Tuesday, July 26, 2011

Borong Novel di The Mall


Kawan2 semua, kalo ada kelapangan..sila2 la terjah satu kedai buku di tgkt 4 The Mall dekat dgn tempat makan. Dulunya kedai sewa buku...sekrg kedai tuh nak tutup and diorg jual all the novels, english & malay murah2...semua buku2 dlm keadaan elok yg amat sangat. semua berbalut cantik. mmg berbaloi2.

Aku borong 5 buah novel baru RM22.00. Selalu satu je dah RM19.90 kan? so, apa lagi cepat2 ke kedai buku ni...sbb dia sampai ahad ni saja. aku tak dpt apa pun promote kedai ni..tapi aku rasa rugi kalo lepaskan peluang ni...sbb buku2 dia cantik2 dan dijual pada harga yg sgt le murah....

Sunday, July 3, 2011

alhamdulilah.....9 tahun sudah.....

salam semua......lama betul aku tak mengabdikan diri kt blog ni......kesuntukan masa, kesibukan kerja....buat aku betul2 jammed! harap2 lepas nih boleh aku singgah ke blog kawan2, baca cerita2 seluruh dunia......

30 June lepas, merupakan annivesary aku yg ke -9. Alhamdulilah....dh 9 tahun aku melayari alam rumahtangga. Banyak pahit manis, suka duka sepanjang tempoh tersebut. Tapi yg paling aku bersyukur, Allah swt kuatkan hati kami, kuatkan cinta kami.

Mana ada pasangan yg x bergaduh. Tipu la kalo x pernah bergaduh. Setiap pasangan suami isteri mesti gaduh, tapi bagi aku, kalo gaduh2 tuh, asam garam rumahtangga. Jgn berpanjangan sudah. Sebabnya...kalo gaduh2, kita tetap tinggal serumah. tetap tgk muka suami/isteri kita kan.....

30 June juga merupakan hari lahir arwah ayah aku. memang aku mengambil tarikh lahirnya sebagai hari perkahwinan aku. kerana nak mengabadikan kenangan walau ayah x sempat melihat aku bernikah.

aku berdoa moga jodohku kekal dunia akhirat dan diberikan kekuatan, kesabaran serta rasa cinta yg x pernah padam bg kami suami isteri.

buat arwah ayah, moga rohnya ditempatkan dikalangan mukmin dan mukminin dh dilimpahi rahmat ke atasnya.


ameen