Friday, July 18, 2014

MH17 - Amsterdam-KL- photos that break our heart


********all photos : credit to CARI Forum*********

MH17 - MAS plane shot down in Ukraine

Astagfirullah.....astagfirullah......astagfirullah....innalillahiwainnailahirojiun....

Pukul 11.51 mlm ( waktu Malaysia), satu whatsapp masuk dr kawan aku mengatakan pesawat MAS dr Amsterdam -KL telah ditembak oleh puak pelampau di Ukraine. Pesawat yng membawa 280 penumpang dan 15 crew dikhabarkan tiada harapan. 

Pada ketika itu, hati aku berdebar2...rasa takut sangat, terus terpikir..Ya Allah..dugaan apa lagi kali ini.MH370 masih tidak nampak hujung pangkal...kini MH17 pula. 

Aku tidak berhajat untuk memanjangkan andaian2 yang memabnjiri di laman sosial ketika ini, cuma aku lakarkan ia disini sebagai satu lagi tragedi di malam permulaan lailatul Qadar.

Innalillahiwainnailahirojiun bagi mereka yg berugama islam dan R.I.P bagi penumpang yg bukan berugama Islam.

Terkini,Malaysia Airline System akan mengadakan press conference pd pkl 4 pagi ini.


Saturday, July 5, 2014

Kerja sambil Belajar....TIDAK MUDAH!!!!

Pertamanya..rasa happy sgt dpt kembali ke blog sendiri. last posting was sumwhere in April...now dh July. Lebih 2 bulan terpisah dgn blog kesyaangan. 

Tuntutan kerja dan dlm masa yg sama sambil study bukan suatu perkara yg mudah. Trust me...sangattt tidak mudah. Sangatt ok....even kelas adalah dihujung minggu...tp still masa mmg tidak cukup. tambah2 bila assignment ko dh mula bertingkek2.....muka ko pun dh mcm mangkuk tingkat rasanya....

Alhamdulilah...aku berjaya harungi 2 semester yg mencabar dan kini tggl dissertation je. Target viva hjg bulan August...hem...again...mmg jdk mangkuk tingkat le jawabnya....

Aku jugak nk mengucapkan selamat berpuasa, ramadhan ya kareem....untuk anda semua tak kira dimana ye....moga ibadah kita lebih baik utk tahun ini. Insya Allah....

Tuesday, April 8, 2014

Madinah (Hari Ke 2 & 3)

Masih di Madinah. Selepas berjaya kami memasuki Raudhah (walau bersesak2 yg amat sangat), hari kedua kami lalui dengan lebih tenang. Dapat rehat lama sikit setelah berjam2 perjalanan smlm kan. Hari ni, aku dgn mak aku nak cuba masuk Raudhah lagi. Untuk pengetahuan semua, Raudhah dibuka utk wanita pd jam 9 pagi hingga Zuhur, dan lps Isyak sahaja. Kami yg x tau, mula2 bercadang nak masuk lps asar.Jadik kami tanya kt polis wanita itu, tapi dia bgtau lps isyak. Ok. Lps isyak..lps isyak la...sejuk sikit aku ckp kt mak aku.

Jadik, hari ke dua ni, setiap kali lepas solat, apa lagi...kami pun mula cuci mata dan cuci poket..ngeh..ngeh..ngeh...macam2 barang dan murah2...dn kita x yah risau nak cakap bahasa apa..semuanya boleh ckp melayu ye....ko pegi je pastu tanya."berapa??"...terus ckp melayu. Kat Mekah pun sama. semua ckp melayu. Hebat bahasa melayu. seantero donia...

Hotel kami x berapa jauh dr Masjid Nabawi....jdk lepas2 jalan2 pusing2 tu kitaorg mmg selalu balik hotel dan rehat. Lps tu dlm 1/2 jam sebelum masuk waktu, kitaorg pi balik masjid. Cuma selalunya waktu Maghrib dgn Isyak, kitaorg duk terus kt masjid. Jdk lps Isyak mlm tu, kami terus berkumpul utk masuk Raudhah sekali lagi. Selalunya lps Isyak,polis2 wanita tu akan terus pegang signbod yg tulis Malaysia, Iran, Pakistan atau bangsa2 lain. Makanya, carik la signbod tulis Malaysia atau Melayu dan duduk berkumpul. Mula2 akan berkumpul dlm masjid. Dlm 1/2 jam, dia suh gerak berkumpul di luar/perkarangan Raudhah mcm gambor kt bawah ni.

Lepas tu akan dibawa masuk ikut giliran. Ok, kat sini aku masih boleh bersabar lagi. Lama weh...dkt sejam menunggu. Takpe lah...nak carik fadhilat dan tempat mustajab berdoa mmg payah.Jadik bersusah la sikit. Takpe.

Tapi bila nak masuk pun, bertolak2. Yg kedua ni paling mencabar. Sebab aku hampir2 hilang pertimbangan. Bila manusia bersesak2 dan tolak menolak. Mak aku hampir jatuh bedebum dilanggar ketika solat. Waktu tu aku mengawal mak aku. Gilir2 solat. walau aku dh ckp..solat2...tapi puak2 yg Iran dan seangkatan yg besor2 tuh..dia main langgor je.Kebanyakkan mereka2 ni bukan nk solat pun. Nak menangis menggugu2 di Makam Nabi. Pastu aku plak jdk polis kt situ. Dah geram..aku ckp kt depa. Solat ?? No solat , then EXIT!.....

kredit to sis Fifi....

Lepas kami dpt solat dan berdoa kami keluar. Hanya jemaah Malasyia saja yg berdisiplin dan mendengar kata. Kita pun x de nak lama2. Cukup masa, dapat buat soalt dn berdoa, lebih kurang dalam 10-15 min, kami keluar utk beri peluang pada org lain. Tapi tidak jemaah2 dr negara lain ye.

Amat menyedihkan, bila tempat yg suci sebegitu, keadaan yg amat buruk sekali manusia2nya bertolak2 utk masuk. Tp aku tgk utk jemaah lelaki tak seteruk wanita. Kat sana, siaran tvtunjuk secara lansung. sbb kamera2 dlm mesjid rakam live. Yglelaki ikut kata...diaorg kt makam nabi, sampaikan salam sambil jalan...jdk tak le sesak. En Hasben pun dpt solat di tiang Aisyah. Jadik, untuk dimasa hadapan, mmg akan kena sabar sesabar2nya utk ke Raudhah.  Lepas tu kami berdua balik ke hotel (En hasben dah lama balik...) dan tido keletihan. Memang rasa nk pingsan woo.....

Hari Ke 3, hari lawatan. Kami dibawa ke Ladang kurma, Jabal Uhud, Jabal Tsur. Di Jabal Uhud, kami diberi penerangan oleh mutawwif mengenai perang Uhud. Kat situ ada satu dinding yang di lukis bagaimana perjalanan dan pergerakan Nabi serta tentera2nya. Dan bagaimana org Islam kalah didalam peperangan ini kerna tamak haloba. 

Di Jabal Uhud jugak, segala ubatan utk subur atau penyakit lain banyak dijual disini dan murah2. Diberitakan, peniaga2 dia Jabal Uhud ni adalah dari kalangan keturunan Nabi Muhammad saw. Oleh itu, janganlah kita nk tawar menawar lagi kerana bg aku, harga kt situ mmg dah murah.

Kat Ladang kurma pulak, boleh tgk pokok kurma yg betul. Aku dgn mak aku apa lagi..membeli dan membelahkan poket kami. hahahaha...en hasben, duk bawah pokok...x kuasa nk tgk bini dia membelahkan poket dia sama.......muahahahahah. 

 
 mak aku tgh soping utk cucu2 dia......sedap2 cekelat. kt Ladang kurma ni mahal sket.sekilo 40 riyal. Tp kt masjid nabawi murah. sekilo 20 riyal.

Cukup masa, kami naik bas balik hotel. Oh ya, bas kami x berapa best sbb aircond nya x fungsi sgt. terasa la panas sikit.  


Tuesday, April 1, 2014

KL-Jeddah-Madinah - Kesempatan menjadi Tetamu- NYA ( entri byk bercerita)

Alhamdulilah.. Syukur yg x terhingga kupanjatkan kepada yang Maha Esa atas kesempatan aku menjadi tetamuNYA.

15 March 2014, berangkat la aku, en hasben dan mak aku menunaikan umrah. Tak tergambar perasaan kami utk menjejak kan kaki ke dua tmpt yg amat menjadi idaman : Madinah & Mekah. Penerbangan hampir 10jam dirasakan terlalu lama. Sepanjang perjalanan kami isi dgn zikir dan tido..... hikhikhik. Penerbangan dengan pesawat Boieng 777, sedikit merisaukan apatah lagi tragedi MH370 yg menggunakan pesawat yg sama masih lagi tidak ketahuan. Namun, aku cepat2 istighfar dan berkata...bukan sebab kapal terbang. kalo dh ajal tiba, naik basikal juga boleh meninggal. Lalu kami melangkah dengan tabah dan sabar ke dlm perut pesawat. Flight patut berlepas pkl 3.15 ptg.Tapi kebetulan hujan turun lebat sesangat...maka pkl 4ptg baru take off.....

Lebih kurang pkl 7.30 mlm (waktu Jeddah) kami selamat mendarat di epot Jeddah. Hem....kat sini..cabaran dh bermula. Sikit punya lama daa....beratur utk imigresen. Aku dgn mak aku beratur di line perempuan, maka cepat la sikit jadiknya....yg teruk ialah en hasben. kitaorg satu bas menunggu dia dan satu lg jemaah hampir pkl 10 mlm br clear imigresen. sikit punya pening daa.....

pastu setelah solat jamak..kami pun menaiki bas utk ke Madinah. Another 6 hours...muahahahaa.....xpe la....dah penat pun kan...kita tido la....zzzzzzzzzzzzzzzzzz

tiba-tiba bas berenti. Terpisat2 kami gosok2 mata. beratnya nk bukak....tgk jam dlm pkl 2 pg waktu tempatan. Tgk luar tingkap, mcm perhentian R & R. Ooooo...rupanya, berenti utk makan. TETAPI!!!!....saat pintu bas terbukak...kitaorg semua mengeras. Sejok wooo.....mcm ais. Terpinga2 kitaorg...ehh ni bukan musim sejuk. Menggigil2 la kitaorg turun utk makan. nak pegang sudu pun menggigil. penyudahnya, mkn 2-3 suap je. selebihnya simpan. 

Pastu mak aku nk pi toilet. ye lah....org tua kan....kena pulak cuaca sejok gedi....mmg nak terkencing la jawabnya. Dr Mesia lg, sewaktu kursus, ustaz2 dah ingatkan kami. Tandas di R & R di Tanah Arab tak sama dgn dgn R & R kita disini. Punya la beserderhana...maka tandas mereka pun x la se gah kita di Mesia. Betapa bertuahnya tggl di Mesia kan? kan? kan? Maka dengan itu....harusla kita redho dengan keadaan sebegitu ye. Kemudian kami pun meneruskan perjalanan ke Madinah. 

Kami sampai di Madinah lebih kurang pkl 4 pagi. Ngantuk2 tarik beg masing2 ke bilik. Alhamdulilah, hotelnya bagus. kami nginap di Dyar Taibah Hotel,lebih kurang 100 m ke Masjid Nabawi. Kami bertiga lekas2 masuk bilik utk rehat sekejap dan bersiap2 memandangkan Subuh masuk pkl 5.05 pagi. Lps bersiap2, kami berkumpul di lobi, dan di bawa mutawiff untuk pertama kalinya ke Masjid Nabawi. Dalam hati aku, berdebar2. Setiap langkah aku diiringi dgn zikrullah memanjat doa kesyukran. Saat terpandang payung berkembang di Masjid Nabawi, aku dgn mak aku apa lagi...edisi airmata pun bermula. Sebak, sayu, syukur semua bercampur baur. En hasben yg memang paham sgt episod airmata kami...dibiarkan aje...hehehehehe  lepas subuh, kami berjalan keluar dan di jamu dengan org yg berjual di merata pintu masjid nabawi. Pd mulanya kami nk masuk raudhah. Tp diberitahu, raudhah hanya bukak jam 9 pagi. Jadik kitaorg pun balik hotel semula.Balik sarapan dan berehat kejap.

Pkl 9, kitaorg pun mula adventure nak ke Raudhah. Allahurabbi.....dugaan dan cabaran nak masuk raudhah bukan calang2. Perlu kesaabaran yang amat tinggi. Bersesak2 dan berhimpit2 dan bertolak2...ya allah...kiranya ini dugaan KAU utk kami mencari fadilat dan keredhoaan MU, aku redho ya allah. Aku jaga sebaik mungkin mak aku agar dia tak terjatuh ditolak2. Dalam pada bertolak2 tu...tiba2 mata aku tertancap pada karpet hijau. Di Raudhah ada 2 warna karpert. Karpet merah dan karpet hijau. Tetapi adalah sebaiknya dpt solat dn berdoa di karpet hijau. Bila saje mata aku tertangkap kitaorg dh jejak di karpet hijau, aku terus jerit. " Ma, dh karpert hijau! Cepat solat ma, doa" Begitula aku terjerit...hehehehehe

Selesai kami solat taubat, solat hajat di raudhah, kami menadah tangan sungguh2 pada Yang Maha ESA memohon keampunan dan agar di makbulkan hajat2 kami. Duration kami dpt masuk ke raudhah dlm 1 jam setengah menunggu. Tapi xpe la....berbaloi. Lps tuh kami balik ke hotel utk berehat melepaskan penat.

bersambung..........


Monday, March 10, 2014

MH370..Where are you ??

 
 8/3/2014.. terpahat satu tragedi sedih yang aku rasa, tak dpt nak gambarkan dengan perkataan. Takde satupun perkataan yang aku rasa boleh digunapakai. Hari ni, dah masuk hari ketiga pencarian. masih buntu. Tiada petunjuk.

Nasib 239 penumpang serta anak kapal, masih samar. masih kabur. Nak kata sudah tiada, takde satu bukti..nak kata masih hidup..sudah lebih 30 jam terputus hubungan.

Aku tidak berniat nk tulis panjang2 tentang tragedi ini. sekadar lakaran dn peringatan bahawa jika Allah berkehenddakan sesuatu..maka terjadi la ia....

semoga kita sama2 terus berdoa utk nasib semua passenger and cabin crew didlm flight itu. Diharap agar semua selamat. 

Dear MH370, 
where ever u are...the pray is with u, the tears is with u, 
the love is with u, the hope is with u.... 
Pleaseee... Do come back to us safely. 
If u are facing any difficulties, any obstacles, 
please find a way no matter how it is ya. 
Allah Almighty... 
Please help MH370 to find their way home and 
please help us to find them as well. 
Ameen.







Wednesday, March 5, 2014

Antara Hujan & Jerebu....

Lepas hampir sebulan menangung cuaca panas yg amat sangat....akhirnya bumi KL disimbahi hujanlebat. 2-3 hari hujan lebat. Syukur....alhamdulilah..sejuk sikit...tetapi...hari pertama hujan lebat, dlm seronok2 tu..esoknya terus dihidangkan pemandangan memutihhhh je diluar rumah. 

Memutih bukan psl cuaca 4 musim.....tapi sebab JEREBU derrr.....and mula lah sakit tekak, batuk and sakit mata melanda....

Ya Allah....pulihkan la kembali cuaca di Malaysa ini...ameen...

Sunday, February 23, 2014

UpSideDown

 
 
Ok..jumaat dah start master class aku. This sem, aku ada 4 subject. Which is agak gilerrr gak la....sbb last sem 3 subjct, aku dh berapa kali pitam, berapa kali nk ekna tolak spital sbb BP naik...sem ni 4 ???? ya allah...bg la aku kekuatan dan kesihatan yg baik.....kalo aku settle sem ni dgn jayanya, aku cuma tggl satu sem je lagi. dan kalo semua success...bulan 8 ni habis la.....aku compresskan study aku ukt 1 tahun sahaja....ye..cita2 murni aku utk habiskan cepat. tengokkk la camno.....ahahahahaha..kot dapek den tadahkan kojo2 yg banyak tuh..den tadahkan yo.....hahahahah

utk sem ni, jumaat cam biasa kelas mula 6.30ptg smpi kul 9.30mlm..sampi umah sure melepeks dah...sabtu pulakkk..lagi hebat...pala otak aku yg dh separa karat ni....kena paksa belajar dr 9 pagi...sampai 7 mlm ko.......break betul2 dr 12-1 je utk lunch....mmg berasap....penyudahnya mlm td tido x lena sbb pening.

ok la...end of episod mengadu domba aku ni....apa2 pun u olls...wish me luck ye for this sem....

adios....

Tuesday, February 18, 2014

Its pouring..after a month

Syukur....lps sebulan x hujan2..dan panas terik yg mengakibatkan penyakit x renti....hari ni hujan turun mencurah2....happy sesangat sbb dpt rasa sejuk sikit mlm ni....kalo tak tu...mlm2 pun aircond toksah ckp la....mmg x berenti smpi ke pagi.....kipas...cooler....semua pasang....sbb panas tahap gaban kan....

ari ni....rasa hepi tgk hujan mencurah2....bg tmpt yg belum hujan....kita doa byk2 moga hujan turun lagi....

Sunday, February 9, 2014

Hot ! Hot! Hot!

Ari ni cuaca sangat2 menduga.....panasnya..tak dpt nak bygkan.....dah hampir 3 minggu rasanya x hujan. Dengan panas...tak berangin pulak tu..benar2 menduga...duduk dalam rumah pun panas...aircond, kipas, cooler..toksah kata...semua dh dipasang utk bg sejuk...tapi tu la...manusia mana boleh lawan kekuasaan Allah swt.

Mandi ntah berapa kali sehari....asal melekit je..mandi....buleh demam daa....ini macam.

Apa2 pun harap sangaatttt hujan la hendaknya...biar sejuk bumi ni.....kalo tgk langit...mcm nak hujan...tapi sampai ke sudah x hujan...setitik pun xde.....

Dalam kita sibuk2 Vietnam senow...indon senow....mesia panas memanjang...aduihaiii

U olls...byk2 minum air ye....

Saturday, February 1, 2014

Exam Result is out!!

Syukur alhamdulilah....syukur...ya rabbi....exam result dah kluar. Tgh tido lg..masa kul 10.30 pagi td tet..tet.. bunyi whatsapp masuk. kawan aku bgtau..result dah kluar. boleh check kt myum....

ya allah...berdebud....rasa terhenti jap jantung. frankly speaking...dari 3 subject....aku mmg x konfiden 100% dlm satu subject. masa amik exam...ramai dh berkata2..sure kena repeat paper ni. ye lah..macam2 yg jadik between kitaorg satu class dgn that 'prof '. Psl tu la aku kata mmg x sangka2 sungguh yg aku pass subject tu. pass lebih plak tuh..bukan takat cukup2 makan....sekali lagi...terima kasih ya rabb!!!

Untuk next sem..aku kena sedia dr awal...tak mau dah terseksa mcm sem lepas....sangat terseksa.....

Friday, January 17, 2014

Sana sini di Isketambola mencari souvenier yg comel

 lampu-lampu ni mmg menjadi kegilaan kalo ke istanbul...cantik2...tapi awass....harga jugak cantik bebenor....tapi ada satu kedai yg aku perasan jual lampu ni murah. kedai tu menghala ke Topkapi Palace.
 Ini kedai2 subinier dkt area blkg blue mosque. ada mcm2 tp dr segi price..aga mahal sikit sbb terletak dlm tourist attraction....so paham2 la reganya ye...
 haaa.....kt Isketambola ni mmg terkenal dgn turkish delight atau lokum. mcm manisan la.... sesuai utk dijadikan buah tangan . ada mc2 perisa.

yg ni jalan2 carik subinier di Taksim (nanti aku buat N3 psl Taksim). Kt taksim ni x berapa sesuweiii...sbb brg mahal..dan org2nya agak sombong dan ganas2....takut aku ke sini....
haaa......yg ni pun sesuweiii gak nak jdkkan subinier...murah2 plak tuh...dlm RM1,700 dah dpt satu senapang panjang tuh....hahahahaa...tapiiii awasss...apa2 tanggung sendiri ek...kedai ni kt Mahmut Pasa....

Tuesday, January 14, 2014

Eminonu....Spice Bazaar.....Bosphorus Cruise...

 
 
 Ok....personally....kalo tanya aku...aku mmg akan vote Eminonu. Aku mmg sangat2 suka di Eminonu. Tempat yg cantik and mcm2 benda boleh dpt kt sini...hehehehehe.....

Di Eminonu jugak la letaknya Spice Bazaar. Aku opt Spice Bazaar compare to Grand Bazaar. Spice Bazaar, brg2 dia lebih pelbagai dan murah kalo nak bandingkan dengan Grand Bazaar. Aku byk memborong subiner di spice market kerana brg2 comel seperti sudu 'ibu sultan', beg2 kecil yang hanya dijual 1TL. Barang yg sama, dijual di Grand Bazar pada harga 5TL. Bezakan???

Banyak lgi brg2 yg cantik...pinggan2 ceramic yg femes dgn ukiran2..aku dpt pd harga RM50 satu. Selalunya, harga lebih mahal. Yg kecik2 tu boleh cech RM15 satu tp kebetulan, nasib masa aku pergi, ada satu kedai buat sale. Jgn tanya kedaimana satu...mmg aku x hingat...sbb aku jenis..jalan..jalan...pastu terjumpa, kena plak dengan bajet aku..terus 'ngap'!!!  hahahahahaha.....
sudu ni plak sama je citer...jalan..jalan...pastu terjumpa...mula2 beli sbb bentuk pelik. dah beli br ada kawan yg duduk turki bgtau ini sudu 'ibu sultan'. So skrg aku gunakan sudu ni untuk makan eskrem atau puding....

hilang akal jap bila kt sini..hahahah

Eminonu juga terletak mengadap ke Selat Bosphorus.....sangat cantik apatah lagi bila aku smpi waktu tghari..berkilat2 airnya...
Di sini, kita boleh naik cruise menyusuri selat Bosphorus yang menggabungkan kedua2 benua asia dan eropah. Korang yg pergi Istanbul, better dtg ke eminonu utk amil bosphorus cruise ni. lebih murah. Dalam 20TL saja. Compare, kalo korang amik kt Sultanhmet. Selalu kt area Blue Mosque dgn Hagia Sopia, dia ada ejen yg selalu carik2 org utk naik cruise ni. Tapi lebih mahal. dlm 40TL seorang. Jadik better la korang pegi kt Eminonu, amik kt sni. murah sket..tapi naik bot yg sama...hahahahah....
kt bwh jembatan ni, ada berderet2 kedai yang murah2 reganya.....



Aku dgn En Hasben naik cruise merentasi selat Bosphorus. Cruise yg selama hampir 2 jam itu, mula2 mmg excited....tapi lepas satu jam...kena plak dengan angin laut....sudahnya..aku dgn en Hasben berdengkur2 tido...hahahahahahah........ngantuk weiii.....

Sunday, January 12, 2014

Basilica Cistern

 
 Kalo saper2 pegi ke Istanbul, antara tempat yg korang tak boleh tidak.mesti pergi Basilica Cistern. Basilicia Cistern yang ada jugak dikenali sebagai 'istana tenggelam' merupakan satu terusan atau sumber bekalan air masa zaman 500 Masehi dulu. Ianya yg terletak di bawah tanah bumi Istanbul menyimpan rahsia yang amat berharga. DiBasilica Cistern ni, terdapat dua tiang yg mendapat liptan meluas, di mana 2 tinag yang tenggelam di atas kepala berbentuk manusia. Ianya dikenali dengan Medusa.

sila abaikan muka yg berkilat2 tu ek

Mula-mula aku mcm 'pass' Basilica Cistern ni...ingat nk pi tempat lain. Tapi adakawan bgtau pegi la tgk...takkan jumpa tempat2 gitu di tempat lain. Sementelaah, harga tiketnya 10TL = RM20. Aku rasa..ok la...why not.....

Saat aku turun tangga ke bawah tanah..gelapppp....misteriiii.....
ni la salah satu Medusa


ikan2 yg hidup didalam Basilica Csitern. Nampak tak duit syiling...ramai yg berhajat dn baling duit syiling disini. Tapi aku tak le buat..aku hajat dlm solat sudaaa......

Aku mmg sangat kagum bila masuk ke sini.....tempat simpanan air yg sangat besar. Gelap, sejuk, misteri.....mmg tak rugi walau ada yg berkata hanya nk tgk medusa dn keadaan yg gelap gelita...well....every place got story my dear... :)



It's a BOMB!! in Istanbul?? what the heck...

 
 Yep...tajuk diatas bukan propa ye....its real....and aku masih boleh tersengih2 masa tu..apa daa.....hari ke 4, aku and En hasben dh plan nak ke Basilica Cistern. Tempat ni harus ye...walaupun ianya mungkin tak menarik kat korang, tp bg aku, tempat ni sangat2 unik. Mmg takkan jumpa la kt mana2....

Pagi tu, lps brekfes, kitaorg pun start la jalan ke Basilica Cistern. Kitaorg stay kt area Beyazit. Beyazit ni mmg strategik sbb banyak kedai makan yg sememangnya halal. jgn risau..semua halal. pastu boleh jalan kaki je nk ke tourist attraction. sgt2 best sbb boleh jimat. Public transport famous mmg naik trem. Beli tiket 3 turki lira = RM6, boleh pegi ke mana2. jauh ke dekat sama je charge. psl tuh dr hotel, kitaorg mmg jalan kaki je. sbb dekat. sambil2 jalan, cuci mata kedai2 yg mmg akan mencuci poket2 kita..hahahah....

Ok2...balik ke citer bomb....kitaorg jalan2 kaki smpi le kt area Sultanahmet. Sultanhmet merupakan tourist attraction di mana Blue Mosque, Hagia Sophia, Basilica Cistern, Topkapi Palace terletak berhampiran di antara satu samalain. Satu perkara yanga amt pasti jika ke Istanbul adalah kita mmg akan 'amazed' dgn acrhitecture and design bangunan kt sana. Korang mmg akan sakit leher la sbb nak mendongak je ke atas. Bangunan2 kt sana, the architecture mmg sampai langit bangunan. 

So, bila kiaotg smpi area Sultanhmet, belok la ke kiri nk ke Basilica Cistern. Tiba2 bump over dgn one Malaysia, yg aku kenal masa kt epot. She informed that the Basilica tutop sementara. "eh..why??"aku dah nak sedeh dah... then that kakak bgtau.." got a bomb! " 


muka sengeh tgk show bomb!!!

"what?? bomb?? " no wonder masa brekfes td, mmg kitaorg dgr siren police bergema2...tp kitaorgx amik port la..sbb ingat biasa2 je...

so,kiatorg jalan la ke depan sikit, nak tgk apa yg jadik....then mmg tempat tu dh di tutop...kebetulan masa kiatorg smpi, pakar bom tgh buat keje depa. Dah jdk mcm show plak....aku pun sama le menyibuk...padahal patut takut la kan...tapi psl depa kata mungkin bukan bom...tu yg menyibuk....