Showing posts with label USS. Show all posts
Showing posts with label USS. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Route Planning.....


Aku menerima banyak pertanyaan di fesbuk, di porem malah ada kawan2 yg call tanya psl Universal Studio Singapore. Rata2 soalan yg ditanya adalah "mana nak start dulu?" . Jadiknya, entri kali ni khas utk menjawab soalan2 anda ye....utk Cik Aleya, harap2 info ni dpt membantu awak ye.....
  • Seelok2nya, masuk USS nih dari mula dibuka, baru boleh maximise kan explore the whole theme park. USS mula dibuka pada pukul 10 pagi dan berakhir pukul 7 mlm. Pastikan sebelum pukul 10 pagi, anda sudah berada di sana.
  • Beli siap2 tiket secara online ataupun Asiatravel (agent sah yg dilantik). asiatravel ni opisnya terletak bertentang dgn Lot 10. Kaedah pembelian, boleh dibayar cash atau kad kredit. Harga tiket RM175 seorang dewasa. Buat masa kini, pemberian voucer sebanyak SGD 10 masih berjalan. Voucher ini boleh digunakan untuk meal set ataupun nak beli subinier.
  • Anda diminta supaya membawa baju hujan. kalau malas nak bawak, xpe, boleh beli poncho berharga sgd1.50. Ada logo USS lagi...so kiranya anda dah ada subiner USS..heheheeh
  • Masuk je compound USS, tempat yg harus anda tuju adalah Jurassic Park. Ini kerana, di Jurassic Park, games dan ride dia banyak yg best2 dan selalu menjadi tumpuan. Kadaang2 kena beratur smpi 40 minit. terjadi pada aku ye...masa nak naik Dino Flyer. So, korang patut terjah, Jurassic Park dulu, pegi main yg naik bot dulu...masa naik bot nih...lipat sluar tinggi2,beg, kasut, stokin, kamera, bungkus elok2 dlm plastik. balut kemas2 dan peluk ke badan. Leps tuh, pakai poncho yang tutup seluruh badan. Percayalah..jika korang tak ikut nasihat aku nih...makanya korang akan basah lencun!
  • Lps naik bot, barulah korang boleh pegi main Dino Flyer. Lagi satu korang pastikan yg korang pakai kasut berttup atau sandal yg berikat. Kalau korang pakai slipar...aku takut...sedang syok2 korang naik Dino Flyer tuh...ada pulak hamba allah kt bawah yg akan makan selipar terbang korang. Lepas2 tuh ..korang boleh jelajah lain2 games.
  • Selesai kat Jurassic Park, kedua yg harus korang terjah ialah Egypt Ancient. Kat sini pun games dan ride banyak yg best2. Show2 jugak tak boleh dilepaskan. Korang wajiblah bergambar kt tempt disini.....mcm aku amik ni. Bapak main besar patung nya.....


  • Korang juga harus alert time2 street show. Madagascar show kalo x silap aku petang. Kemudian show waterworld (yg tak harus dilepaskan), Steven Spielberg ( yg ni BEST okay!) dgn show Shrek 4D. Korang boleh selang selikan lepas main2..masuk tgk show. Takde la rasa penat.



  • Korang boleh makan kt Mels Drive In- burger2 set atau kt madagascar - nasi beriyani
  • Kat Sci-Fi City pulak, kalau korang nak main cawan pusing2, roller coster (galactica kalo dah bukak ler..masa aku pegi, lum bukak), and boleh tgk dance street show. Nak shuffle ke waffleke..semua buleh.....
  • lagi satu...masa tgk show waterworld tuh...tolonglahhh...duduk kt belah2 atas and tepi...sebab pelakon2 dia nanti sesuka hati je nak simbah2 air....air kotor tuh....kesian yg kena...tak elh nak buat apa
  • Perkara penting yg korang tak harus lupa jugak..adalah aktiviti mengejar kartun2....jgn lepaskan peluang tuk bergambar dgn karakter pojaan anda....shrek, princess fiona, woody woodpeker, frankestein, marilyn monroe, madagscar penguin dan banyak lagi.
  • Nak carik subinier mcm fridge magnet dan t-shirt2 mcm ni..kt dlm USS merchandiser and dkt madagscar byk pilihan. t-shirt dlm sgd21.90 and fridge magnet ikut saiz la...mcm dlm gambar ni...sgd5 setaip satu.





yg ni cik opie punyaaa...

rujukan n3 aku yg lepas psl USS boleh rujuk di....

sini

sinun



Tuesday, October 19, 2010

Singapore - again....USS



Hem.....aku actually ader keje kt Kluang smlm. Tapi memandangkan business trip sblm nih pernah overnite kt Kluang and xde apa yg boleh aku buat ( no offend ye org Kluang)....aku terus je ke JB. Sejam je dr Kluang ke JB. Bila dah smpi JB, mula la gatal nak ke seberang....so awal pagi Ahad, aku bertolak ke JB ngan hasben. Sampi lebih kurang pkl 11. Aku pilih Tune Hotels. Not bad at all. Building baru. Hotel baru. Tempat makan senang and banyak pilihan. Yg plg penting, aku plan nak masuk Singapore dgn bas kali ni. Sebelum2 nih...naik plane and naik keta..so kali nih nak merasa naik bas pulak. Aku amik tiket kul 1 tghri. Mula2 ingatkan ramai...last2 aku ngan hasben je dlm bas....hehehhe...punyer le seronok sebab xde org. Drebar (yg terlebih ramah) tuh kata, belah pagi yg penuh. 3-4 trip mesti penuh. Tambang seorang RM25 pegi balik. Kali ni melalui Tuas 2nd Link. Jadiknya, aku merasa la turun naik bas ke immig nak cop2 paspot. Siyes...relax amat aku tgk org2 yg keje sini. Psl x byk keta sgt.....org pun tak ramai. Lepas 2 kali turun naik nak cop - 1 immig mesia, 1 lagi imig singapore, sampai le aku kt USS....heheheh...lagi sekali. Tapi kali ni aku x masuk, sbb dh masuk bulan 5 hari tuh. Purpose aku kali ni, mmg nak cover area yg aku x cover. Kt USS ni pun psl nak carik fridge magnet.

Aku tgk byk dah upgrade kt USS since the last time aku dtg. Mcm MM nih, dulu xde (ke..aku yg x pasan???) aku mmg le suker kalo jumpa2 benda2 cam gini....


best giler kalo aku dpt cekelat besar ni!!!!


ha.....ada sesaper nak candi? lolipop? kasi panjat sendirikkk



ni jalan yg menghubungkan USS ngan Sentosa. Malam2 kul 9 ada show air pancut dgn laser.


dah mcm aerospace dah aku nengok....patutnya sheikh mujapar wat majlis kt sini kan...br the granddd





aku lepak USS x lama. lepas dpt fridge magnet yg aku berkenan, aku terus ke Imbiah Station, amik monorel ke Vivo City. Tambang SGD3 jer...sekali bayar utk pegi balik.



ni la ViVO city. Tp ntah naper la...aku buleh lupa nak amik gambar bangunan nih..adehhh....unik ok architecture nya. Kt dalam nih katanya ada kedai jual parfume yg murah2..tp aku x jumpa occay! penin carik...x jumpa gak....arghh..forget it!


ni pulak kt belah belakang ViVo City.


Tuesday, August 31, 2010

Universal Studios – Singapore

22 /5/2010
Pagi sabtu, aku dan hubby bersiap sedia nak ke Singapore. Kami berdua excited nak ke Universal Studios. Kami amik flite paling awal, pukul 7 pagi dan akan sampai di Changi Airport dlm pukul 8 lebih. Tapi ada satu perkara lucu yang terjadi di dalam kapal terbang. Seat kami agak kebelakang. Nak menunggu turn dpt beli makanan dah tentu lah lambat. Tapi kami kena makan jugak sebab nanti samapi di Singapore, kami akan terus ke USS. Yang kelakarnya, baru 2-3 suap kami makan, tiba2 kapten announce ” Sebentar lagi kita akan mendarat di Singapura. Sila betulkan tempat duduk anda.” hahahaha…aku pandang hubby. Hubby pandang aku. Nasi ada setengah lagi tak makan. Nak tak nak, kami makan cepat2. Tercekik2 kami dibuatnya. Nasib hidup lagi. Next time, kena ingat kalau ke Singapore, samaada dapatkan seat hadapan atau minum sahaja.
Alhamdulillah, kami selamat mendarat. Urusan immigresen mudah. Kami menunggu shuttle van yang disediakan oleh pihak hotel. Dalam 10 minit menunggu, van pun datang. Kami terus ke Cityhub Hotel. Aku pilih Cityhub Hotel ini pasal shuttle bas USS akan lalu di depan hotel. Very the senang. Hehehehee…Nak jimat masa. Masa tuh dah pukul 9 pagi. Terus naik bas ke USS. wohoo!!!!!

Sampai di USS dlm pukul 9.20 pagi. Belum bukak. USS bukak pukul 10 pagi. So sementara nak tggu entrance bukak, kami berlegar2 di ruang depan. Bergambar2 dengan itu GLOBE ( tak sah okay kalo x amik gambar dgn itu Globe). Even dlm website, dia kata, limited guest, tapi aku tgk sikit punya ramai manusia. Banyak Indon ngan Filipino. 9.50 gitu, aku dan hubby siap2 beratur. Tak sabar sehh..nak masuk ( ngalahkan budak2). Masuk je, kami terus redeem voucher. Masa aku pegi tuh, kitaorg dapat voucher SGD15 sorang. Best2. Boleh beli subenier. Kat USS nih yang best haruslah ke Jurassic Park dan Ancient Egypt. bagi aku 2 park nih paling happening. Mcm2 rides ada. Basah kuyup dibuatnya. Oh ya! Jgn lupa bwk baju hujan ye. Kalau tak bwk boleh beli poncho yg dijual dengan harga SGD 1.50.

Tempat makan senang. Banyak pilihan. Ada fast food, nasi beriani, western and chinese cuisine. Aku pilih nak makan kt Mel’s Drive In. Ni semua pengaruh filem Back to the Future. Nak main2 kena tgk jugak, ada yang tak payah beratur lama. Ada yang aku kena tunggu 40 mint. Lama pun lama lah..aku tunggu gak sebab nak maximise kan ke enjoyan (err ada ke perkataan cam nih ).
kat dalam tuh, aku terkejar2 sana sini psl nak bergambar dengan character. Hubby pun sama. Sebok dia nak carik Woody Woodpecker. Akhirnya dpt jugak kitaorg amik gambar dengan beebrapa character. Aku ? Aku mestilah nak bergambo dengan Shrek & Princess Fiona. 4D show pun best. Cuma yg x berapa best masa musical show kat Pantages Theater. Tak tau la sebab aku dh penat ke atau aku dah kenyang ke, aku boleh terlelap dlm tuh. dekat 10 mint gak la aku terlelap.
Kami keluar dr USS dlm pukul 7 lebih cam tuh. Globe dah bukak lampu2 dia. Then turun ke basement tunggu bas nak balik ke hotel. Overall aku suka USS sebabbbb…aku suka tempat yang cantik2 dan penuh fantasi.