Tuesday, August 31, 2010

The road to Nowhere….Chiang Mai/Mae Sai

21hb June 2008. Aku dan hasben ke Chiang Mai. Kenapa Chiang Mai? Hemmm….tak ada jawapan. Tiba2 saja, kami buat keputusan nak ke Chiang Mai selepas melihat rancangan Majalah 3 mengenai Chiang Mai. Cuma dokumantri Majalah 3 dibuat pd musim sejuk.

Kami memulakan perjalanan dari LCCT dengan menaiki penerbangan pagi. kali ini, mmg short trip. 1 mlm saja di sana. Kami mengambil private tour di sana. Sesampai di airport, agent kami ‘Big’ yang fasih berbahasa Inggeris telah sedia menunggu kami. Tetapi tidak driver kami. Sepatah haram bahasa inggeris pun dia tak tau. Aduhh!!!

Dari Airport, kami terus begerak ke Chiang Rai seterusnya ke Mae Sai. Perjalanan dari Chiang Mai ke Chiang Rai = 2 jam dan Chaing Rai ke Mae Sai = 2 jam. Sakit punggong wehhh…Apa ada di sana? Mae sai ini adalah sempadan Thailand – Burma. Ia dihubungkan dengan freindship bridge. Di sini juga ada ‘Border Market’. Yang mana banyak menjual batu2 permata (semi-precious stone) dan jade. Cukup banyakkkk pilihan. Tak tau nak beli mana. Semua cantik2.

Pada mulanya nak ke Burma, tetapi immigresen dia amat la mengelirukan. Kami diminta meninggalkan paspot di post immigeresen. dan bila keluar saja baru diberi. kami hanya diberi sehelai kertas sebagai pengenalan diri. Errr…..hasben dah tak sedap hati. sebab lain macam je. Nanti kalau jadik apa2, macamana pulak. Setelah dipikir2 kan dan ditimbang2 kan, kami membatalkan hasrat nak masuk Burma. Takut kalau jadik apa2 pada paspot kami yang ditinggalkan. Maka, kami menghabiskan masa di Border Market. Cuaca pulak terlalu panas. Nasib baikla kami amik private tour. Kami berdua tergolek tergelantang di belakang van.

(salah satu pondok Puak Karen)

Kemudian, kami dibawa pula ke perkampungan Puak Karen. Puak Karen ini merupakan puak atau masyarakat pelarian. Mereka merupakan rakyat Burma yg menjadi pelarian akibat dari masalah politik negara Burma. Dan mereka ini diberi perlindungan dan penemapatan oleh Negara Thai. Pendapatan mereka adalah hasil dari tanaman bunga Popi ( yg buat dadah tu) . Kami juga boleh masuk ke kawssan ini mengikut waktu yg telah ditetapkan. Tidak dibenarkan masuk waktu pagi kerana ketika itu mereka tengah memotong dan membakar bunga popi. Hemm….diorg tak mau kami mabuk nanti….hehehehee…dadah tuhh….

Di kampung ini juga, penduduk2nya memakai sejenis alat di leher (kunun2 nak nampak cantik agar leher jinjang. tp aku x nampak mana cantiknya). Aku ingat benda kt leher tuh ringan, sebab aku nengok budak2 pun duk pakai. Ngupe2nya berat ya amatssss…… camner la depa nih tido ke nak makan ke….ish..ish..ish…

Sumber pendapatan lain juga melalui hasil2 kerjatangan mereka. Sulam2 dan kait mengait. Seperti dalam gambar ini, selendang2 tu dijual dgn harga 20TB.


kat sini ada 2-3 jenis puak yg tinggal bersama. Tapi aku dah lupa nama2nya. Setiap puak ada kelebihan masing2. Boleh mengait, boleh menyanyi dan bercucuk tanam. Satu perkara yang aku amat suka disini. Puak Karen ini amat menghormati pada pengunjung2 yang datang. Nampak saja aku dan hasben datang ke perkampungan mereka, gendang akan dipalu menandakan ada pelancong datang. Terus mereka beramai-ramai akan berkumpul dan membuat persembahan. aku faham kenapa, sebab setiap pengunjung akan menderma, maka mereka haruslah menghormati dan memberi persembahan yang baik.

(nenek yg hujung sebelah kanan tuh, senyum tutup mulut sebab takde gigi…..kehkehkeh)

Kemudian kami bertolak pulang ke Chiang Mai semula. Dalam perjalanan, kami singgah di Hot Water Spring. Disini, boleh makan telur rebus fresh. Kalau mahu, kita boleh beli telur dan diberikan jaring. Kemudian masukkan ke dalam telaga air panas itu dan boleh makan terus……tapi aku tak le gamak nak buat sebab telaga tuh open air. takut ada pulak anjing2 ke yang memancut ke dalam tu….ish..ish…ish….

Sampai di Chiang Mai, kami terus dibawa check in hotel. Badan dah terlalu penat. Mandi dan tido. Dalam Pukul 8.30 malam, agent kami datang untuk bawa kami malan malam. kami hanya 2 org, tetapi makanan yang disediakan sgt banyakkk. Boleh 6 orang makan. Tersandar kami makan. Puas di ajak agent2 tuh makan bersama, tetapi tak mau. Katanya, takpe, mereka harus makan asing dari kami. Hemm..lantak le…Makanan yang disediakan adalah halal ye. Semua kedai yg kami pergi adalah milik muslim. Cuma aku rasa makanan di Chiang Mai ini tak la sesedap makanan di Hadyai. Tomyamnya biasa2 saja. Tak macam tomyam di hadyai. Sedapppp…slurpp!

Kemudian kami ke Nite Market. aku cukup suka dengan Nite market. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab dpt tgk banyak barang2 dan yang penting murah2 . Tapiiiii….tidak di Chiang Mai ye. Nite Marketnya cukup mahal. 1 fridge magnet paling murah 10 hinggit. aduhmak…awat la mahal sangat. Aku tak beli byk barang pun. T- Shirt pun takde. sebab mahal sgt. Sampai 25 hinggit sehelai.Aku cuma beli fridge magnet dan brg2 hiasan rumah saja.

Ini masjid besar yang ditemui di Chiang Mai. Alhamdulillah….bangga aku nengok masjid disana. Sebelah masjid tu, ada restoran Islam Sophia. Kami breakfast kat sini. Pagi2 buta, kami makan nasi putih, padprik, tomyam. Boleh tahan sedapnya.

Kami berjalan2 disekitar bandar Chiang Mai pagi itu. Secara amnya, Chiang Mai ini tidak ada banyak yg menarik sangat. Dalam tghari, kami tggu agent kami datang utk ke airport.

No comments: