Monday, December 31, 2012

Terima Kasih 2012

Beberapa jam lagi...kita akan melangkah ke tahun 2013. Bagi aku, tahun 2012 byk kisah suka duka utk aku.   Untuk tahun 2012 ni, rezeki masih meneybelahi aku untuk travel ke beberapa negara. Dan harap2  ia akan berterusan untuk masa2 mendatang.

Selain dari tu, kisah duka pulak..opkos la kisah di tempat kerja. Tapi at the end, walau apa pun, actually ia secebis kisah untuk menjadikan aku lebih kuat, tabah dan sabar.

Dan aku berharap kisah duka di tempat keje ni telah berlalu dan tidak akan berulang di tempat baru.

Selain dari itu, aku bersyukur sangat2 sbb diberi peluang oleh Allah swt kerana dapat menghadapi segalanya di tahun 2012. Walau ada lg impian aku yang tak tercapai, tapi aku akan tetap berdoa....

Aku berdoa, agar tahun 2013 ni, akan menjadi satu lagi tahun yg terbaik dalam hidup aku. semoga banyak kenangan manis dan suka untuk aku. Dan aku juga berdoa sangat agar dapat menigkatkan amalan aku terhadapNYA. Semoga amalan ku ter lopong2 di masa lalu, dapat dipenuhkan menjadi sebuah lukisan hidup yang indah. Ameen.

Saturday, December 29, 2012

Penghujung 2012

Hari ni 29 Disember 2012. Lagi beberapa hari je lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2013. Seperti yang pernah aku kata kan dulu dlm entry yg lepas2....bila aku rasakan masa skrg terlampau cepat berjalan. Sedar2 dah habis setahun. Apa yang kita dapat atau buat dm setahun tuh rasa mcm x banyak mana pun kan.

Hari ni, aku duty jaga exam. Lps jaga exam, aku nak balik Seremban. Nak jumpa mama dn adik beradik lain, nak golek2 dgn anak2 sedara. Mlm ni kitaorg ada BBQ. Uda buat sempena besday anak dia. Yeay!!! makan2 mmg best.

Esok, balik Muar sempena sambutan ulangtahun perkahwinan Jubli Emas (50) mak long dgn pak long aku. Kitaorg cousins dah tong-tong (kongsi) untuk beli hadiah. Dapat la kitaorg beli mesin urut kaki, handmassager dgn air mate prufier dr OGAWA.  Harap2 diaorg suka dan guna pemberian kitaorg ni.

Selasa nanti, dan masuk tahun baru. Aku berdoa moga tahun yg akan datang ini, menjanjikan banyak kenangan manis serta dilimpahi rezeki. 

Aku tinggalkan 2012 dengan banyak pengalaman. ada sedih, ada pahit, ada manis. 2012 juga banyk menjadikan aku agar lebih tabah dgn dugaan yg hebat di tmpt kerja lama aku. moga2 tmpt baru dan suasana baru ni, menjanjikan sebuah kedamaian dan ketenangan. Ameen.

Wednesday, December 26, 2012

Chatuchak - Pasar Minggu Terbesar di Dunia

Hari Ahad, kitaorg terjah Chatuchak. Chatuchak sangat-sangat terkenal kerana pasar yg luas yg ada 15,000 kedai diatas tanah seluas 27 acres.....tp aku pegi satu hari....i tell you la...jgn kata nk tgk semua 15,000 kedai,  150 pun blum tentu lg. Dan aku sangat2 sure aku pegi dlm 140-160 kedai je yg aku dpt tgk.....adoihaii..berapa kali aku nk repeat ke Bangkok untuk cukupkan 15,000 kedai. Aku pukul rata kata less 150 kedai sebab, aku masuk berpandukan jalan Toilet. 

Kat situ aku masuk dari Toilet 1, jangan tanya aku kenapa aku berpandukan Toilet 1, sbb masa tu, signbod toiulet je yg paling beso dan senang dilihat....aku amsuk setiap lorong dr toilet 1 hingga 7. lps tuh setiap lorong aku rasa dlm 20 kedai aku tgk. so, sampai toilet 7, br 140 kedai. bermakna x sampai suku pun dr kedai2 yg aku jengah.

kalo nak carik baju2, t shirt, lorong Toilet 1-4. Kalo nak carik household, pinggan mangkuk, Toiulet 7-6. Yang lain2 aku x ingat sebab sesak bebenor dlm tuh. Tapi mmg segala tuk mak nenek ada dalam tuh. Fridge magnet pun aku beli kt sini sebab dpt murah2. 7 biji = 100 bath. Kalo kt Pratunam 3 biji -= 100 bath.

Chatuchak ni hanya bukak hari Ahad. Jadik pd sesaper yg nak pegi, kena plan betul2 supaya x terlepas ke Chatuchak. Tak sah kalo ke Bangkok tak ke Chatuchak. 

Nak ke Chatuchak ada banyak cara. Tapi, aku lebih senang dgn menggunakan taxi atau BTS. bukan apa..utk elakkan dr kena tipu kalo naik tuk tuk.

Friday, December 21, 2012

Damnoen Saduak - Floating Market

Kalo ke Bangkok, tidak sah kalo tidak ke floating market. Thailand khususnya amat terkenal dengan kisah pasar terapung mereka. Di Hatyai juga, terdapat satu floating market. 


Baiklah..berbalik pd kisah floating market di Bangkok ni. Hari kedua, aku dgn En Hasben dah book siap2 supir utk ke Floating Market di Damnoen Saduak. Khabarnya, tmpt ni outskirt sikit. Tapiiii...dia punya sikit tuh...bapak main jauhhhhh. Naik kematu bontot duk dlam teksi. Dah la drebar dia bwk laju...semua bump di langgarnya...pastu dh la bwk laju2..asik main brek2 je. Sakit badan2.

Akhirnya setelah dekat 2 jam....kami sampai ke Damnoen Saduak. Drebar teksi kami masuk parking ke satu jety. Turun dari teksi, kami disuruh ke bilik air dulu. Kalo tak suruh pun..mmg aku mencicit nk pegi toilet. perut dah sebu menahan kencing.

Lepas selesai 'urusan' kami di bawa ke kaunter untuk beli tiket. Tapiiiii!!!!! harga yg dia charge giler mahal nak mampos!!!...ada ke 2 org = 3000 bath (rm300). Gilo apo??? sbb sblm ni dh study dulu rega utk naik boat berapa. dah tentu la aku terkejut beruk. 

Sepantas kilat, aku call si Samard ( supir yg kitaorg book) tp dia full booked. so kawan dia yg bwk kitaorg. Aku ckp mana boleh charge mahal mcm tuh....so aku decide nak balik ke Bangkok. Sebab rasa tertipu. Rupa2nya, drebar teksi kitaorg salah pegi jetty. Si Samard dh tunggu di jetty lain. dia pi hantar kami ke jetty lain....ish..ish...ish.....sengal.

So, kitaorg pun tgglkan jetty penipu tuh dn pergi ke tmpt yg Samard dah tunggu. Patutla, mmg xde org berenti kt jetty tuh. So, kitaorg naik boat (private boat) 1500 bath utk sejam setgh. Hemm....tapi frankly speaking...wahh speking London giteww....tak pegi floating market ni pun x pe sebenarnya.

Dah la, brg2 yg dijual mahal2 belaka. sangat..sangat..sangat mahal. Dan x semeriah yg mcm kita tgk dlm tv selalunya.  Tapi yg kelakarnya..naik bot pun boleh jem weh.....siap kena tggu turn bot nak lalu...

Wednesday, December 19, 2012

Bangkok ..aku datang!!! kisah penuh....

ok2...penat dh hilang...meh kita start story mory......

Sabtu lepas, pegi Bangkok atas urusan 'menyibuk bila laki kena meeting' hahahahaha......ada ke urusan begitu....Disebabkan En Hasben ada meeting....sudah tentu la si isteri tergedik2 yg lebih nk berjalan. Pagi sabtu, kami bertolak ke Bangkok. Sampai di Don Mueng Airport, mmg busy giler airport masa tuh. ramai sgt org. berlingkar2 org beratur. Selesai immigresen..terus keluar nak tggu teksi. Seeloknya print siap2 nama hotel yg lengkap dalam bahasa Thai. Senang....Dari epot Don Mueng ke Bangkok dalam 500 bath. Korang kena pastikan amik teksi bermeter. Kalo xde meter..jgn naik.

Dari epot Don Mueng ke Bangkok mengambil masa 1 jam sebab 'jem'......letih weh...dah la drebar teksi asik main brek je.....akhirnya kitaorg selamat sampai di First Hotel. Mula2 nak duk kt Bangkok City Hotel sbb Malaysian ramai duduk situ. tapi nasib kurang baik, sebab dh penuh. pastu call Samard (supir di Bangkok) tanya hotel mana. So dia suggest First Hotel ni. Nasib aku pun kira baik...sbb masa booking dpt rate yg promo dgn 20% diskaun. jadik rate satu mlm hanya RM106 include halal breakfast. Oh ya...hotel ni ada halal restoran iaitu Halong Restoran. Sgt senang....

Sampai di hotel, even dah habis byr pakai cc, diorg still mintak deposit 1,000 bath (akan dpt balik masa check out). Dah dapat bilik 917. tingkat paling atassss sekali. Masuk2 bilik....wah...katil king. boleh muat 3 org. ada sofa, ada lcd tv, ada mini bar. ok la bg aku...dgn harga dia.
Rehat lebih kurang, mandi2 terus carik kedai makan tomyam Farida Fatornee yyg pemes dikalangan org Mesia. Turun dr First Hotel, pusing kanan, then jalan dlm 200 meter..jalan relax2 la...sedar2 sampai dah dpn kedai Farida. kami order tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, nasik putih 2, teh ais 2. kena dlm 400 bath (Rm40). tp untuk taste....aku rasa biasa2 saje...xde la best sgt pun. mcm rasa kedai tom yam kt sini gak. tp org kata boleh la kenyang buat alas perut. Org selalu heboh kata susah nk carik makanan halal. ye la...bangkok  bukan mesia....ada kedai2 halal...cuma kena tau nk carik kt mana. 

Lepas kenyang.....pi 7-11, pi beli sim card. murah nk call. kitaorg pakai sim card dtac. 49bath pastu topup 50 bath. aku buleh call mak aku, adik aku, cal si samard berkali2. masih byk belen.

ok....dah buat call semua, apalagi.... Atackkk Pratunam!!!!!! pratunam ni bukak dr pkl 7 pagi smpi pkl 6 ptg. setiap sabtu ada nite market yg akan buat korang hilang akal jap. bayangkan la...hari pertama, aku dh habiskan 5000 bath. beli benda2 kecik yg peberet aku (fridge magnet) pastu baju kerja, kasut2, beg comel2...beli beg2, beli tie (murah2 seh) .....en hasben beli sampai 3.


till next episod......

Friday, December 14, 2012

Student Zaman Sekarang vs Student Zaman Dulu

Student2 zaman sekarang ni jaaaaauuuuuhhhhhh beza dengan time2 aku belajar dulu2......Antara yang aku perhatikan adalah :-

Student zaman sekarang :
terlalu berani untuk bertanya walau kdg2 silly question

Student zaman dulu :
malu untuk bertanya
*******************************************************

Student zaman sekarang :
tanpa segan silu makan di dalam kelas

student zaman dulu:
takut nak buat apa2 walau hanya utk minum air

******************************************************
Student zaman sekarang:
berani mencabar kewibawaan pensyarah

Student zaman dulu :
rasa hormat yg tinggi pd pensyarah
******************************************************
Student zaman sekarang:
kalo pensyarah kata A, dia pegi buat X,Y Z

Student zaman dulu:
Pensyarah suruh buat A, student buat A, pastu tanya boleh tak buat B, boleh tak buat C
******************************************************
Student zaman sekarang:
berbual dengan kuat mcm pasar borong

Student zaman dulu:
nak bercakap pun bisik2...takut kena tengking dgn lecturer
******************************************************

Wednesday, December 12, 2012

Zaman Kolej...zaman keriangan

Menjadi pensyarah membuatkan kenangan zaman di U terimbau kembali. Bagi aku, kehidupan di kampus banyak manis pahitnya. Waktu yang mengajar kita mengenal erti kehidupan, percintaan (well...waktu di kampus kena cari pasangan hidup..kekekekek), susah senang mencari ilmu, mengenal erti persahabatan sebenar dan berjauhan dengan ibu bapa (huwaaa...selalu nangis bila x dpt balik raya haji sbb exam).

Bergelut dengan assignment, nak buat grouping assignment, test, nk pegi kuliah, tutorial lagi...pendek kata semua melelahkan. Masa study dulu..sibuk la mulut ni berkata...hee....semaknya kena belajar. kalo dh keje kan best. boleh enjoy dgn duit sendiri. Itu dulu...skrg ni bila dh keje...ya ampun...lelahnya...lagi hebat.

Bila melihat student berbondong2 pegi kelas...beramai2 pegi makan di cafe....bergandingan ke library...huwaaa...rindunya kenangan 15 tahun yg lalu.

korang pun mesti rindu pada kenangan lalu di kampus kan....

Monday, December 10, 2012

Aku kini Pensyarah.....

Alhamdulilah....kini secara rasminya, aku bergelar seorang Pensyarah.

Bagi korang2 yg ikut kisah aku, setelah aku harungi jerit perih, susah payah selama ini ditempat kerja lama aku. dan apabila aku dgn nekad dan tekad meninggalkan jawatan serta gaji yang tinggi, akhirnya sabarku selama ini berbalas.

terima kasih ya allah...kerana mengurniakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Buat masa ni, aku menikmati masa2 senggang aku dgn membuat perkara2 yang jarang aku dapat buat waktu kerja 24-7 dulu.

setiap petang, aku dh boleh memasak untuk makan malam. buat sarapan pagi, mengemop lantai, dan boleh memulakan kembali penulisan novel ku yang selama ini tertangguh.

dan....insyaallah...jika tiada aral melintang...di izinkan oleh NYA, aku akan sambung pengajian pada Februari ini. insyallah....korang doakan untuk aku ye.....

Tuesday, December 4, 2012

Sesi menghabiskan masa....Bengkel Intrend

Sesi menghabiskan masa 'tanam anggur' aku.....ni kali ke 2 aku ikut bengkel yng dianjurkan oleh Intrend di Novotel Hotel.

First time masa ngan Estee Lauder by Intrend gak. Make up session hand on...sgt best...yang paling best, selalunya bila tiba part goodie beg....hohohohho.....sgt hepi guling2 sbb dpt banyak hadiah. Walau, hadiahnya bukan la grand2 tp bg aku, ada nilai gak hadiah2 di bawah ni. dpt eye shadow la..shaver la...krim rosken and mcm2 lagi.


Korang2 pun....kalo free...boleh lah attend bengkel yng dianjurkan intrend ni. Mcm bengkel ni cuma bayar RM60 saje...tp makan di hotel x berenti...lps tuh lunch buffet sepuas2nya....paling x tahan...ciken wings dia sgt sedap...kitaorg siap bwk ciken wing sambil dgr talk.....

yg kelakar tgh sedap2 balun ciken wing, tiba sesion pemakanan sihat oleh Himalaya......kelakar giler...semua slow2 letak ciken wing......aku pun sama le....

apa2 pun hari yg sangt best. aku pegi dgn 2 org adik aku....ada sesi make up by Expression, pemakanan sihat by Himalaya, sessi self defense...dgn sesi fitness.....


Sunday, December 2, 2012

Its My Day......Alhamdulilah...


Well.....today...the perfect day...the super day....the greatest day in my life. Andddd......aku bersyukur sangat2 diberi kesempatan mengecapi hidup di dunia ini utk kali ke 36 tahun (well....psl beranak hjg tahun) by 2013 suppose dah 37 years old...hikhikhik.....

Hari yang sgt best ni....being shower blessing by my love ones and my friends

And for me... my Doa will be....

Ya Allah ...moga aku dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dilimpahi kasih sayang dari suami dan keluarga, diberikan rezeki yang halal serta dibuka pintu rezeki seluas-luasnya, dikurniakan zuriat,diizinkan untuk melihat dunia...di izinkan ntuk menjadi tetamuNYA dan agar dpt menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, anak, kakak, auntie, pengajar yang baik. Moga permudahkan semua urusanku di dunia dan akhirat. 

Ameen. 

**********************************************************************************************

Sunday, November 25, 2012

No more Monday Bluess...bebeh!!!

Yehaaa!!!! no more monday blues as i am officially 'golek2' kt umah esok.....

for one and half year, am having a nitemare bila esok nk isnin. dlm kepala asik la berpusing2 esok kene keje...esok kene keje....

sieriously, sgt2 scary hidup aku dlm tempoh tuh....

akhirnya...setelah dipikir, setelah ditinbang...setelah memohon petunjuk dr Yg Maha Esa....aku bertemu jawapannya.

Buat masa ni, aku berehat dulu.....tetapi insyaallah....ada yg lebih baik telah menunggu aku nanti....

insyaallah.....

Friday, November 23, 2012

Its the DAY....my Last day

hem......hari ni mata aku sakit sgt sebab banyak menangis. yee.....hari ni last day aku keje kt sini. selepas setahun setengah aku terpaksa angkat kaki.

bagi saper2 yang tahu kisah aku....selama setahun setengah jugak mereka tau apa yg menimpa aku. puas ku pikir. puas ku timbang. akhirnya kerana memikirkan apa yg lebih baik untuk diri aku, aku rasa lebih baik aku pergi.

dan tadi...aku kena tadah telinga aku sbb GM aku nyanyi lagu salam perpisahan untuk aku. kena la dgr smapai habis...hehehehehehhh

kini, aku nk tutup buku lama..dan aku akan bukak buku baru.....insyaallah......

Thursday, November 8, 2012

SubhanAllah...ingatan dari Tanah Haram

SubhanAllah....sekejap td saya menerima mesej dari seorang teman yg kini berada di Tanah Haram kerana menjalankan tugas.

Kenalan masa belajar di 'U' dulu, kemudian terputus selps habis belajar. kemudian berjumpa semula kerana adanya Fesbuk. Dan kini beliau ke Mekah Al-Mukarammah kerana bertugas.

Mesej yang saya terima :

Teman    :   Zie, nama penuh kau...Azie*** binti apa (nama ibu)

Saya       :  kenapa ?

Teman    :  Aku nak doakan untuk kau supaya dapat zuriat dan dapat menjadi tetamuNYA.

Saya       :  Terkedu jap. Err.....Azie***binti R*****
               


MasyaAllah.....sesungguhnya Allah Maha Besar......seorang teman yang jauh terkesan di hatinya akan keadaan diri aku ni. Terima kasih Allah....sesungguhnya ko telah menggerakkan banyak hati teman2 ku untk membawa bersama doaku.


Saturday, November 3, 2012

Na..na...na...Ganu kita.....

Lama giler aku x mengupdate...selain dr mood yg nan hado.....di tambah hidup yg agak kacau bilau....buat blog aku ni bersawang, bersarang dan entah ber apa lagi....

bukan xde citer nk tulis, ada. tapi tu lah malas ya rabbi.....

ok....awal september, aku pi terengganu hantar adik aku study ke UMT. lama giler aku x pi terengganu. seingat aku, last aku jejak terengganu dlm 7 tahun lepas. so, bila ada peluang nk pegi terengganu, mula jakun balik...heheheheheh

kitaorg duk chalet area seberang rakit. kira dekat la dgn UMT ni. kitaorg book 3 chalet terus. ye lah...ramai yg nak menghantar (sebenarnya nk berjalan...).


Nama chalet ni Samudera Chalet. Contact person En Md Nor. Sgt helpful dan sgt baik. Boleh jengah ke sini http://www.facebook.com/ChaletSamuderaKita?ref=ts&fref=ts



pemandangan depan chalet. cantik kan....belah pagi laaagiiii.....cantik

 depan chalet ni gak....terus boleh ke laut. kalo mandi pagi2 mmg privacy sebab x de org.....kalo belah petang ramai sikit la

depan chalet ni ada tempat makan seefud yang fresh dan best. ada satu gerai nama kedai pok nung...pernah masuk jalan2 carik makan. tapi kedai pok nung x berapa best. kedai ni jugak yg best dan murah. taapi kedai ni aku x tau nama. kalo korang nk pegi...carik je samudera chalet, pasti jumpa punyer.....

sotong tepung besar celup tepung baru RM8 sekor. berekor2 kitaorg melantak.....sbb sedappp banget....kopok lekor toksah ckp la....dh mcm makanan ruji aku kt sana selama 4 hari. siang mlm makan kopok...kekekekeke. itu belum kira borong kopok lekor dgn kopok keping, berkilo2. total kopok kitaorg beli dlm 30 kilo. kopok lekor pulak beli kt setiu arah ke jeti pulau perhentian. 20kilo. penyudahnya...keta penuh dgn kopok.

itu kopok....kitaorg sakan memborong kaftan kt pasar payang. aku rembat 4 helai. senang tido malam2 sarung je....x yah aku pakai pyjamas2 de......

ok..nanti aku sambung lagi......

Friday, September 21, 2012

Saat ini saya hanya mampu menangisssss

lama x update blog yg dah mula berabuk....mcm2 kajadian yg jadik.....

pertamanya :

aku masuk hospital sebab lapisan tisu dalam kulit dah teroyak. stranded la aku akhirnya di Pantai Hospital 3 hari dan mc seminggu.

doktor cucuk streoid kt tapak kaki...meraung2 aku menahan sakit. terus kebas 3 hari....

masuk hospital, penyakit lain mula menjengah.....BP naik mencanak2......178/120....sekian....terus kena refer medical doctor. (tapi aku tahu sebenranya...sbb stress yg aku terima lately yg maha hebat).

nasib baik lepas tuh BP aku tunrun perlahan2 dan pd hari ketiga di hospital...baru jdk normal.


keduanya :

selain dari BP aku yg tiba2 mencanak2....white blood count aku tiba2 tinggi. Doktor cuba kenal pasti sama ada infection atau apa....sekali lagi, blood test, x ray, ecg.....

bacaan kedua, masih tinggi.....

kena puasa lagi...dan blood test lagi.....akhirnya turun 2 point. Doktor kata takut infection.

itu lah cerita aku......

Tuesday, August 7, 2012

Buka Puasa bersama keluarga Saat yg paling Bernilai

Alhamdulilah.....wekkend yg lepas, dapat jugak aku ngan adik beradik yg lain buka puasa dgn mak aku. sepatutnya mggu sblm ni...tp disebabkan adam(anak sedara) masuk spital. so, kak lang x leh balik, kitaorg pospon. x best la kan...kalo x cukup korum.

Sesungguhnya, dapat berbuka bersama family x ternilai seronoknya. mak aku pun happy senyum anak2 semua berkumpul. dapatla dua hari aku berbuka ngan mak aku. hari sabtu, makan besar. hari ahad, aku suh dia relax. aku plak tapau food utk dia kt bazar ramadhan.

sabtu mlm, lepas berbuka....cepat2 kitaorg ke laman rumah..sebab nk main bunga api ngan mercun. budak2 kecik yg sepatutnya main...tp mak ngan pak budak yg lebih2...berdas2 mercun kitaorg layan. kalo mercun dragon tuh, toksah ckp la....dekat 10 peket kitaorg lanyak......yg budak2 tecit...seronok melopong tgk mak pak sedara terkinja2 main mercun. termasuk la anak2 jiran2 kitaorg......

happy giler masa main mercun. teringat zaman budak2 dulu...

ok, berbalik psl makan,kitaorg mmg dah plan nak masak apa utk berbuka. sangat panjang list makanan....oh ye..jgn ingat kami membazir ye....bagi saper2 yg kenal aku....mereka tau aku dari kelaurga yg besarrr (saiz pun besar2) hahahahah....menu tuh cukup untuk aku 9 beradik...semua pompuan, mak aku, menantu lelaki 6 org, dan cucu2 mak aku 6 org. penuh meja....




peberet en hasben...sotong tepung

 ayam golek......

aku jugak sempat mencuba resepi yg bespren aku buat iaitu Golden Tofu...tapi aku adjust sikit2 dek kerana kemalasan aku dn nak siap cepat....hehehehehehe  asik tgk menu org je...sekali sekala...aku pun nk try gak bakat terpendam...huwa..huwa..huwaa.....




lebih kurang mcm popia, cuma kulitnya adalah dari pucuk tahu. pucuk tahu yg besar2 tuh direndam. isinya aku pakai daging cincang, isi udang dgn udang kering. mak aku ckp kalo letak carrot dgn sengkuang lagi sedap. tapi dah aku kabarkan...yg ni adalah versi pemalas a.k.a nak cepat siap....hehhehehehehehhe.......

mcm kawan aku si rozi dan original resipi, lepas balut, kena stim dulu. tapi aku nk cepat siap, yelah....dh dekt nk berbuka....aku terus celup telur dan goreng....nahhh....hasilnya tetap lazat....serupa apple pie pun ada gak aku nengok.

janji anak2 sedara aku makan dengan penuh keasyikan...sedap le tuh maknanya...budak2 x pandai bohong kan....hahahahahahahahh






Friday, August 3, 2012

Karoot Komedia X

Hehehehe...selingan di bulan ramadhan......

korang tgk karoot komedia X ? mula2 dulu aku x berapa suka...eh..bukan x berapa..mmg x suka...sbb tak kelakar. tapi lately ni, aku mmg layan KKX ni....sejak ada gabungan johan, sepah, ebby yus, ngan beberapa nama lg. 

lawak diorg ni mmg mghiburkan aku. lebih2 lagi nk bangun pagi2 buta nk siapkan sahur. smabil goreng telur, sambil masak sup suhun...aku tergelak2 kt dapur.

dah 3 episod KKX yg gabungkan diorg ni..mmg menjadik2 lawaknya. masa aku buat n3 ni pun...aku tgh  layan KKX gak.....

cuma yangg aku x berapa nak berkenan....pakaian2 grup dikir barat dia....adoihaiii...kesian diorang ni kena pakai mcm2.....aku mmg x lalu nak tgk pakaian2 diorg. 

harap2 dioag x berpkaian yg pelik2 lagi la. setiap kali dikir barat muncul...mesti aku terbontang2 mata nengok dressing dioarg.

apa2 pun lawak diorg mmg best. kalo korang belum tgk...sila la tgk ye.....


p/s : aku x dpt apa pun kalo promote KKX ni....bil astrok tetap kena bayor!!!! huahuahua...

Saturday, July 28, 2012

Rezeki di Ramadhan yg mulia. Allah Maha Besar..

n3 pagi sabtu ni sebenarnya citer2 yang tertangguh selama seminggu ramadhan. barakah di bulan yg mulia ini...beberapa perkhabaran yang baik aku dapat ( masih berharap perkhabaran yg LEBIH baik) antaranya :

1) adik aku dapat masuk Uni Malaysia Terengganu. Alhamdulilah....1 sept ni aku pegi la menghantar dia daftar ke KT. dah lama jugak aku x pegi KT. ada lebih kurang 6-7 tahun. jdk kali ni, amik cuti panjang utk jalan2 sekali. aku akan pegi KT 31/8 hingga 3 sept. Nk bawak mak aku jalan2 sekali. yang paling pentingggg nk ke pasar payang...heheheheh

so, rozie, LL, kita balik kampung awak ni rasanya.....


2) increament gaji en hasben. negh..ngeh...ngeh...yg ni palinggg aku suka. sbb dia akan dapat increament + dengan yang tertunggak untk 6 bulan.....xde la banyak mana pun...tapi list aku panjang berjela. hahahahaa...tgk la mana yg kena kos melepas.


3) increament gaji aku pun dh dapat. walau ciput..syukur la...ada jugak kenaikan. boleh la aku beli cekelat utk raya ni....


moga2 ada khabar yag lebih baik untuk aku dan kawan2 diluar sana jugak. insya allah...sempena bulan yg barakah ini, kita doa banyak2 ok!

Tuesday, July 24, 2012

Giulianna & Bill

Aku mmg dari dulu pengikut tegar siri Giulianna & Bill. Aku suka perangai Giuls yg giler2 crancky. Dan Bill yang sabar melayan kerenah makcik tuh...hahahahahah

Bagi, Giuls x nampak fake. Sangat2 loving diorg berdua ni. Aku kdg2 naik pening bila tgk Giuls dtg kepala angin dia shoping moping.

Tapi apa yg buat aku lebih dekat dgn G & B ni ialah kisah hidup mereka lebih kurang dgn kisah hidup aku. Apa yg diorg lalui, sama yg aku tempuhi dulu. Well...alkisah diorg punya attempt untuk dpt baby kan....well...all the injections, treatment, semua sama. dan En Hasben pun dh jdk doktor dulu sbb tiap2 hari kena cocok perut aku.

Tapi.. yelah....semua Allah swt punya kuasa. Dua kali preggy, dua kali miscarriage. the last one dah 4 months masa tuh, and aku cuti tanpa gaji masa tuh. but again...allah lebih mengetahui. tak bertahan jugak...masuk 4 bulan 3 hari, miscarriage.

So, bila aku tgk apa yg diorg lalui...aku mcm...heiii....ada jugak ek orang lain yg hadapi mcm aku. lps2 tuh, aku banyak relax dan berserah. If ada...insyaallah ada...if not...aku redha....walaupun hati aku sedih yg teramats. mesti la sedihkan...ada ke yg gembira psl xde anak? 

Jdk buat mereka diluar sana, hanya mereka2 yg melalui perkara yg sama je yang faham. Dan yg paling penting, aku bersyukur sbb en hasben and family berdiri teguh dengan aku.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Esok, bagi seluruh umat islam di Malaysia akan mula berpuasa. Hem....sekejap je masa berlalu sekrg...rasa mcm baru je puasa, dah puasa balik. 

apa2 pun, aku harap ramadhan kali ni, aku dpt buat amal sebanyak mungkin dr tahun lepas. Dan moga aku diizinkan Allah swt untuk 'preggy'.

Memetik kata2 Dr Hamid Arshat di facebook beliau, doa dan carilah peluang di bulan ramadhan ni. kerana ramai yg telah berjaya mengandung berkat di bula yg mulia ini. maka itu, aku akan bersungguh2 cuba..cuba..cuba dan cuba...doa..doa..doa..dan doa....moga dimakbulkan Allah swt kali ni. insyaallah.....

untuk kawan2 semua, selamat menyambut ramadhan tak kira dimana anda berada (blog byk menemukan aku dengan ramai kawan2 di seluruh dunia).


Friday, July 6, 2012

10 tahun bersama

30 Jun 2012, genap 10 tahun kami berkahwin. Tak campur dengan perkenalan kami dari Tingkatan 2...(yee.....tingkatan 2, akak dh gatai2...hahahaha). 

alhamdulilah.....dalam melayari bahtera selama 10 tahun, byk pahit manis, asam garam, suka duka kitaorg tempuh. biasa la kan...dlm rumahtangga mana ada yg happy selalu...mesti sesekali bergado2 manja gitu. Aku ckp gado2 manja sebab...gado mcmmana pun..tido tetap sekatil. tetap sebilik. so, nak lari mana kan.....

aku berdoa moga ikatan kitaorg diberkati dah dirahmati. moga kami tetap bersama, cinta tetap utuh hingga nafas yg terakhir. ameen.

30 Jun jugak merupakan tarikh lahir arwah ayahanda yg dikasihi. Perginya dia sebelum sempat aku berumahtangga. sangat tragis ok...majlis kawen aku dibanjiri air mata. aku pun nanges sama kt atas pelamin, smpi mak andam kena bukak bulu mata pelesu aku sbb dh senget benget.

mggu lepas, kitaorg adakan tahlil buat ayahanda serta kesyukuran sempena anniveasry kami ke 10.

Saturday, June 9, 2012

Red Light District - Amsterdam

Selalu Kita dgr Psl red light district dkt Amsterdam ni. Selama ni, ingatkan red light district tuh Camner le Ghupenya. Mmg le dah tau tmpt ni Psl apa, Tp bila Pegi tgk tmpt real punye.... Huh.., dasat gak la.

Satu lorong Penuh dgn tmpt "kesedapan",

kat lorong sedap ni...mmg x digalakkan bawak budak2...bukan apa..takut nanti mak pak penat nak jawab soklan anak2 yg tanya itu ini. sementelaah byk pulak benda2 hidup yang menari2 didalam cermin.....aduhaiii...

satu lorong jual ganja, kanabis.

Satu lorong "gay street"

Dan satu lorong jual menda2 "sedap" hahahaha...

So kita layan je la gambar2 yg aku amik dlm tersipu2 malu...(malu kunun..psdahal mata terbontang!!!)

Wednesday, May 30, 2012

Amsterdam - The Canal

Dah lama aku teringinnn sangat nak ke Amsterdam. Selama ni, duk baca kisah kawan2 yg pergi. Aku selalu terbayang...kalo baca cerita je dah seronok, apatah lagi kalo berkesempatan nak pergi sana kan.Sementelaah...En. Hasben pulak mmg peminat team Holland.

Masa pun berlalu. Tahun makan tahun. Sampai aku sendiri dah slow down psl Amsterdam ni. Yelah....tak tahu bila dpt pegi. Tapi ini la yang dikatakan rezeki. Tuah manusia tiada siapa yang tahu. Hanya kerana DIA yg mengizinkan. Alhamdulilah. Trip ke Dusseldorf, Jerman merupakan titik tolak perhitungan aku ke Amsterdam. Dengan jadual En Hasben yg agat padat. Aku seboleh2 memujuk supaya dapat luangkan masa untuk kami ke Amsterdam. 

Sangat rugi kalo tak pergi sbb dr Dusseldorf ke Amsterdam hanyalah 2 jam lebih saja dengan ICE. Kalo dengar dekat kan mcm KL-Melaka. heheeeehee.....
  


So, kami bertiga (dengan Taza) pergi la buat day trip ke Amsterdam. Dah alang2...janji sampai utk tgk tempat. Kami x boleh nak bermalam sbb esoknya En hasben dgn Taza ada meeting lagi.

Dari Dusseldorf Hoptbanhof, semangat berkobar2 sbb nak pegi Amsterdam. Dalam hati, kalo sempat ke Kaukenhof lagi best. Kaukenhof ni ladang tulip yang famaous yang Shah Rukh khan  berlakon guling2 tuh....x ingat dah citer apa. Tapi aku dah rasa, nak ke kaukenhof tuh mmg x sempat sbb tiket balik kami pkl 6.30 ptg. Itu yg paling lewat ye. 

Masa tiba di Arnheim, hujan agat lebat. Aduhai....hati suda ada mendung...takut x dpt nak jalan2. Tapi nasib baik la masa tiba di Amsterdam Centraal, cuaca baik walau angin sejuk banget.

Sangat senang Amsterdam ni, kluar2 je dr stesen, pandang terus ke depan, boleh nampak Tourist Info Office. Kalo nak beli map ke, nak tanya apa2 ke, nak beli tiket trem ke..semua boleh. Tiket trem utk satu hari ialah 7.50 euro seorang. boleh naik kemana-mana sampai lebam. Tapi sekali lagi. Mungkin rezeki kami. Kami pada mulanya ingin membeili 1 day tiket. Tapi pompuan kt kaunter tuh kata kena beli dlm trem. aku yg dh penat beratur nak beli jugak2. aku kata la " i dont know how to buy the ticket !" then pompuan tuh balas..."u can buy inside the trem. more easier. there will be a conductor inside the trem" 

Malas nak bertekak. ok la...kitaorg kluar dan pegi naik trem. Carik la konduktor ke...mesin ke....haramm nak jumpa. last2 kitaorg pusing2 amsterdam naik trem seharian x bayar apa2. turun naik sesuka hati mak bapak kami....ngeh..ngeh..ngeh...rezeki. syukur alhamdullilah.

Tempat pertama yg kami tuju ialah ke Damrak street. Tak yah naik trem. Kluar je dr stesen ketapi tuh, pandang je ke depan. jalan terusssssss.......je. Lepas tuh aku dh melompat2 dah sebab dh banyak kedai subinier yg aku jumpa. Sabar2..kita usha line dulu. kedai mana yg berbaloi utk beli. Tp siyes la...mmg murah dan cantik2 subinier kt amsterdam. Hilang akal jap aku masa kt Damrak. Si Taza siap sound En hasben. " Baik ko selamatkan wife ko...sblm dia hilang akal dlm kedai" aku jawap...cett!!!!! ko jgn beli.....hahahahaha

Aku beli Mug (tulis amsterdam) - 2, T shirt amsterdam -8 helai. fridge magnet...hohoho..fridge magnet amsterdam sgt..sgt...sgt...cantik. Semuanya dah 3D design. Fridge magnet aku borong 24 biji. Ada yg kawan kirim, yg lebihnya utk aku faraid pd family aku. sgt happy tgk benda2 comel ni. Pastu aku beli coaster kaca - 8, tray tulis amsterdam -1.

kebanyakkan kedai2 kt Damrak, fridge magnet di jual rega 6=10 euro.Tapi ada satu kedai Rani Murkerji...Taza panggil Rani Mukerji sbb kami masuk je kedai..terus lagu hindustan. Confius jap. Kat Mumbai ke Amsterdam ni ??? hahahahahah....yg jual awek hindustan. patut la...Tapi kedai dia je yg jual 7 = 10 euro. Cuma design kt sini x berapa class sket....So, kena carik kedai lain gak....

Dalam pada jalan2 kt Damrak tuh...aku terus jumpa terompah besar tuh...terus aku lompat masuk dn suruh En Hasben snap gambar...hahahahha puas hati.


Friday, May 25, 2012

Cologne -Germany (part 2)

Bersambung kisah. Masih di Cologne. Ini la rupa Museum Coklat tuh. Tapi aku x masuk pun muzium tuh...aku byk habis kan masa 1/2 jam kt kedai cekelat tuh aje. Tapi muzium coklat ni, aku nampak dr bahagian yg berkaca ( x tutup penuh dgn dinding) dia tunjuk mesin2, cara2 coklat terhasil. ada yg handmade. ada yg mesin. lebih kurang mcm cerita apa yng ada psl coklat ni ? coklat factory ? ha..lebih kurang gitu la. So, aku x berapa minat sgt nk tgk camner coklat dibuat. Aku lebih minat nak makan coklat. hehehehehh..........


  

antara coklat2 yang ada. kalau ikut napsu...mau nak beli semuanya.....hilang akal jap dlm tuh.....hahahahahaha

 okay...dah beli cekelat...kita heading back to town. naik train yg cumel ini. kita sambung pusing2 town cologne. kalo kt central ni....1/2 hari pun dh cukup...pusing2 situ je....cologne ni masih lagi merupakan bandar lama. kedai2 atau banagunan mereka masih lagi mcm colonial. nak kata mundur x jugak...tapi mmg diaorg lebih preserve dari memikirkan nak ganti yg baru.


berposing pkl 8 pagi. satu kedai pun x bukak....


jalan2 jumpa Hard Rock Cafe - Cologne. Ok la rega...sehelai T-shirt dlm 21.90 euro.

 muzium apa...dah lupa....

dekat cologne, disebabkan kami dh berhari2 makan kebab kt Dusseldorf...tekak dah x boleh terima kebab lagi. Si Taza dah meracau2 nak nasik. Dr smlm duk menyebut..nak tomyam ngan telur dadar. Merata la kami carik kot2 ada restoran Indonesia. At least pengubat rindu masakan melayu. Cehh....baru 8 hari kami dah mengada2....kalo duk bertahun ntah camner la gamaknya.

Jalan2 sampai sakit kaki pusing keliling Cologne. Akhirnya, kami ternampak satu restoran Thai. Kami pun apa lagi...masuk terus dgn semangat berkobar2 nk makan. nasib baik kitaorg customer first. Kitaorg order, tomyam sefud, telur dadar, mix vege goreng tahu, nasik 3. Air ? air tak order. sbb kitaorg bwk bekal air mineral ngan kopi...heheheheh jimat.

maka menunggu la 3 org ni dgn penuh semngat. sampai je semua lauk ngan nasik. 3 org ni makan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. x berbunyi2. senyap menikmati makanan. Hey Guys!!! kita kena bersyukur duk Mesia. sbb kat Mesia boleh makan apa saja tanpa was2. sgt senang nk makan. byk pilihan. 

kerana kepuasan makan, kami tersandar dan terdiam. lepas tuh tergelak2 la 3 org ni mengenangkan kesedapan. hehehehehehe.....lepas tuh masa nak bayar....hem...amik kau!!!!

25 Euros = RM100


Okayla....sebab rezeki masuk perut...kena redho....supaya x sakit perut...hehehehehe. lepas makan....jalan2 kt cathederal DOM tuh..pastu kai naik tren Dusseldorf.

Bye Bye Cologne. Entah bila akan menjejakkan kaki di sana lagi.

Terima Kasih pada NYA kerana aku dapat melihat dunia lain di dalam dunia NYA.



Tuesday, May 22, 2012

Cologne - Germany

Salah satu tempat yg famaous di Jerman adalah Cologne. Ia merupakan satu tempat yg patut pergi. Mula-mula mcm terfikir...apa yang ada kt Cologne ni, sampai menjadi sebutan. 

Jadiknya, aku, en hasben dan kawan en hasben ambil keputusan untuk ke Cologne. Kawan en Hasben pernah sebut Cologne is the Holy-ius city. 

Kami naik keretapi sepagi pukul 7. Huhuhuhu...giler awal.....ni semua Taza (kawan En hasben) punya time schedule. Diajaknya kami pegi pag2 buta tuh...katanya..nak maxcimise kan masa....ok la Taza....kami ikutkan. sementelaah...kami pun excited gak kalo bab jalan2 ni.

Menunggu keretapi pagi2 buta di Dusseldorf Hoptbanhauf (stesen) adalah sangat tidak bijak...hehehehe...cuaca sejuk menjadikkan kami terketar2 menunggu train. Ada setengah jam lagi utk train smapai. Akhirnya kerana tidak tahan kesejukan. Kami bergegas membeli kopi panas. Ahhh...lega dapat hirup kopi panas. Tak payah tiup2 dah...terus teguk minum...heheheheheh



ketapi dah sampai...moh kita berangkat....cologne...here we come!!! ketapi 2 tingkat tuh....

Perjalanan dari Dusseldorf Hoptbanhauf ke Koln hoptbaunhof memakan masa lebih kurang 1/2 jam ke 45 min lamanya. Tapi sepanjang perjalanan, mata kami dijamu dengan pemandangan yang menarik. Rumah2 lama..ladang2.... Almaklum la...sampai tempat orang..hatta pokok pun menarik perhatian. hehehehehe....


Sesampai di Cologne (ejaan tempatan Koln) sekali lagi muka kami kebas kerana cuaca yang sejuk. namun begitu....keluar saja dari stesen..nah!!! tersergam sebuah bangunan....



 punya la besar cathederal (gereja) ni....terpegun jap kitaorg tgk sebab besar ya amats. dalam kepala aku...camner la agaknya dulu2 diorg buat bangunan ni. terlampau besar. tersergam di tengah2 alam. Bagi sesaper yg pergi ke Cologne. kluar2 je dr stesen ketapi...terus akan nampak bangunan sebesar2 nya ni.

kerana kami sampai awal sgt...satu kedai pun x bukak. ingat nk brekpes kt Cologne...tapi kebuluran jadiknya. Mana taknya...sampai pkl 8.30pagi. Bandar Cologne hidup pukul 9 pagi. Adeh...

 

jadiknya kami pusing2 cathederal atau di panggil DOM Cologne. amik2 gambar. Kemudian pkl 9 pagi, kami terus ke Koln Tourist Office. Hajat di hati nak carik info tentang bandar Cologne. Tetapi!!! mata aku telah menangkap sesuatu yang amat menarik perhatian.....


Choo Choo Train yg comel ni...boleh bawak kita pusing2 satu town. Dia ada 2 route. route Schokoladen Museum (Muzium Coklat) atau Route Zoo. Kami opt utk Schokoladen route. sorang 6 euro. Lebih kurang 1 jam setengah gak la kitaorg naik ketapi ni. tapi yg buat lama sbb berenti kt musuem coklat sbb nak borong coklat Lindt yng mana haarganya lebih murah dari Mesia. 


Sampai di Musuem Coklat, dah x pandang kiri kanan dah...terus masuk sbb nak carik coklat. Bila dah masuk rambang mata pulak sbb x tau nak beli mana...hahahahahah dasar orang pompuan kan....semua menarik perhatian...utk aku le....


yeay...dah borong cekelat..kita posing2 tepi sungai....bandar Cologne ni sangat tenang dan damai. Orang2nya seolah2 tinggal didunia tersendiri. Mereka x hirau dengan dunia luar. Skrg...kita tggu ketapi comel datang untuk jemput kami balik ke town......

bersambung di episod ke -2 ye.....tunggu.....