Monday, December 31, 2012

Terima Kasih 2012

Beberapa jam lagi...kita akan melangkah ke tahun 2013. Bagi aku, tahun 2012 byk kisah suka duka utk aku.   Untuk tahun 2012 ni, rezeki masih meneybelahi aku untuk travel ke beberapa negara. Dan harap2  ia akan berterusan untuk masa2 mendatang.

Selain dari tu, kisah duka pulak..opkos la kisah di tempat kerja. Tapi at the end, walau apa pun, actually ia secebis kisah untuk menjadikan aku lebih kuat, tabah dan sabar.

Dan aku berharap kisah duka di tempat keje ni telah berlalu dan tidak akan berulang di tempat baru.

Selain dari itu, aku bersyukur sangat2 sbb diberi peluang oleh Allah swt kerana dapat menghadapi segalanya di tahun 2012. Walau ada lg impian aku yang tak tercapai, tapi aku akan tetap berdoa....

Aku berdoa, agar tahun 2013 ni, akan menjadi satu lagi tahun yg terbaik dalam hidup aku. semoga banyak kenangan manis dan suka untuk aku. Dan aku juga berdoa sangat agar dapat menigkatkan amalan aku terhadapNYA. Semoga amalan ku ter lopong2 di masa lalu, dapat dipenuhkan menjadi sebuah lukisan hidup yang indah. Ameen.

1 comment:

lady lavender said...

Hepi new year azie..pray this coming new year make us better person than before. insyaallah.