Saturday, July 28, 2012

Rezeki di Ramadhan yg mulia. Allah Maha Besar..

n3 pagi sabtu ni sebenarnya citer2 yang tertangguh selama seminggu ramadhan. barakah di bulan yg mulia ini...beberapa perkhabaran yang baik aku dapat ( masih berharap perkhabaran yg LEBIH baik) antaranya :

1) adik aku dapat masuk Uni Malaysia Terengganu. Alhamdulilah....1 sept ni aku pegi la menghantar dia daftar ke KT. dah lama jugak aku x pegi KT. ada lebih kurang 6-7 tahun. jdk kali ni, amik cuti panjang utk jalan2 sekali. aku akan pegi KT 31/8 hingga 3 sept. Nk bawak mak aku jalan2 sekali. yang paling pentingggg nk ke pasar payang...heheheheh

so, rozie, LL, kita balik kampung awak ni rasanya.....


2) increament gaji en hasben. negh..ngeh...ngeh...yg ni palinggg aku suka. sbb dia akan dapat increament + dengan yang tertunggak untk 6 bulan.....xde la banyak mana pun...tapi list aku panjang berjela. hahahahaa...tgk la mana yg kena kos melepas.


3) increament gaji aku pun dh dapat. walau ciput..syukur la...ada jugak kenaikan. boleh la aku beli cekelat utk raya ni....


moga2 ada khabar yag lebih baik untuk aku dan kawan2 diluar sana jugak. insya allah...sempena bulan yg barakah ini, kita doa banyak2 ok!

Tuesday, July 24, 2012

Giulianna & Bill

Aku mmg dari dulu pengikut tegar siri Giulianna & Bill. Aku suka perangai Giuls yg giler2 crancky. Dan Bill yang sabar melayan kerenah makcik tuh...hahahahahah

Bagi, Giuls x nampak fake. Sangat2 loving diorg berdua ni. Aku kdg2 naik pening bila tgk Giuls dtg kepala angin dia shoping moping.

Tapi apa yg buat aku lebih dekat dgn G & B ni ialah kisah hidup mereka lebih kurang dgn kisah hidup aku. Apa yg diorg lalui, sama yg aku tempuhi dulu. Well...alkisah diorg punya attempt untuk dpt baby kan....well...all the injections, treatment, semua sama. dan En Hasben pun dh jdk doktor dulu sbb tiap2 hari kena cocok perut aku.

Tapi.. yelah....semua Allah swt punya kuasa. Dua kali preggy, dua kali miscarriage. the last one dah 4 months masa tuh, and aku cuti tanpa gaji masa tuh. but again...allah lebih mengetahui. tak bertahan jugak...masuk 4 bulan 3 hari, miscarriage.

So, bila aku tgk apa yg diorg lalui...aku mcm...heiii....ada jugak ek orang lain yg hadapi mcm aku. lps2 tuh, aku banyak relax dan berserah. If ada...insyaallah ada...if not...aku redha....walaupun hati aku sedih yg teramats. mesti la sedihkan...ada ke yg gembira psl xde anak? 

Jdk buat mereka diluar sana, hanya mereka2 yg melalui perkara yg sama je yang faham. Dan yg paling penting, aku bersyukur sbb en hasben and family berdiri teguh dengan aku.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Esok, bagi seluruh umat islam di Malaysia akan mula berpuasa. Hem....sekejap je masa berlalu sekrg...rasa mcm baru je puasa, dah puasa balik. 

apa2 pun, aku harap ramadhan kali ni, aku dpt buat amal sebanyak mungkin dr tahun lepas. Dan moga aku diizinkan Allah swt untuk 'preggy'.

Memetik kata2 Dr Hamid Arshat di facebook beliau, doa dan carilah peluang di bulan ramadhan ni. kerana ramai yg telah berjaya mengandung berkat di bula yg mulia ini. maka itu, aku akan bersungguh2 cuba..cuba..cuba dan cuba...doa..doa..doa..dan doa....moga dimakbulkan Allah swt kali ni. insyaallah.....

untuk kawan2 semua, selamat menyambut ramadhan tak kira dimana anda berada (blog byk menemukan aku dengan ramai kawan2 di seluruh dunia).


Friday, July 6, 2012

10 tahun bersama

30 Jun 2012, genap 10 tahun kami berkahwin. Tak campur dengan perkenalan kami dari Tingkatan 2...(yee.....tingkatan 2, akak dh gatai2...hahahaha). 

alhamdulilah.....dalam melayari bahtera selama 10 tahun, byk pahit manis, asam garam, suka duka kitaorg tempuh. biasa la kan...dlm rumahtangga mana ada yg happy selalu...mesti sesekali bergado2 manja gitu. Aku ckp gado2 manja sebab...gado mcmmana pun..tido tetap sekatil. tetap sebilik. so, nak lari mana kan.....

aku berdoa moga ikatan kitaorg diberkati dah dirahmati. moga kami tetap bersama, cinta tetap utuh hingga nafas yg terakhir. ameen.

30 Jun jugak merupakan tarikh lahir arwah ayahanda yg dikasihi. Perginya dia sebelum sempat aku berumahtangga. sangat tragis ok...majlis kawen aku dibanjiri air mata. aku pun nanges sama kt atas pelamin, smpi mak andam kena bukak bulu mata pelesu aku sbb dh senget benget.

mggu lepas, kitaorg adakan tahlil buat ayahanda serta kesyukuran sempena anniveasry kami ke 10.