Tgh malam Jumaat dlm pkl 12.30 dpt whatsapp dari adik aku kata..kren runtuh di Masjildil Haram. Allahuakbar....berdebar2 jantung aku. Terus terbayang kt mata aku ni kenangan menjadi tetamu NYA tahun lepas. Ya Allah....kira ini ujian dan peringatan MU buat kami...ampuni lah dosa2 kami ini. Banyak sungguh dosa kami...
Aku terus bukak chanel Awani dan keluar tanpa henti tag mengatakan berita kren runtuh di Mekah.Pada ketika itu, 52 dikatakan telah meninggal dunia dan beratus2 lagi cedera. Tambah memilukan jemaah Malaysia juga terbabit. Allahuakbar....dapat kubayangkan perasaan ahli keluarga yg terbabit. Pada ketika aku tulis citer ni...latest dikhabarkan 6 jemaah Malaysia masih hilang, 10 diberikan rawatan oleh pihak Tabung Haji.
Terbayang2 akan keindahan Masjidil Haram ketika Mac 2014. Pertama kali aku dan mama jdk tetamuNYA dan kali kedua buat en. Hasben. Saat terpandangkan Kaabah.. Subahanallah...MasyaAllah...lemah lutut aku kerana tak sangka diberikan kesempatan berdiri didalam rumah Allah swt ini.
Jadik bila peristiwa ini jadik...terkesan di hati aku..bila tgk dlm tv..rasa sedih yang amat sangat.
Marilah kita sama2 doakan agar semua jemaah diberikan kekuatan, kesihatan dan dpt mengerjakan ibadah haji yg tinggal beberapa hari saja lagi dengan sempurna. Buat mereka yang terpilih meninggal di Rumah Allah, Tanah Suci, di hari mulia segala penghulu hari Jumaat.....terpeliharalah mereka2 ini. Sungguh...walau dunia luar mengatakan bencana...namun bagi kita umat islam....dah terbayang2 akan kelebihan dan keindahan yang dinikmati oleh insan2 tepilih itu.
Innalillah hi wainnailahirojiun
Al- Fatihah




No comments:
Post a Comment