Hari ni 29 Disember 2012. Lagi beberapa hari je lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2013. Seperti yang pernah aku kata kan dulu dlm entry yg lepas2....bila aku rasakan masa skrg terlampau cepat berjalan. Sedar2 dah habis setahun. Apa yang kita dapat atau buat dm setahun tuh rasa mcm x banyak mana pun kan.
Hari ni, aku duty jaga exam. Lps jaga exam, aku nak balik Seremban. Nak jumpa mama dn adik beradik lain, nak golek2 dgn anak2 sedara. Mlm ni kitaorg ada BBQ. Uda buat sempena besday anak dia. Yeay!!! makan2 mmg best.
Esok, balik Muar sempena sambutan ulangtahun perkahwinan Jubli Emas (50) mak long dgn pak long aku. Kitaorg cousins dah tong-tong (kongsi) untuk beli hadiah. Dapat la kitaorg beli mesin urut kaki, handmassager dgn air mate prufier dr OGAWA. Harap2 diaorg suka dan guna pemberian kitaorg ni.
Selasa nanti, dan masuk tahun baru. Aku berdoa moga tahun yg akan datang ini, menjanjikan banyak kenangan manis serta dilimpahi rezeki.
Aku tinggalkan 2012 dengan banyak pengalaman. ada sedih, ada pahit, ada manis. 2012 juga banyk menjadikan aku agar lebih tabah dgn dugaan yg hebat di tmpt kerja lama aku. moga2 tmpt baru dan suasana baru ni, menjanjikan sebuah kedamaian dan ketenangan. Ameen.
1 comment:
Waa... bestnya ada perayaan jubli gitu :)
Post a Comment