Tuesday, August 31, 2010

Hidden Pearl of Sabah

31 /7/2010 – 3/8/2010

Kundasang

Akhirnya, pada tarikh keramat dia ats, aku berjaya jugak menjejakkan kaki ke Sabah. Dah lama aku berhajat nak ke Sabah, tp asyik la kena cancel je tiket. So pagi Sabtu 31/7 tuh aku amik first flite kul 6.50 pagi dari LCCT. Pukul 9 lebih gitu, aku sampai di KKIA Terminal 2. Dari KL, hasben dah siap2 call kawan dia mintak arrangekan kereta sewa. Dapatlah kitaorg pakai kenari walaupun pd mulanya nak kembara. Kitaorg buat satu pusingan tgk bandar KK, nak servey2 mana Pasar Filipin, Pasar Ikan Masin dans emuanya la. Pastu kitaorg trus shoot ke Kundasang.
Perjalanan dari KK – Kundasang emngambil masa dlm 2 1/2 jam. Bergantung pd cara pemanduan. Kalau sesaper yang biasa naik Cameron Highlands akan mendapati jalan ke Kundasang tidak sesukar mana. Hasben aku asik la layan ‘lap’ smpi aku bergaduh2 dgn dia. makin lama naik, makin cantik view. pekan pertama yang kitaorg jumpa Pekan Nabalu.Kat sini kitoarg beli t-shirt nagn fridge magnet. Bolehlah rega dia. Pastu ingat nak makan tghari kat Nabalu nih, tp tak lalu lah..sebabnya anjing2 berkelaiaran dia mana2. So kami batalkan saja and terus ke hotel. kemudian kami sampai pula di Kundasang market. tempat nih jual sayur2 dan buah2 yang gemoks2. Dan murah2. 2 ikat brokoli besar rega cuma RM5, pastu pisang mas sesikat RM2 je…..
kemudian kami terus carik Celyn Resort. Hemm….resort nih lebih kurang 10 minit dari Kinabalu Pines Resort. lepas KPR tuh, dlm 10 min, belok kiri. ada jalan kecik and signbod merah tulis celyn. Nak sampai kt atas tuh sikit punya mencabar. jalan dia batu kelikir. namun kami berjaya juga sampai kt Puncak. Tinggi tuh. kami terus check-in. mandi2 dan rehatkan badan. lebih kurang dlm pkl 6 ptg, kami bersiap2 untuk makan malam. Dinasihatkan supaya turun lebih awal sikit kerana pukul 6.30 ptg dah gelap mcm pukul 7.30 mlm. Angin bertiup…aduhhhmakkk…sejuknya…..tenmpat makan di kundasang market. ada banyak restoran halal. terus order sup tulang sbb nak lawan sejuk. Mlm tu hujan turun tak berenti. Kat resort nih, tak payah pakai aircond, dah cukup sejuk. esoknya, pagi2 dlm pukul 5.45 pagi, aku dah bangun sbb nak tgk puncak. hemm…x nampak apa sbb awan dan kabus terlalu tebal. kemudian kitaorg keluar berlegar2 di kawasan resort. suasana dan pemandangan pagi itu Masyaallah……sgt cantik dan menakjubkan. Subhanallah…..ku yakini kebesaran MU. Dah pukul 7 pagi masih tak nampak puncak. Aku dah sedeh dah..pastu hasben pujuk suh breakfast dulu. Ok la..kitaorg breakfast dulu. Dalam pukul 8, pi balik kt tepi chalet nak tgk view puncak kinabalu. masih tak nampak. Adalah nampak separuh je. Lebihnya….nampak kabus. Kitaorg dah tak boleh tunggu sbb nak ke Mersilau dairy Farm dan Kinabalu Park.
Mersilau Dairy Park ni tempat ternakan lembu susu. lembu yang tompok2 tuh…nak ke sini, kena pegi ke Kundasang Market, pastu ada simpang tulis Klinik Desa Kundasang. Ikut jalan tuh. terus je….pastu jangan takut kalau tiba2 rasa mcm dah lost. mmg jalan dia agak mencabar. naik bukit terus sampai ke atas. nanti akan jumpa signbod Desa Dairy Farm (mcm dlm gambar kt atas nih). Nak masuk kena bayar RM3 sorang. Jaga tuh pesan boleh nak jalan2, amik gambar, atau apa saja, kecuali jgn masuk dlm kandang. Tempat ni mmg cantik. Mcm kat swiss. kawan aku kata la. aku x sampai lagi. Dengan cuaca yang sejuk, pemandangan sangat indah. lepas puas bergambar2 kitaorg pun turun. destinasi seterusnya ialah Kinabalu Park!

Masuk Kinabalu Park pun kena bayar jugak. Bayar je lah…tlg negara develop ye tak….pastu kitaorg trus ke timpohon gate. Check point pertama. dari timpohon gate kami diberi permit RM5 untuk ke pondok Layang2 (check point ke-2) tp penjaga sudah memberi amaran, kitaorg harus smpi ke pondok layang2 dlm tempoh 2 jam. kalau tak smpi dlm tempoh 2 jam, kitaorg kena patah balik. sbb nanti akan gelap gulita. boleh jatuh gaung wooo…..tinggi tuh. seperti yang dijangka, mmg tak smapai pun sbb aku tak larat dah. hasben pujuk2 jugak suh teruskan, aku dah give up. sbb tak prepare. So, kitaorg lepas sikit dari Carson waterfall. Kitaorg patah balik. Tp aku puas sbb aku berjaya jugak smpi ke timpohon gate dan berjaya mengikuti summit trail walaupun hanya untuk beberapa kilometer je.

2 comments:

Ellen said...

wah..sis dah ke sabah yer...thanks for sharing this beautiful moment kat sini...next time kalo nak g sabah...roger2 ellen..byk tmpt menarik lg yang boleh di lawati kat sini..hehee

aziahmk said...

harus bah..kalo aku ke sana, aku talipon kamu....:)