Monday, December 10, 2012

Aku kini Pensyarah.....

Alhamdulilah....kini secara rasminya, aku bergelar seorang Pensyarah.

Bagi korang2 yg ikut kisah aku, setelah aku harungi jerit perih, susah payah selama ini ditempat kerja lama aku. dan apabila aku dgn nekad dan tekad meninggalkan jawatan serta gaji yang tinggi, akhirnya sabarku selama ini berbalas.

terima kasih ya allah...kerana mengurniakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Buat masa ni, aku menikmati masa2 senggang aku dgn membuat perkara2 yang jarang aku dapat buat waktu kerja 24-7 dulu.

setiap petang, aku dh boleh memasak untuk makan malam. buat sarapan pagi, mengemop lantai, dan boleh memulakan kembali penulisan novel ku yang selama ini tertangguh.

dan....insyaallah...jika tiada aral melintang...di izinkan oleh NYA, aku akan sambung pengajian pada Februari ini. insyallah....korang doakan untuk aku ye.....

3 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

Tahniah kak!! Rezeki Tuhan bagi..

Shima Mazlan said...

kami paham situasi akk .. jgn lupe dtg jenguk2 kami lepas ni ..

lady lavender said...

best f luck :-)