Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Madinah (Hari Ke 2 & 3)

Masih di Madinah. Selepas berjaya kami memasuki Raudhah (walau bersesak2 yg amat sangat), hari kedua kami lalui dengan lebih tenang. Dapat rehat lama sikit setelah berjam2 perjalanan smlm kan. Hari ni, aku dgn mak aku nak cuba masuk Raudhah lagi. Untuk pengetahuan semua, Raudhah dibuka utk wanita pd jam 9 pagi hingga Zuhur, dan lps Isyak sahaja. Kami yg x tau, mula2 bercadang nak masuk lps asar.Jadik kami tanya kt polis wanita itu, tapi dia bgtau lps isyak. Ok. Lps isyak..lps isyak la...sejuk sikit aku ckp kt mak aku.

Jadik, hari ke dua ni, setiap kali lepas solat, apa lagi...kami pun mula cuci mata dan cuci poket..ngeh..ngeh..ngeh...macam2 barang dan murah2...dn kita x yah risau nak cakap bahasa apa..semuanya boleh ckp melayu ye....ko pegi je pastu tanya."berapa??"...terus ckp melayu. Kat Mekah pun sama. semua ckp melayu. Hebat bahasa melayu. seantero donia...

Hotel kami x berapa jauh dr Masjid Nabawi....jdk lepas2 jalan2 pusing2 tu kitaorg mmg selalu balik hotel dan rehat. Lps tu dlm 1/2 jam sebelum masuk waktu, kitaorg pi balik masjid. Cuma selalunya waktu Maghrib dgn Isyak, kitaorg duk terus kt masjid. Jdk lps Isyak mlm tu, kami terus berkumpul utk masuk Raudhah sekali lagi. Selalunya lps Isyak,polis2 wanita tu akan terus pegang signbod yg tulis Malaysia, Iran, Pakistan atau bangsa2 lain. Makanya, carik la signbod tulis Malaysia atau Melayu dan duduk berkumpul. Mula2 akan berkumpul dlm masjid. Dlm 1/2 jam, dia suh gerak berkumpul di luar/perkarangan Raudhah mcm gambor kt bawah ni.

Lepas tu akan dibawa masuk ikut giliran. Ok, kat sini aku masih boleh bersabar lagi. Lama weh...dkt sejam menunggu. Takpe lah...nak carik fadhilat dan tempat mustajab berdoa mmg payah.Jadik bersusah la sikit. Takpe.

Tapi bila nak masuk pun, bertolak2. Yg kedua ni paling mencabar. Sebab aku hampir2 hilang pertimbangan. Bila manusia bersesak2 dan tolak menolak. Mak aku hampir jatuh bedebum dilanggar ketika solat. Waktu tu aku mengawal mak aku. Gilir2 solat. walau aku dh ckp..solat2...tapi puak2 yg Iran dan seangkatan yg besor2 tuh..dia main langgor je.Kebanyakkan mereka2 ni bukan nk solat pun. Nak menangis menggugu2 di Makam Nabi. Pastu aku plak jdk polis kt situ. Dah geram..aku ckp kt depa. Solat ?? No solat , then EXIT!.....

kredit to sis Fifi....

Lepas kami dpt solat dan berdoa kami keluar. Hanya jemaah Malasyia saja yg berdisiplin dan mendengar kata. Kita pun x de nak lama2. Cukup masa, dapat buat soalt dn berdoa, lebih kurang dalam 10-15 min, kami keluar utk beri peluang pada org lain. Tapi tidak jemaah2 dr negara lain ye.

Amat menyedihkan, bila tempat yg suci sebegitu, keadaan yg amat buruk sekali manusia2nya bertolak2 utk masuk. Tp aku tgk utk jemaah lelaki tak seteruk wanita. Kat sana, siaran tvtunjuk secara lansung. sbb kamera2 dlm mesjid rakam live. Yglelaki ikut kata...diaorg kt makam nabi, sampaikan salam sambil jalan...jdk tak le sesak. En Hasben pun dpt solat di tiang Aisyah. Jadik, untuk dimasa hadapan, mmg akan kena sabar sesabar2nya utk ke Raudhah.  Lepas tu kami berdua balik ke hotel (En hasben dah lama balik...) dan tido keletihan. Memang rasa nk pingsan woo.....

Hari Ke 3, hari lawatan. Kami dibawa ke Ladang kurma, Jabal Uhud, Jabal Tsur. Di Jabal Uhud, kami diberi penerangan oleh mutawwif mengenai perang Uhud. Kat situ ada satu dinding yang di lukis bagaimana perjalanan dan pergerakan Nabi serta tentera2nya. Dan bagaimana org Islam kalah didalam peperangan ini kerna tamak haloba. 

Di Jabal Uhud jugak, segala ubatan utk subur atau penyakit lain banyak dijual disini dan murah2. Diberitakan, peniaga2 dia Jabal Uhud ni adalah dari kalangan keturunan Nabi Muhammad saw. Oleh itu, janganlah kita nk tawar menawar lagi kerana bg aku, harga kt situ mmg dah murah.

Kat Ladang kurma pulak, boleh tgk pokok kurma yg betul. Aku dgn mak aku apa lagi..membeli dan membelahkan poket kami. hahahaha...en hasben, duk bawah pokok...x kuasa nk tgk bini dia membelahkan poket dia sama.......muahahahahah. 

 
 mak aku tgh soping utk cucu2 dia......sedap2 cekelat. kt Ladang kurma ni mahal sket.sekilo 40 riyal. Tp kt masjid nabawi murah. sekilo 20 riyal.

Cukup masa, kami naik bas balik hotel. Oh ya, bas kami x berapa best sbb aircond nya x fungsi sgt. terasa la panas sikit.  


Tuesday, April 1, 2014

KL-Jeddah-Madinah - Kesempatan menjadi Tetamu- NYA ( entri byk bercerita)

Alhamdulilah.. Syukur yg x terhingga kupanjatkan kepada yang Maha Esa atas kesempatan aku menjadi tetamuNYA.

15 March 2014, berangkat la aku, en hasben dan mak aku menunaikan umrah. Tak tergambar perasaan kami utk menjejak kan kaki ke dua tmpt yg amat menjadi idaman : Madinah & Mekah. Penerbangan hampir 10jam dirasakan terlalu lama. Sepanjang perjalanan kami isi dgn zikir dan tido..... hikhikhik. Penerbangan dengan pesawat Boieng 777, sedikit merisaukan apatah lagi tragedi MH370 yg menggunakan pesawat yg sama masih lagi tidak ketahuan. Namun, aku cepat2 istighfar dan berkata...bukan sebab kapal terbang. kalo dh ajal tiba, naik basikal juga boleh meninggal. Lalu kami melangkah dengan tabah dan sabar ke dlm perut pesawat. Flight patut berlepas pkl 3.15 ptg.Tapi kebetulan hujan turun lebat sesangat...maka pkl 4ptg baru take off.....

Lebih kurang pkl 7.30 mlm (waktu Jeddah) kami selamat mendarat di epot Jeddah. Hem....kat sini..cabaran dh bermula. Sikit punya lama daa....beratur utk imigresen. Aku dgn mak aku beratur di line perempuan, maka cepat la sikit jadiknya....yg teruk ialah en hasben. kitaorg satu bas menunggu dia dan satu lg jemaah hampir pkl 10 mlm br clear imigresen. sikit punya pening daa.....

pastu setelah solat jamak..kami pun menaiki bas utk ke Madinah. Another 6 hours...muahahahaa.....xpe la....dah penat pun kan...kita tido la....zzzzzzzzzzzzzzzzzz

tiba-tiba bas berenti. Terpisat2 kami gosok2 mata. beratnya nk bukak....tgk jam dlm pkl 2 pg waktu tempatan. Tgk luar tingkap, mcm perhentian R & R. Ooooo...rupanya, berenti utk makan. TETAPI!!!!....saat pintu bas terbukak...kitaorg semua mengeras. Sejok wooo.....mcm ais. Terpinga2 kitaorg...ehh ni bukan musim sejuk. Menggigil2 la kitaorg turun utk makan. nak pegang sudu pun menggigil. penyudahnya, mkn 2-3 suap je. selebihnya simpan. 

Pastu mak aku nk pi toilet. ye lah....org tua kan....kena pulak cuaca sejok gedi....mmg nak terkencing la jawabnya. Dr Mesia lg, sewaktu kursus, ustaz2 dah ingatkan kami. Tandas di R & R di Tanah Arab tak sama dgn dgn R & R kita disini. Punya la beserderhana...maka tandas mereka pun x la se gah kita di Mesia. Betapa bertuahnya tggl di Mesia kan? kan? kan? Maka dengan itu....harusla kita redho dengan keadaan sebegitu ye. Kemudian kami pun meneruskan perjalanan ke Madinah. 

Kami sampai di Madinah lebih kurang pkl 4 pagi. Ngantuk2 tarik beg masing2 ke bilik. Alhamdulilah, hotelnya bagus. kami nginap di Dyar Taibah Hotel,lebih kurang 100 m ke Masjid Nabawi. Kami bertiga lekas2 masuk bilik utk rehat sekejap dan bersiap2 memandangkan Subuh masuk pkl 5.05 pagi. Lps bersiap2, kami berkumpul di lobi, dan di bawa mutawiff untuk pertama kalinya ke Masjid Nabawi. Dalam hati aku, berdebar2. Setiap langkah aku diiringi dgn zikrullah memanjat doa kesyukran. Saat terpandang payung berkembang di Masjid Nabawi, aku dgn mak aku apa lagi...edisi airmata pun bermula. Sebak, sayu, syukur semua bercampur baur. En hasben yg memang paham sgt episod airmata kami...dibiarkan aje...hehehehehe  lepas subuh, kami berjalan keluar dan di jamu dengan org yg berjual di merata pintu masjid nabawi. Pd mulanya kami nk masuk raudhah. Tp diberitahu, raudhah hanya bukak jam 9 pagi. Jadik kitaorg pun balik hotel semula.Balik sarapan dan berehat kejap.

Pkl 9, kitaorg pun mula adventure nak ke Raudhah. Allahurabbi.....dugaan dan cabaran nak masuk raudhah bukan calang2. Perlu kesaabaran yang amat tinggi. Bersesak2 dan berhimpit2 dan bertolak2...ya allah...kiranya ini dugaan KAU utk kami mencari fadilat dan keredhoaan MU, aku redho ya allah. Aku jaga sebaik mungkin mak aku agar dia tak terjatuh ditolak2. Dalam pada bertolak2 tu...tiba2 mata aku tertancap pada karpet hijau. Di Raudhah ada 2 warna karpert. Karpet merah dan karpet hijau. Tetapi adalah sebaiknya dpt solat dn berdoa di karpet hijau. Bila saje mata aku tertangkap kitaorg dh jejak di karpet hijau, aku terus jerit. " Ma, dh karpert hijau! Cepat solat ma, doa" Begitula aku terjerit...hehehehehe

Selesai kami solat taubat, solat hajat di raudhah, kami menadah tangan sungguh2 pada Yang Maha ESA memohon keampunan dan agar di makbulkan hajat2 kami. Duration kami dpt masuk ke raudhah dlm 1 jam setengah menunggu. Tapi xpe la....berbaloi. Lps tuh kami balik ke hotel utk berehat melepaskan penat.

bersambung..........