dia…aduhmakkk…bacinnya! Tak larat aku nak peluk lama2. Koala ni, pemalas ya amats. Tido je…..Tp apa2 pun, aku happy psl dpt tgk koala real punyer…..

then, aku ngan hasben ke Bondi Beach (outskirt dr Sydney). Kitaorg naik bas double decker. Nasib kitaorg baik sebab tak ramai, so aku boleh lepak2 kt belah atas bas utk dpt view yg lebih cantik. Bondi beach nih merupakan pantai yg paling hampir dengan bandar Sydney. Selalunya kat sini ada nude people ( heheheee…musim sejuk takde la gamaknya). Dan selalu juga surfers lepak2 sini. Cuma psl musim autumn, air pun sejuk beku…takde la surfers. Bondi beach tenang saja bersendirian.

Ini pula view dr atas Sydney Harbour Bridge. nampak tak org2 kat atas tuh, sebenarnya kita boleh naik kt atas tuh untuk lihat view lebih cantik. And ada juga pakej utk jalan di atas jambatan tuh. (tp aku tak mau le…sbb aku nih gayat!)




Autumn in Sydney

19/4/2008 – Part 1


Aku ke sydney dengan hati yang berdebar2. kenapa berdebar2 ? sebab aku dr malaysia sorang2. hasben dah pegi awal satu hari. dah lah sebelum tuh penuh kisah dgn gadis2 mesia kena tangkap psl bwk dadah. walaupun aku x bwk benda2 tuh dan TAK akan bwk pun, namun aku berdebar2 sebab dah tentu lah security dia strict sikit. nasib hasben dah print siap2 booking hotel and dokumen2 yang berkaitan. flite dr KLIA bertolak jam 10.30 malam dan akan sampai pukul 8.30 pagi waktu tempatan australia. ( aussie awal 2 jam dr mesia). Dalam flite, boring sikit psl takde hasben. nasib aku dpt window seating. aku layan je movie dan tido. tp yang best bila time makan le….mungkin kerana ramai passenger yang x lalu nak makan tgh mlm2, aku telah dihadiahkan aiskrim2 dan iti bits yang banyak. hehehhe…nasib tak cirit. lepas makan aku tido balik. 8 jam tuh…dah lah kt luar gelap gulita…..
kemudian kapten announce akan mendarat di epot.dan seperti yang telah ku agak,setiba di immigration, bila diorg melihat aku hanya berseorangan, aku telah diminta keluar dari barisan dan diminta ke satu bilik. Disitu, aku di arahkan menunggu. Tak lama lepas tuh, datang seorang officer wanita. aku memang bawak satu beg pakaian kecil saja sebab barang2 yang lain semua dh dimasukan dlm luggage hasben. Officer wanita itu check seluruh badanku, aku diminta tanggalkan kasut. aku ikut saja arahannya kerana takde apa yang aku nak sorok. beg pakaianku habis dibongkar, terburai2 benda2 yang kecik jugak…hehehee. aku ditanya tujuan datang ke sydney. aku tunjukkan semua dokumen yang hasben aku telah printkan. juga dokumen di mana hasben ku ader meeting. setelah mereka berpuas hati, aku dilepaskan dengan senyuman yg manis oleh officer2 di sana.

Yahoo!!! aku dah sampai Sydney. Alhamdulillah…tercapai jugak hasrat aku ngan hasben nak ke australia. Aku tiba di Sydney tatkala musim luruh (autumn). Daun2 kekuningan. Indahnya bumi ciptaan Tuhan. Dari airport aku terus mengambil taxi ke Malaysia Hall di Randwick. Tambang dalam 40AUD ( lebih kurang RM100 lah). Boleh je kalau nak naik bas, tapi Kak Nany dr Malaysia Hall Sydney takut aku akan sesat. Maka aku disuruh naik saja taxi. Nasib aku baik, kerana mendapat pemandu yang tahu arah tujunya. Sampai di Malaysia Hall, aku terus di bawa berjumpa kak Nany. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 12AUD seorang. Nasib aku cukup baik kerana diberi bilik double. agak luas, ada lcd tv dan private bilik air. Disitu aku berkenalan dengan student2 mesia di sana. Dari mereka jugak, aku bertanyakan arah dan bagaimana nak ke circular quay, darling harbour dan sebagainya. Pengangkutan awam di sydney sangat effisien. Pemandu2 sgt terlatih dan penuh sivik. ada satu insiden, aku yang pertama kali naik bas di sydney, bangun dan bertanya kepada pemandu adakah aku mengambil bas yang betul. pemandu itu dengan penuh sopan menjawab.
” am sorry mam, i can answer once the bus is stop or not moving.”
aku pun duduk semula. kemudian ketika bas berhenti di traffic lite, driver bas tu dengan segera berpaling ke arah ku dan bertanyakan soalan ku. dia dengan senang hati memberitahu bas itu betul ke circular quay dan akan maklumkan pada aku bila tiba.
Setiba di circular quay, aku bertambah excited, kenapa ? apa yang ada di sana ? di sinilah terletaknya Sydney Opera House. selama ni, aku hanya melihat dlm tv atau magazine2, kini ia terbantang di depan mata. seharian aku berjalan2 di sekitar Opera House dan aku juga menyusuri ditepi laut hingga sampai ke The Rock. Penat berjalan aku hanya membeli minum jus atau mineral saja. Perut dah lapar tp aku tak tau kedai mana yang boleh makan. Aku kena tunggu hasben dtg amik aku kt Opera House. kami dah berjanji akan berjumpa disitu jam 5 ptg. Tapi sampai jam 5, hasben tak muncul2 juga. Perut dah lapar. Hari dah gelap. Lebih kurang jam 6 ptg, aku nampak hasben berjalan ke arah aku. aku terus berlari2 ke arahnya. chewahhh….mcm dah 10 tahun x jumpa..kekekekke. kami bersama2 berjalan menyusuri laut hingga ke darling harbour. pemandagannya cukup cantik.

Selama seminggu aku disana, aku banyak makan di restoran kebab hingga bila balik ke mesia, aku dah tak lalu nak tgk kebab. tp kat OZ nih, aku paling suka sish kebab. sedap banget. Selain dari kebab, boleh makan seafood di Sydney Fish Market. Sedap mmg sedap…harga dia pun sedap jugak. Tapi nak rasa, makan je la….
Di Sydney, kalau nak beli souvenier yang cantik2 dan murah2 haruslah pergi ke Paddys Market. Segala macam ada. Sediakan ongkosnya saja.

antara makanan yang aku makan
Dibawah ni, antara views yang sempat aku rakam kan. wajah Sydney di pagi hari, darling Harbour, Sydney Bridge dan The Rock. dekat The Rock ni, kalau weekend selalu ada flea market. Cannot be miss okay! Di Curcular Quay jugak, banyak jetty yang menhubungkan dari satu tenpat ke satu tenpat yang lain. Jetty di sana dipanggil WHARF. ditepi2 wharf ini juga selalu ada aboriginal show ( kaum asli di OZ), pelbagai bakat yang dipamerkan di situ utk mencari wang. DiOZ juga, aku amat tertarik dengan trainnya. Kerana train dia 2 tingkat.

Sydney cukup tenang dan aman bagiku. Orang2nya juga ramah dan sedia membantu. Dan yang bestnya, sebagai Muslim, bila aku beli barang di kedai (mcm 7-11 la) aku akan selalu dpt diskaun sebab yg bekerja disitu adalah student muslim dari serata dunia. Bestkan?

Universal Studios – Singapore

22 /5/2010
Pagi sabtu, aku dan hubby bersiap sedia nak ke Singapore. Kami berdua excited nak ke Universal Studios. Kami amik flite paling awal, pukul 7 pagi dan akan sampai di Changi Airport dlm pukul 8 lebih. Tapi ada satu perkara lucu yang terjadi di dalam kapal terbang. Seat kami agak kebelakang. Nak menunggu turn dpt beli makanan dah tentu lah lambat. Tapi kami kena makan jugak sebab nanti samapi di Singapore, kami akan terus ke USS. Yang kelakarnya, baru 2-3 suap kami makan, tiba2 kapten announce ” Sebentar lagi kita akan mendarat di Singapura. Sila betulkan tempat duduk anda.” hahahaha…aku pandang hubby. Hubby pandang aku. Nasi ada setengah lagi tak makan. Nak tak nak, kami makan cepat2. Tercekik2 kami dibuatnya. Nasib hidup lagi. Next time, kena ingat kalau ke Singapore, samaada dapatkan seat hadapan atau minum sahaja.
Alhamdulillah, kami selamat mendarat. Urusan immigresen mudah. Kami menunggu shuttle van yang disediakan oleh pihak hotel. Dalam 10 minit menunggu, van pun datang. Kami terus ke Cityhub Hotel. Aku pilih Cityhub Hotel ini pasal shuttle bas USS akan lalu di depan hotel. Very the senang. Hehehehee…Nak jimat masa. Masa tuh dah pukul 9 pagi. Terus naik bas ke USS. wohoo!!!!!

Sampai di USS dlm pukul 9.20 pagi. Belum bukak. USS bukak pukul 10 pagi. So sementara nak tggu entrance bukak, kami berlegar2 di ruang depan. Bergambar2 dengan itu GLOBE ( tak sah okay kalo x amik gambar dgn itu Globe). Even dlm website, dia kata, limited guest, tapi aku tgk sikit punya ramai manusia. Banyak Indon ngan Filipino. 9.50 gitu, aku dan hubby siap2 beratur. Tak sabar sehh..nak masuk ( ngalahkan budak2). Masuk je, kami terus redeem voucher. Masa aku pegi tuh, kitaorg dapat voucher SGD15 sorang. Best2. Boleh beli subenier. Kat USS nih yang best haruslah ke Jurassic Park dan Ancient Egypt. bagi aku 2 park nih paling happening. Mcm2 rides ada. Basah kuyup dibuatnya. Oh ya! Jgn lupa bwk baju hujan ye. Kalau tak bwk boleh beli poncho yg dijual dengan harga SGD 1.50.

Tempat makan senang. Banyak pilihan. Ada fast food, nasi beriani, western and chinese cuisine. Aku pilih nak makan kt Mel’s Drive In. Ni semua pengaruh filem Back to the Future. Nak main2 kena tgk jugak, ada yang tak payah beratur lama. Ada yang aku kena tunggu 40 mint. Lama pun lama lah..aku tunggu gak sebab nak maximise kan ke enjoyan (err ada ke perkataan cam nih ).
kat dalam tuh, aku terkejar2 sana sini psl nak bergambar dengan character. Hubby pun sama. Sebok dia nak carik Woody Woodpecker. Akhirnya dpt jugak kitaorg amik gambar dengan beebrapa character. Aku ? Aku mestilah nak bergambo dengan Shrek & Princess Fiona. 4D show pun best. Cuma yg x berapa best masa musical show kat Pantages Theater. Tak tau la sebab aku dh penat ke atau aku dah kenyang ke, aku boleh terlelap dlm tuh. dekat 10 mint gak la aku terlelap.
Kami keluar dr USS dlm pukul 7 lebih cam tuh. Globe dah bukak lampu2 dia. Then turun ke basement tunggu bas nak balik ke hotel. Overall aku suka USS sebabbbb…aku suka tempat yang cantik2 dan penuh fantasi.

Singapore - June 2008


Kali ni, pegi Singapore dengan family aku. Very..very..very..short trip. Coz kena attend cousins wedding. So Jumaat mlm bertolak. We drive all the way. Bertolak dalam pukul 4.30 pagi. Slow2 bawak. Singgah rehat ngan buang2 apa yang patut dekat mana dah tak ingat. Mula2 nak exit kt 2n.d link, Tuas, tapi dah terlepas. So terus je la ke tambak. sampai kat tambak lebih kurang pukul 7 pagi. Mak datokkk…punya la ramai umat. Motosikal dan mcm nak masuk lumba haram je. Kitaorg pun sama le beratur kat imigresen. Satu yg kelaka kt sini, Malaysia punya immig, punya le hazab. buruk je ghupe. Tp bila sampai kt Singapore punye immig, walawey…canggih! malu..malu….Nak masuk singapore kalo drive in, kena beli top-up card mcm touch n go. kena isi 20sgd. aku dah luper nama kad tuh.
lepas tuh, kitaorg check-in hotel. mandi2, pi sarapan, pastu trus ke Sentosa island. Heyyy….kitaorg cuma ada 1 hari sajer kat singapore sbb esok kena ke JB semula nak attend wedding. Masuk sentosa je, terus pegi naik skyride. Huhuhu…best banget. benda ni selalunya ada kat tempat2 ski di obersee, tp singapore ni kreatif. Dia buat jugak. So kita lalu la kat atas2 pokok and nampak la seaview. best cuma panas skett je. almaklum le negara tropika. Kat sentosa ni satu masalah besar ialah takde halal food. aiyoo….kelaparan. Dah lah tak bwk bekal. ada la foodcourt, tp bila dah dekat smapai, nampak anjing2 yang bulu2 kapet tuh duk duduk atas meja makan sama dgn tuannya. mencikkk!!!!
Pastu masuk 7-11 dia pulak, kunun2 nak beli makanan, tgh2 pilih…dtg le budak kedai tuh bgtau tolong tgk2 ingredient dulu coz x halal. damn!!! satu keje pulak we all kt dlm tuh nak pilih2 food atau roti. dah mcm cari harta karun pulak. bila jumpa jer terjerit2 kitaorg dlm tuh. suka dpt jumpa yg halal.

pastu kitaorg pegi ke merlion park pulak. ala….yang ada patung singa besar tuh. kalo pi singapore tak sah kalo tak pi sini. then kat merlion tu jgk ada esplanade. bangunan dia bentuk durian. amik la shot2 pic kat situ. pastu kitaorg pi makan, pastu balik hotel tido rehat2. Mlmnya awal2 kitaorg kuar trus pi Takashimaya. Hehehehee…kebetulan masa aku pegi tuh tgh Great Singapore Sale (GSS). Apa lagi, takkan aku nak lepaskan peluang. Leka punya leka, aku telah hilang dr family aku dlm takashimaya. hahahahaa…….nasib diorg tak wat announcement.
pastu kitaorg pegi dinner kat kg gelam. satu2 nya kampung melayu yang masih wujud disingapura. lps makan kitaorg pusing2 mlm kt singapore, waktu dh pukul 11.30 mlm. semua dah letih dan mengantuk. tp aku teringat satu lagi tempat yg HARUS pergi. Mustaffa Centre!!!! terus mata mak aku yg dah layu tuh segar bugar balik. Mustaffa nih mcm mydin ler, tp lagi happeming psl dia jual brg kemas, correle, corningware semua. sennag nak carik semua benda. yg paling best 24 – jam occay! sedar tak sedar kitaorg kt dlm mustaffa tuh smapi kul 3 pagi. Giler kan….suping2 pagi2 buta….hahahahaa….pastu kitaorg balik hotel terus kedebommmm TIDO zzzzzzzz………

Mulanya di sini…..

Setelah banyak blog travel yang aku baca dan aku ikut, tiba2 hari ni tergerak pulak aku nak buat travelogue aku sendiri. Bukan untuk bermegah2, tetapi lebih kepada sebagai kenang-kenangan dalam hidup aku dan jika pada sesiapa yang sudi membaca dan beroleh pengetahuan dari coretan aku ini, ku kira itu adalah ilmu yang di izinkan Allah swt untuk dikongsi bersama. :)

p/s : insyaallah….blog ini akan cuba di update sebaik mungkin