Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Monday, October 10, 2011

mimpi awan dania......NamSan ToWer


Bagi korang yg mengikut citer awan dania, mesti korang pernah tgk episod dania dgn benjy dkt korea kan? kan? Aku pun pd mulanya psl tgk episod tuh la baru tau tempat yg Dania dgn Benjy pasang mangga kunun2 sebagai lambang kunci cinta dioarg...hehehehe...tp pd masa tuh aku tak tau nama tempat tuh apa...cuma tau seoul tower. Rupa2nya nama dia ialah Namsan Tower. Dan bg korang yg hantu citer korea (mcm aku) boys over flower, peminat lee min ho kekdahnya....kt sini la yg lee min ho tunggu jan di dlm sejuk masa nak declare relationship diorag....aku dgn en hasben dpt naik 2 kali ke namsan tower ni. sekali masa waktu mlm...dn yg kedua waktu siang. view kat atas ni sgt cantik. udara dia sgt segar. cooling jeee.....


ni stesen kabel ke namsan tower. kalo sesaper yg duk kt namsan guesthouse, jalan kaki je ke kabel car ni....


aku dgn pokok mangga....bukan pokok mangga buah ek..yg ni mangga besi..tak buleh makan...




kat atas ni ada beribu2 mangga ( key pad lock). tgk la ni...punya la kreatif diorg ni...mula2 aku cam nak jugak letak mangga ni....tp bila tgk rega dia RM60, mak aiii...cancel je la...baik aku beli menda lain.....nyesal x beli mangga 10 hinggit kt mesia then gantung kan..kan...kan...


ada jugak yg terlebih kreatip....tak mau gantung mangga...digantungnya penyodok terusss....amik kau!!! hahahaahaha




yg ni pulak....sewaktu naik kabel car ke namsan tower. since aku pi korea april lalu adalah pd musim bunga...lihatlah ciptaan tuhan....subhannallah





Saturday, May 7, 2011

Secret Island-Namiseun



Hehehehehe.....takde la secret pun sebenarnya.....Nami island yg jauhnya lebih kurang 45 minit by train dr Seoul, mmg cantik. Sangat cantik apabila musim bunga menginjak masuk.....amat indah ciptaan Tuhan. Dr seoul, ada pelbagai cara utk ke Nami island ni. Boleh naik bas dr Gangnam Bas Station, boleh naik train, boleh naik kereta ataupun boleh amik pakej ke Nami yg disediakan oleh hotel2 tempatan. Bagi aku, aku memilih utk naik train. Hemmm......agak hectic jugak sebab kena tukar line2 train 2-3 kali jugak. Macam aku, perjalanan mula dr stesen Myeong dong, tukar beberapa kali line ke Sangbong, dr Sangbong ke Gapyeong Station. Oh Ya, ada kemungkinan yg anda akan berdiri sepanjang perjalanan ye sebab mmg terlalu ramai org yg nak ke Nami Island.



Sampai di Gapyeong Station, kami terus keluar utk menaiki bas ke Jetty. Tapi, aku terkejut gak, sbb bila keluar2 je dr station satu bas pun aku tak nampak. Lengang. Mr Hasben ckp agaknya amik bas tempat lain kot? Ada la dekat 10 mint jugak kitaorg blur depan station tuh. Masa tanya kt Information, dia kata bas kena jalan kaki ke tmpt lain. So kitaorg mcm dh x larat nak jalan, kitaorg pun tengok semua org amik taxi, kitaorg pun amik je taxi. Lagi senang dan cepat. harga pun murah jugak. Kalau naik bas, nak ke jetty sorang dlm 1000 won, so kami berdua dlm 2000 won (RM 6 ) tetapi naik teksi hari tuh kami kena dlm 4000 won (rm12), tak jauh beza sgt bagi aku la...sbb kita boleh duduk relax dlm teksi smpi ke jetty sambil nikmati pemandangan. kita tak tau mungkin tak dpt tempat duduk dlm bas kan....so, bagi aku, naik teksi amat effisien sekali.

sepanjang perjalnaan dr station nak ke jetty, mati kami disajikan dengan pemaandangan yg amat indah. kiri kanan pkok cherry blossom berkembang. cuaca juga nyaman sekali. Sampai di jetty, kami terus membeli tiket. Setiap seorang dikenakan bayaran 8000 won (RM24) utk tiket ferry dan masuk ke Nami island. Hanya perlu bayar sekali sahaja. Murah bukan??? Di jetty juga, nak beli tiket kena tunjuk pasport ye. Nami island di anggap sebuah wilayah yg lain. Pada aku, agak kelakar sbb di nami itu tidak ada bangunan2 pentadbiran atau apa2 jua aktiviti kenegaraan. Namun itulah uniknya Nami.


ferry utk ke Nami Island


jetty

yeay!!!! dah sampai nami.......aku ingat Nami ni besar. ghupa2nya kecik je.....naik basikal 1-2 jam dah cover seluruh Nami.

Dan inilah tempat yg paling famous di Nami utk bergambar. Masa ni musim baru nak masuk spring, jadik pokok2 pine ni togel je. Kalau dtg musim panas...pokok2 ini indah menghijau. Tetapi nami tetap indah dengan cherry blossom. Lihatlah keajaiban pulau ini. Penuh dgn bunga2.





Haaa......kalau nak tahu (ramai yg dah tau sebenarnya) nami Island ni la tempat pengambaran drama korea Winter Sonata yg femes tuh....banyak poster2 gambaar filem ini dioabadikan dipulau ini. Dan patung ini salah satu arca. Kita semua tahu yg Korea mempunayai 4 musim. Dan Nami island ini berubah rupa setiap 4 musim. Amat menakjubkan!




Bagi yang beragama Islam, jangan risau psl makanan halal di Nami. Walau tidak banyak pilihan, tapi bolehlah nak buat alas perut. Mcm dlm gambar dia ni, set ni di panggil nasi goncang. Tetapi AWAS! jangan goncang seperti kebiasaan sbb anda mungkin tidak lalu nak makan. di dalam satu bekas, di letak nasik putih, telur goreng dan kimchi. Kebiasaanya, org korea akan mengoncang dan nasik itu akan bercampur dgn telur dan kimchi. Macam aku, aku mmg tak boleh nak telan nasik cam tuh, aku biarkan je. kemudian aku order fried kimchi atau kimchi goreng. ala2 telur dadar la.....sedap! Dan order fresh oren, jadikla utk lunch kami hari tuh. utk 2 set nasik, 1 fried kimchi dan 2 fresh oren, bayaran lebih kurang dlm 20,000 won (RM60). Mahal??? apa nak buat....takde pilihan. Kedai Halal ni terletak dekat dgn tempat sewa basikal ye. ada lambang masjid dan tanda halal.



Nami meninggalkan seribu kenangan buat aku. kerana di nami juga, aku berbasikal dengan Mr hasben. Satu Jam berbasikal berdua merupakan momen yg paling berharga dan indah dlm hidup aku. Ku tinggalkan Nami dengan seribu kenangan, seribu cinta dan seribu rasa.

Friday, April 29, 2011

Para-Para Sakura


cherry blossom di Namsan Tower

22hb April 2011, aku berlepas ke Seoul, Korea dgn Mr Hasben utk holiday. Kadang2 penat bekerja, sesekali kita kena reward diri kita dgn sumthing yg memorable. Pada ketika ini Musim Bunga di Seoul. Dimana2 sahaja bunga cherry blossom kembang- di korea di panggil cherry blossom, sedangkan di jepun di panggil sakura....


cuaca sanagt indah dan sejuk....tetapi sesekali bila angin bertiup..aduhmakkk..mengeletar terus. Jalan2 di Seoul amat bebas. Mereka tidak suka mencampuri urusan org dan tidak suka memerhatikan orang..apatah lagi Muslimah sepertiku yg bertudung. Kita jadk bebas utk berjalan, bercakap dan membeli belah. Satu yang aku pelajari dr masyarakat Korea, mereka ini amat kreatif and rajin membantu. Trip aku tidak menggunakan khidmat mana2 travel agent. Hanya berpandukan pada info2 yg dpt dr internet, pengalaman2 kawan2 yg pernah pergi sebelumnya dan juga bantuan info dr kawan aku yg studi kt sana. Sebelum2 ni, banyak aku dengar kata melancong ke Korea agak payah berikutan bahasa yg digunakan. Aku setuju tentang bahsa tetapi ia TIDAK susah. Hanya perlu bertanya pd mereka yg muda2 kerana kebanyakkan mereka tahu berbahasa inggeris sedikit2.Jangan la tanya pd makcik2 (ahjumma) dan pakcik2 (ahjussi), konpem mereka x paham dan konpem korang takkan paham.

Hari pertama aku smpi di Seoul pkl 9.25 mlm waktu sana. Lepas pada imigresen dan amik beg, kitaorg naik bas 6015 ke Seoul. Bas 6015 berhenti Sejong Hotel. Dari Sejong Hotel, aku jalan kaki ke Namsan2 Guest House. Namsan ni ada 2 buah. Kalo Namsan 1, letaknya di bukit yg tinggi sikit, Namsan 2, kt bawah. Tak berapa tggi nak panjat. Lps check-in, letak beg, pastu kami jalan kaki ke Myeong dong Subway Station , nak biasakan dgn mesin beli tiket subway, dan cara2 nak baca line2 subway.




hari pertama, aku ke yeoido park..sbb dikabarkan..kt sana banyk pokok cherry blossom. lps tuh yg buat aku excited, sbb stesen tv terkenal korea KBS yg banyak kuarkan citer2 korea dekat dgn yoeido park tuh....jalan kaki je......hehehhe....aku kunun2 dgn harapan dpt la jumpa oppa2 hensem kt sana...tp hampehhh sbb hari mggu daa......



lps yoeido park ngan kbs, aku jalan lagi ke seoul world cup stadium. kat sini lagi best pokok cherry blossom....gebussss

camner la eskalator ni bila hujan....mau berkarat kalo x servis kan???



jalan ke depan skit mcm ada satu terusan...tapi ya ampunnn....aku mmg x tau apa nama tempat sbb tulis dlm hangul (bahasa korea). tapi apa2 pun...semua tempat di korea ni bg aku cantik....ni baru sikit...nanti aku jamu korang lagi ye..dgn gambar munger2....

dekat dengan world cup stadium ni, adalah digital media city (DMC). saper2 yang suker gajet2 telepon, komputer, kamera...haaa.....kat sini le tempatnya....punya banyak outlet mcm2 brand buat sale. kalo henfon2 ni, sale lambak2 je....walau murah...tapi apakan daya....tak buleh pakai di mesia sebb bahasa.....isk..isk..iskk

lepas settle kt world cup stadium, aku jalan lagi...mmg kena banyak jalan kt korea ni....nak tercabut kaki dibuatnya....dh le nak kena panjat tangga tinggi2 kt subwaynya. adoihaii....okay2, lepas tu aku pegi tempat peberet aku...Namdaemun Market.....aku kalo pi obersee..aku mmg suka flea market ngan nite market.


mmg best namdaemun ni..lebih2 lagi aku boleh beli brooch kt sini...tapi awas ye...jgn beli brooch di jewellry park di tepi2 jalan tuh....sangat mahall....kena masuk dlm bangunan warna putih dlm gambar di bawah sbb kt dlm tuh kt tgkt 3 (kalo x silap le) boleh dpt brooch yg murah skit dn cantik. huiii...mmg berpinar bijik mata nengok batu2 mengerlip2.....selain dr brooch, boleh dpt t-shirt2 dan subinier2 pada harga berpatutan. lagi satu, suka la aku nak ingatkan...harga diorg ni sebenarnya murah dah...tp bila kita convert ke duit RM, tu yg jdk mahal. Contoh sehelai t-shirt I Love Korea, dia jual 5000 won. Ibaratkan 5000 won tuh adalah Rm5 kita...murah kan? cuma, bila kita convert 5000 won ke RM bersamaan RM15. jadik la mahal....maka, kalo kita mintk kurang atau diskaun, mmg percuma je la kena sembur ngan ahjusi2 dan ahjuma2 tuh...



penat2 jalan membeli belah dan mejamu mata, pada muslimin boleh la pegi ke kedai kebab seperti gambar di bawah. dan anda harus ingat, tolong mintak kebab tanpa sos. sbb sos cili di korea teramat pedassss.....hingga aku ter cherry berry la mlm tuh.....esok2nya bila aku beli, terus mintk kebab with cheese tanpa SOS.


femes brader ni......bersepah2 gambau dia......