Thursday, November 25, 2010

N3 khas tuk TTM....:)



Tahniah!!!! TTM. Blog TTM terpilih masuk majalah In trend bulan nih. Nanti edit dan besarkan la ye...i tak sempt nak edit....

Buat anda semua yg warna Hijau belah bawah tuh blog TTM ye....

again..Tahniah!!!!

Saturday, November 20, 2010

Aku Tumpang Pengsan & Koma

Blog aku nih blog travel. Tapi aku tak leh tahan nak buat posting gak psl benda nih....aku rasa korang pun ramai yg dah tau. Sekrg nih kan tgh heboh citer Uncle seekers yg kunun2 nya ada hubungan cinta dgn permaisuri Aishah and latest punya ( br kuar oven) kata bercinta dgn Gee (fauziah latiff). Siap bersayang2 bagai....ewwwwwww!!!!!

Bila aku baca blog dia nih http://uncleseekers.blogspot.com/ aku terasa mcm baca pikiran org gila....dia kata mcm2 pd org yg lebih tua. kalo baca citer dia betul2, aku rasa bapak Permasuri Aisyah nih sogok duit psl tak nak heboh kata anak dia (Aisyah) tuh sedang mental. Pastu aku rasa pok cik seekers nih yg lebih2 perah saan kot sbb kalo le aiysah tgh mental, dah tentu dia tak sedar apa yg dia buat. Ibarat buta mata, buta hati, buta kayu! Kalo aisyah ni sedar, x mental...... harus aisyah pun larikkkk dr org yg handal tangkap hantu itu.

skrg nih dgn Gee pulak...masuk le gambar 2 bagai...ishhhh....kalo betul ko tau hukum hakam...xde la ko pun bersama2 dgn diorg tuh. Kt internet ramai yg dh koma dan pingsan sbb pendedahan syiok sendiri nih......jadik aku pun nak tumpang pingsan dan koma ngan diorg .....

Sunday, November 14, 2010

Sakits Gigi..ss.....

Aduhai.......ketika aku tulis n3 nih., aku tgh menahan sakit gigi yang amat....nyut..nyut...nyut....adoila......sakitnya...tak dpt nak tahan......sakit gigi nih dr smlm. Gigi aku nih dah lama berlubang, tp ntah bila la aku leh wat apointment dgn dentist....di tambah pulak yg aku mmg ada masalah dgn geraham bongsu aku yg tumbuh melintang dek kerana dah takde tempat nak tumbuh....adoihai gigi...naper la ko tak tumbuh dulu2 masa aku kecik2....for sure aku syiok tk pi sekolah....jadiknya korang bayangkan la sakit ku yg double trouble ituuu....

tapi smlm aku makan sefud...sakit2 pun aku bedal gaks....krak kruk...sedapnya udang tepiug, sotong tepung....adakah kerana aku terlalu byk makan sefud smlm??? menjadikan gigi aku nih sakit tahap gaban ????


apa2 pun....nanti aku wat n3 baru lepas gigi aku baik ye...:)

Wednesday, November 10, 2010

Kluang Rail Coffee

Sebut psl Kluang, mesti kita terus teringat dgn Kluang Coffee. So, bila aku ada keje kt sana, aku mmg le dh plan nak pi rasa kopi tuh....tp ya ampun....bg org2 mcm aku yg hanya tau minum, aku tak berapa pandai nak described kopi dia lain atau tidak..hemm....xpe la....janji boleh minum.

Kat Kluang nih, aku stay kt Prime Hotel. Hotel yg paling gempak la aku rasa. So, korang boleh gak stay sini...just nice ....





So, anybody who'll stay in Kluang, can pick this hotel. quite nice. Plus the breakfast also lots of variety....

Ini la dia the 'femes' Kluang Rail Coffee....punyer le ramai org......kena 'q' nak duduk......Sempat la soping moping coffee 3 bags.




Monday, November 8, 2010

Musang Yg Comel di Opis ku....

Td dalam lebih kurang pukul 12.30 tghari....aku ngan budak2 opis yg lain.dgr bunyi geduk gedak kat atas bumbung...mula2 kitaorg burung or tikus.....tapi bunyi dia kuat semacam.....tgh2 kitaorg cam heran apa tu? ..apa tu? tiba-tiba
*
*
*
*
*
*
*
*
*

GE...DE...BOMMMM.....!!!!!

dan yang jatuh.....

*
*
*
*





ini la rupa siling yg dah hancurrr.....


ish..ish..ish....kena pulak call bomba suh dtg tangkap..memula call Zoo Negara, tp diaorg cakap diaorg tak wat tangkap2 nih....( walaupun aku rasa musang nih zoo punya..sebab opis aku nih kt sebelah Zoo)

Dlm kul 1.15, Jabatan Pertahanan Awam dtgn ak tangkap....tp adehhhmak...sadisnya..depa pun takot!!!!....penyudahnya musang nih larik balik atas bumbung dan tak ketahuan pegi mana.....syahdu jer.....

So, pada ketika aku menulis entri ni, musang tuh berlegar2 atas pala aku nih....adeh...tolong la...jgn jatuh atas pala aku.....


Wednesday, November 3, 2010

WOW amazing asia photo contest



sajer2 masuk contest ni...

korang boleh join tgk n3 aku kt sini and vote sekali ye ( hehehhe...x malu mintk org vote kan....xde la...aku nak ajak korang jengah n3 aku dn korang boleh join sekali kat

SINI

ni pulak entri aku...dan n3 org2 lain...bolehla cuci mata...



2-11-2001 DIA pergi meninggalkan saya.....


Sejak dari 2 November 2001 aku tidak pernah lagi berpeluang untuk mengatakan Selamat Hari Bapa kepadanya. Dan sejak itu juga, tidak ada lagi insan yg bergelar lAyah di dalam keluargaku. Tinggal lah mama dan 9 anak perempuannya.

Didalam hidup kita akan wujudnya seorang ayah. Setiap insan punya seorang ayah. Kehilangan ayah membuatkan aku, kami hilang arah buat seketika. Ayah pergi secara tiba2. Tak sempat aku nak membalas jasanya. Tahun 1999, aku tamat belajar. Segulung Ijazah membuatkan ayah tersenyum riang memberitahu kawan2nya yang dia akan menghadiri konvokesyen anaknya. Ahh...betapa manisnya saat itu. Tidak ada benda yg boleh di ukur, dibayar, diganti untuk kegembiraan ibu bapa kita.

Masa kecil hinggalah menginjak usiaku remaja (sekolah menengah), aku dan adik2 tidak berapa rapat dgn ayah. Malah lebih tepat TAKUT akan ayah. Ayah terlalu garang. Semua perkara, aku tanya pada mama. Hingga tiba aku melanjutkan pelajaran ke universiti. Pertama kali aku melihat ayah amat berat untuk melepaskan aku hidup seorang. Aku tidak pernah hidup sendiri. Sejak itu aku mula rapat dan rasa dekat dengan ayah. Ayah juga....setiap kali ada masa terluang, muncul la dia, mama dan adik2 dtg ke uni dan kami menghabiskan masa hujung minggu.

Namun, aku hanya sempat memberi ayah merasa akan duit gaji ku hanya utk tempoh 2 tahun. Seingat ku, hadiah terakhir yg kami berikan pada harijadi ayah ialah seutas jam tangan. Aku..aku...tak tahu nak zahirkan perasaan ayah...perasaan gembiranya ayah. Ayah bising kerana kami membelikan hadiah yg mahal untuknya. Kami mengatakan apa lah sangat nilai jam tangan itu kalau nak dibandingkan dengan kepayahan ayah membesarkan dan menyekolah kan kami. Sejak itu, jam tangan hadiah kami tidak pernah terlucut dari tangan ayah.

Dan...percutian terakhir kami ialah ketika ayah sudah mula sakit. Kami mengambil cuti dan berpakat adik beradik untuk bercuti ke Port Dickson. Petang Jumaat kami semua bertolak. Ketika itulah ku rasakan saat2 yg tidak ternilai dan tak akan kami dpt lagi. Kalaulah kami tahu itu percutian terakhir kami dgn ayah, pasti kami sanggup mengambil cuti lebih lama.

Tapi itu lah takdir namanya. Qada & Qadar yg harus kita terima. Ayah pergi lima hari sebelum dia sepatutnya berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Ayah tiba2 jatuh dan tidak sedar kan diri. Hingga di bawa ke hospital, ayah terus koma. Hinggalah tengahari esoknya, ayah tiba2 sedar dan boleh bercakap. Kiranya itu dengan kuasa kebesaran Allah swt, yg memberikan ayah peluang untuk berjumpa dengan ibunya, isterinya, anak2 nya, saudara mara dan sahabat handai. Dan mlm itu, tekanan darah ayah mula menurun dan akhirnya ayah pergi jua.....

Ayah pergi jua......Pergi yang abadi.

Tidak ada lagi insan yg boleh saya panggil ayah. Tidak ader insan yg sentiasa menyebelahi anak2nya dlm apa jua perkara. Tidak ader lagi insan yg sanggup bersusah payah untuk kebaikan anak2nya.

Bagi anda di luar sana, yang masih mempunyai insan yang bergelar AYAH. Jangan lah lupa untuk meluangkan masa dan kasih sayang anda pada mereka. Jika anda tidak berbuat demikian, percayalah...anda akan merasa terkilan yg amat sangat. Dan berbaktilah sebanyak mungkin pada insan yg telah banyak berjasa dlm hidup kita.

Buat Ayah, Mohd Khalid bin Abu Bakar, along doakan agar ayah tenang bersemadi di daerah sana....moga roh ayah dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan para mukmin dan mukminin.

Al-fatihah.......