Tuesday, September 22, 2015

Tempat makan sedap2 di Penang

Siapa2 yang ke Penang, boleh la try local food di sana ye.

1) Pulau Aman
Nak ke Pulau Aman ni sgt best sbb kena naik bot. Dalam 10 min smpi la kt kampung Nelayan Pualau Aman. Restoran terapung pulau aman ni bukan dari 11.30 pagi. Tetapi selalunya mmg akan penuh bila tiba waktu puncak. Boleh enjoy suasana kampung, beli minyak gamat, sukun goreng dan cenderamata yg dibuat oleh penduduk kg. Utk makan, boleh beli ketam, udang, lala dijeti dan dimasak dgn upah RM5 saje. Selain itu, ada nasik goreng udang, mee udang. Tapi....teh ais dia best gilersssss.....
 

2) Mee Udang Pulau Sayak
Kat sini pun syiokkk....sambil makan mee udang...duk tepi laut....pantai cantik. Boleh waze atau call je nombor ni ye. 




3) Daging rimau menangis ( Din Ikan Bakar)
Tempat ni..mmg  heaven la....lauk kampung dgn ikan bakar...perghhh....tp yg paling happening ialah daging bakar  (daging rimau menangis)...jgn tanya aku kenapa nama gitu...yg aku tau..aku yg menangis...sbbb sedap sgt2. Selain itu, gulai telur ikan, sotong bakar, ikan yg punya la banyakkkk....ulam2....huiii mang aiii....hangpa pi dan alami la sendiri ye....Tempat ni selepas taman telok air tawar
                                    






4) Pantai Bersih (sarapan pagi dan makan tengahri)
Tempat ni utk sarapan pagi sambil dijamu suasana dan hembus bayu laut. Makanan biasa2..ada mee hun sup, roti bakar, nasik lemak, kuih muih mcm2 la. tempat makan ni ala-ala medan selera.

 

5) Din Skot
 Din Skot pulak tempat yg sangat best nk lepak depan laut sambil mkn abc, kopok lekor dan sate. makanan adalah terhad. tapi utk ambil angin petang mmg sgt best.






(gambar2 credit to foursquare page)
mmg cantik camni tempat lepak tu...

6) Route 69, Pantai Robina
Masuk ikut Taman Robina, kat sini pun cantik. Mlm2 ada restoran ikan bakar dan western. 



 


So...selamat menjamu selera....

2 comments:

lady lavender said...

Azie..lama tak baca blog azie. Best ni...hujung minggu ni kami plan nak jjcm kat penang hihu

aziahmk said...

selamat menjamu selera....kena pi yg daging rimau menangis tu tau....