Showing posts with label Germany. Show all posts
Showing posts with label Germany. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

My Article - Pancaindera Mingguan Malaysia

 
Sangat hepi hari ni...En Hasben balik bwk nasik lemak sambil sengih2...apa hal pulak la pakcik ni??? pastu dia bagi suratkhabar...nah baca! Pastu aku pun apa lg terus teringat artikel yg aku hantar....dannnnnn.....tara....artikel aku keluar yeh..yeh...yeh...gelak suka hati....


dah lama x menulis...sesekali menulis, dpt keluar paper..mau tak hepi....actually ini artikel ke-2. pertama pernah keluar dlm majalah Yours, travel aku ke Korea. Bertalu2 dpt call dr mak, adik kawan2 aku ucap tahniah...mcm dpt pingat je...hehehehehh.  Akak ipar aku siap mesej kt en hasben tanya betul ke penulis tu aku sbb nampak gambar penulis mcm sama. Bila en hasben kata ya. dia tanya heran..sejak bila jadik penulis pulak? kihkihkih....jauh lagi title penulis tuh....mmg dr sekolah  hobi aku pada bidang sastera amat mendalam. Tapi apabila aku masuk U, arwah ayah minta aku 'lupa'kan sebentar minat aku. Arwah ayah mahu aku menumpukan perhatian pada pelajaran sementelaah lagi ia bidang yg baru utk aku. 5 tahun belajar utk Ijazah. 5 tahun juga aku tak menulis. Kemudian, dah start keje..lagi la takde masa nak pandang minat aku tuh.

 Syukur alhamdulilah, sejak jadik lecturer, aku dpt curi masa untuk menulis kembali.Hemm......minat yang aku tgglkan sejak 20 tahun dulu....kena usaha lebih keras untuk menajamkan kembali tata bahasa....


Friday, May 25, 2012

Cologne -Germany (part 2)

Bersambung kisah. Masih di Cologne. Ini la rupa Museum Coklat tuh. Tapi aku x masuk pun muzium tuh...aku byk habis kan masa 1/2 jam kt kedai cekelat tuh aje. Tapi muzium coklat ni, aku nampak dr bahagian yg berkaca ( x tutup penuh dgn dinding) dia tunjuk mesin2, cara2 coklat terhasil. ada yg handmade. ada yg mesin. lebih kurang mcm cerita apa yng ada psl coklat ni ? coklat factory ? ha..lebih kurang gitu la. So, aku x berapa minat sgt nk tgk camner coklat dibuat. Aku lebih minat nak makan coklat. hehehehehh..........


  

antara coklat2 yang ada. kalau ikut napsu...mau nak beli semuanya.....hilang akal jap dlm tuh.....hahahahahaha

 okay...dah beli cekelat...kita heading back to town. naik train yg cumel ini. kita sambung pusing2 town cologne. kalo kt central ni....1/2 hari pun dh cukup...pusing2 situ je....cologne ni masih lagi merupakan bandar lama. kedai2 atau banagunan mereka masih lagi mcm colonial. nak kata mundur x jugak...tapi mmg diaorg lebih preserve dari memikirkan nak ganti yg baru.


berposing pkl 8 pagi. satu kedai pun x bukak....


jalan2 jumpa Hard Rock Cafe - Cologne. Ok la rega...sehelai T-shirt dlm 21.90 euro.

 muzium apa...dah lupa....

dekat cologne, disebabkan kami dh berhari2 makan kebab kt Dusseldorf...tekak dah x boleh terima kebab lagi. Si Taza dah meracau2 nak nasik. Dr smlm duk menyebut..nak tomyam ngan telur dadar. Merata la kami carik kot2 ada restoran Indonesia. At least pengubat rindu masakan melayu. Cehh....baru 8 hari kami dah mengada2....kalo duk bertahun ntah camner la gamaknya.

Jalan2 sampai sakit kaki pusing keliling Cologne. Akhirnya, kami ternampak satu restoran Thai. Kami pun apa lagi...masuk terus dgn semangat berkobar2 nk makan. nasib baik kitaorg customer first. Kitaorg order, tomyam sefud, telur dadar, mix vege goreng tahu, nasik 3. Air ? air tak order. sbb kitaorg bwk bekal air mineral ngan kopi...heheheheh jimat.

maka menunggu la 3 org ni dgn penuh semngat. sampai je semua lauk ngan nasik. 3 org ni makan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. x berbunyi2. senyap menikmati makanan. Hey Guys!!! kita kena bersyukur duk Mesia. sbb kat Mesia boleh makan apa saja tanpa was2. sgt senang nk makan. byk pilihan. 

kerana kepuasan makan, kami tersandar dan terdiam. lepas tuh tergelak2 la 3 org ni mengenangkan kesedapan. hehehehehehe.....lepas tuh masa nak bayar....hem...amik kau!!!!

25 Euros = RM100


Okayla....sebab rezeki masuk perut...kena redho....supaya x sakit perut...hehehehehe. lepas makan....jalan2 kt cathederal DOM tuh..pastu kai naik tren Dusseldorf.

Bye Bye Cologne. Entah bila akan menjejakkan kaki di sana lagi.

Terima Kasih pada NYA kerana aku dapat melihat dunia lain di dalam dunia NYA.



Tuesday, May 22, 2012

Cologne - Germany

Salah satu tempat yg famaous di Jerman adalah Cologne. Ia merupakan satu tempat yg patut pergi. Mula-mula mcm terfikir...apa yang ada kt Cologne ni, sampai menjadi sebutan. 

Jadiknya, aku, en hasben dan kawan en hasben ambil keputusan untuk ke Cologne. Kawan en Hasben pernah sebut Cologne is the Holy-ius city. 

Kami naik keretapi sepagi pukul 7. Huhuhuhu...giler awal.....ni semua Taza (kawan En hasben) punya time schedule. Diajaknya kami pegi pag2 buta tuh...katanya..nak maxcimise kan masa....ok la Taza....kami ikutkan. sementelaah...kami pun excited gak kalo bab jalan2 ni.

Menunggu keretapi pagi2 buta di Dusseldorf Hoptbanhauf (stesen) adalah sangat tidak bijak...hehehehe...cuaca sejuk menjadikkan kami terketar2 menunggu train. Ada setengah jam lagi utk train smapai. Akhirnya kerana tidak tahan kesejukan. Kami bergegas membeli kopi panas. Ahhh...lega dapat hirup kopi panas. Tak payah tiup2 dah...terus teguk minum...heheheheheh



ketapi dah sampai...moh kita berangkat....cologne...here we come!!! ketapi 2 tingkat tuh....

Perjalanan dari Dusseldorf Hoptbanhauf ke Koln hoptbaunhof memakan masa lebih kurang 1/2 jam ke 45 min lamanya. Tapi sepanjang perjalanan, mata kami dijamu dengan pemandangan yang menarik. Rumah2 lama..ladang2.... Almaklum la...sampai tempat orang..hatta pokok pun menarik perhatian. hehehehehe....


Sesampai di Cologne (ejaan tempatan Koln) sekali lagi muka kami kebas kerana cuaca yang sejuk. namun begitu....keluar saja dari stesen..nah!!! tersergam sebuah bangunan....



 punya la besar cathederal (gereja) ni....terpegun jap kitaorg tgk sebab besar ya amats. dalam kepala aku...camner la agaknya dulu2 diorg buat bangunan ni. terlampau besar. tersergam di tengah2 alam. Bagi sesaper yg pergi ke Cologne. kluar2 je dr stesen ketapi...terus akan nampak bangunan sebesar2 nya ni.

kerana kami sampai awal sgt...satu kedai pun x bukak. ingat nk brekpes kt Cologne...tapi kebuluran jadiknya. Mana taknya...sampai pkl 8.30pagi. Bandar Cologne hidup pukul 9 pagi. Adeh...

 

jadiknya kami pusing2 cathederal atau di panggil DOM Cologne. amik2 gambar. Kemudian pkl 9 pagi, kami terus ke Koln Tourist Office. Hajat di hati nak carik info tentang bandar Cologne. Tetapi!!! mata aku telah menangkap sesuatu yang amat menarik perhatian.....


Choo Choo Train yg comel ni...boleh bawak kita pusing2 satu town. Dia ada 2 route. route Schokoladen Museum (Muzium Coklat) atau Route Zoo. Kami opt utk Schokoladen route. sorang 6 euro. Lebih kurang 1 jam setengah gak la kitaorg naik ketapi ni. tapi yg buat lama sbb berenti kt musuem coklat sbb nak borong coklat Lindt yng mana haarganya lebih murah dari Mesia. 


Sampai di Musuem Coklat, dah x pandang kiri kanan dah...terus masuk sbb nak carik coklat. Bila dah masuk rambang mata pulak sbb x tau nak beli mana...hahahahahah dasar orang pompuan kan....semua menarik perhatian...utk aku le....


yeay...dah borong cekelat..kita posing2 tepi sungai....bandar Cologne ni sangat tenang dan damai. Orang2nya seolah2 tinggal didunia tersendiri. Mereka x hirau dengan dunia luar. Skrg...kita tggu ketapi comel datang untuk jemput kami balik ke town......

bersambung di episod ke -2 ye.....tunggu.....





Sunday, May 20, 2012

Dusseldorf -Media Hafen & Rhein Turm (Tower)

Hari ke-2, akibat cuaca yg sejuk, badan aku mcm nak demam. Hidung plak berdarah. Mungkin dah biasa dengan cuaca yang panas, badan aku terkejut dengan peralihan ini.

Mungkin juga kedudukan geografi Dusseldorf yang hampir dengan Lautan Artik menjadikan angin yg berhembus sedingin ais. Sejuk pun sejuk lah...aku gagahkan jugak. Bukan senang nak sampai tempat orang. apabila dah ada peluang ni...harus la aku maximise kan masa emas aku kt sini.

Hari ni, aku dengan hasben dah plan nak ke Media Hafen. Satu tempat dimana pusat architecture di Dusseldorf. Cantik dan unik bangunan2 yang ada di Media Hafen ni. Media Hafen ni terletak berhampiran dengan Rhein Tower. Salah satu bangunan yang pelik di sana seperti gambar di atas ni. Berkelok2 bangunannya. 


Yg ni pulak, tak tahu nama apa bangunan ni...sbb malas nk seberang jembatan. Tapi cute kan...melekat2 kartun tuh....kreatif giler diorg ni....


Yg ni pun berkilau2 dari jauh. kena panahan matahari lagi la berkilat2. Ni Semua opis. Dan kebanyakkan nya berkait rapat dengan media, architecture.





RheinTurm (Rhein tower)

nak masuk kena bayar 4 euro sorang (eh.. ye ke...dah lupa plak. sbb x naik pun...heheheh) Nak datang Rhein turm dengan media Hafen ni, boleh naik trem dr Hopbanthauf. lepas berenti kt stop dia, kena jalan kaki sikit dalam 50 meter la...then sampai area ni.

opis berkonsep green building. semua kaca je....membolehkan cahaya masuk tanpa sekatan

Saturday, May 19, 2012

Dari Pandan ke Dusseldorf (2012)

Sejak pergi ke London tahun 2009, tak pernah termimpi yang aku akan sekali lagi menjejakkan kaki ke bumi Eropah. Masa ke London, Airasia baru memulakan route ke sana, jadiknya, kami dapat tiket murah yang sekali lagi aku bersyukur kerana mendapat tiket murah ke London.

Kebetulan, atau lebih tepat aku katakan kali ini, rezeki memihak kepada kami. En Hasben ada kerja di Dusseldorf dari 11-18 Mei. Sudah tentu bila mendapat tau berita yg En hasben kena pegi Dusseldorf, si isteri sudah melompat2 keriangan kerana misi untuk menyibukkan diri bakal terjadi.

2 minggu membaca dan mengumpul fakta2 berkenaan Dusseldorf. Aku banyak bergantung pada Tripadvisor dan blog2 dari blogger Indo yg ke sana. Boleh dikatakan Malaysian, kurang ke Dussledorf. Malah ada juga foremer yg study kt Frankfurt yang banyak membantu aku dengan memahami sistem trem dan keretapi underground mereka. 

Satu yang menjadi permasalahan utama di Germany adalah bahasa. Tapi, jangan risau. Anda boleh bertanya di Tourist Info dan Stesen keretapi atau Trem. Kebanyakannya boleh berbahasa inggeris dgn baik dan jelas. Sepanjang aku di sana, tiada masalah tentang bahasa. cuma pada awalnya agak sukar untuk memahami.

Perjalanan yang memakan masa 13 jam dari Kuala Lumpur agak memenatkan. Nasib baik cerita2 dalam flight (Emirates) best2 dan citer baru2. Layan gak movie dlm 3 movie, sampai Dubai. Then layan 4 movie lagi utk smpi ke Dusseldorf.

Perbezaan masa Malaysia - Dusseldorf adalah malaysia cepat 6 jam.  

Sampai di Dusseldorf, cuaca dingin terus mencengkam. Ingatkan sudah masuk spring, tak berapa sejuk. Mungkin letakan geografinya yg hampir ke Lautan Artik, menjadikan angin yg bertiup sesejuk air batu. Bila Menerobos ke muka, bisa beku!.

Sesampai di hotel, terus mandi air sepanas2nya dan terus tido keletihan. 

Mata hanya terbuka bila jam menunjukkan pukul 2 petang waktu sana. Itupun kerana badan sudah rasa menggigil2 kesejukan. Kami, bersiap2 untuk keluar memulakan aktiviti explore Dusseldorf.

Oh ya...disini bermula kesukaran untuk membeli tiket trem kerana semuanya dalam bahasa German. Sangat2 berlainan. Akhirnya, kami bertanyakan pada orang bagaimana mahu ke Aldstat-Old Town dan Rhienpromenade. nasib kami baik, berjumpa dengan org yg boleh berbahasa inggeris. dengan mudah dia memberitahu kami kena turun di hentian Jan Wallem Platz. Dari situ, kami boleh berjalan kaki sahaja. 

Memang benar, turun nya kami, di situ lah terletaknya Konigsalle. tempat beli belah yng punya nama2 besar seperti LV, Michael Kors, Gucci dan banyak lagi. Dan disni terletaknya sebuah terusan yang amat indah di mataku dan di mata Tripadvisor. Selesai bergambar2 di Konigsalle, kami terus berjalan ke Aldstat. 



Aldstat atau lebih dikenali Old Town, merupakan sebuah tempat yang mempunyai bangunan2 bersejarah yang masih terpelihara. begitu banyak sekali Bar dan satu yang ku amati, di Jerman, kaya dengan budaya minum. Mereka akan berkumpul di hujung minggu untuk berjumpa dengan teman2. Kalau kat Malaysia, LEPAK la kiranya mcm kt kedai2 mamak. 

Kebetulan, hari tu, ada Flea Market kt tepian Rheinpromenade. Tapi jual buku2. Murah2. 1 euro, 2 euro...tapi yang x bestnya...dalam bahasa german. Mana le makcik nak paham kan....





Melewati tepian sungai Rhein sangat cantik pemandangannya. Ditambah pula dengan cuaca yang dingin. Persis di Sydney. Bezanya di Sydney ada Opera House. Di Dusseldorf, barangkali di Jerman, banyak di lihat manusia bertemankan anjing peliharaan. berbagai jenis yang aku jumpa. ada yang berbulu karpet tebal, sangat besar dan tinggi. ada jenis bulldog yg garang mukanya. Pemandangan ini adalah biasa di Jerman.


Waktu siang di Dusseldorf pada bulan May sangat panjang. Waktu pagi sudah terang seawal jam 5 pagi. Dan gelap pada pukul 10 malam. Sangat best untuk plan jalan2 seharian. Tapi, harus ingat cuaca yang sejuk boleh membunuh mood untuk bersuka ria... :) 
Baru kini aku tahu, maksud teman2 yang tinggal di luar negara berhibernasi di dalam rumah. Aku juga berpeluang berbungkus2 di dalam bilik hotel TETAPI!!! masih sejuk menggigil....