Sunday, May 20, 2012

Dusseldorf -Media Hafen & Rhein Turm (Tower)

Hari ke-2, akibat cuaca yg sejuk, badan aku mcm nak demam. Hidung plak berdarah. Mungkin dah biasa dengan cuaca yang panas, badan aku terkejut dengan peralihan ini.

Mungkin juga kedudukan geografi Dusseldorf yang hampir dengan Lautan Artik menjadikan angin yg berhembus sedingin ais. Sejuk pun sejuk lah...aku gagahkan jugak. Bukan senang nak sampai tempat orang. apabila dah ada peluang ni...harus la aku maximise kan masa emas aku kt sini.

Hari ni, aku dengan hasben dah plan nak ke Media Hafen. Satu tempat dimana pusat architecture di Dusseldorf. Cantik dan unik bangunan2 yang ada di Media Hafen ni. Media Hafen ni terletak berhampiran dengan Rhein Tower. Salah satu bangunan yang pelik di sana seperti gambar di atas ni. Berkelok2 bangunannya. 


Yg ni pulak, tak tahu nama apa bangunan ni...sbb malas nk seberang jembatan. Tapi cute kan...melekat2 kartun tuh....kreatif giler diorg ni....


Yg ni pun berkilau2 dari jauh. kena panahan matahari lagi la berkilat2. Ni Semua opis. Dan kebanyakkan nya berkait rapat dengan media, architecture.





RheinTurm (Rhein tower)

nak masuk kena bayar 4 euro sorang (eh.. ye ke...dah lupa plak. sbb x naik pun...heheheh) Nak datang Rhein turm dengan media Hafen ni, boleh naik trem dr Hopbanthauf. lepas berenti kt stop dia, kena jalan kaki sikit dalam 50 meter la...then sampai area ni.

opis berkonsep green building. semua kaca je....membolehkan cahaya masuk tanpa sekatan

Saturday, May 19, 2012

Dari Pandan ke Dusseldorf (2012)

Sejak pergi ke London tahun 2009, tak pernah termimpi yang aku akan sekali lagi menjejakkan kaki ke bumi Eropah. Masa ke London, Airasia baru memulakan route ke sana, jadiknya, kami dapat tiket murah yang sekali lagi aku bersyukur kerana mendapat tiket murah ke London.

Kebetulan, atau lebih tepat aku katakan kali ini, rezeki memihak kepada kami. En Hasben ada kerja di Dusseldorf dari 11-18 Mei. Sudah tentu bila mendapat tau berita yg En hasben kena pegi Dusseldorf, si isteri sudah melompat2 keriangan kerana misi untuk menyibukkan diri bakal terjadi.

2 minggu membaca dan mengumpul fakta2 berkenaan Dusseldorf. Aku banyak bergantung pada Tripadvisor dan blog2 dari blogger Indo yg ke sana. Boleh dikatakan Malaysian, kurang ke Dussledorf. Malah ada juga foremer yg study kt Frankfurt yang banyak membantu aku dengan memahami sistem trem dan keretapi underground mereka. 

Satu yang menjadi permasalahan utama di Germany adalah bahasa. Tapi, jangan risau. Anda boleh bertanya di Tourist Info dan Stesen keretapi atau Trem. Kebanyakannya boleh berbahasa inggeris dgn baik dan jelas. Sepanjang aku di sana, tiada masalah tentang bahasa. cuma pada awalnya agak sukar untuk memahami.

Perjalanan yang memakan masa 13 jam dari Kuala Lumpur agak memenatkan. Nasib baik cerita2 dalam flight (Emirates) best2 dan citer baru2. Layan gak movie dlm 3 movie, sampai Dubai. Then layan 4 movie lagi utk smpi ke Dusseldorf.

Perbezaan masa Malaysia - Dusseldorf adalah malaysia cepat 6 jam.  

Sampai di Dusseldorf, cuaca dingin terus mencengkam. Ingatkan sudah masuk spring, tak berapa sejuk. Mungkin letakan geografinya yg hampir ke Lautan Artik, menjadikan angin yg bertiup sesejuk air batu. Bila Menerobos ke muka, bisa beku!.

Sesampai di hotel, terus mandi air sepanas2nya dan terus tido keletihan. 

Mata hanya terbuka bila jam menunjukkan pukul 2 petang waktu sana. Itupun kerana badan sudah rasa menggigil2 kesejukan. Kami, bersiap2 untuk keluar memulakan aktiviti explore Dusseldorf.

Oh ya...disini bermula kesukaran untuk membeli tiket trem kerana semuanya dalam bahasa German. Sangat2 berlainan. Akhirnya, kami bertanyakan pada orang bagaimana mahu ke Aldstat-Old Town dan Rhienpromenade. nasib kami baik, berjumpa dengan org yg boleh berbahasa inggeris. dengan mudah dia memberitahu kami kena turun di hentian Jan Wallem Platz. Dari situ, kami boleh berjalan kaki sahaja. 

Memang benar, turun nya kami, di situ lah terletaknya Konigsalle. tempat beli belah yng punya nama2 besar seperti LV, Michael Kors, Gucci dan banyak lagi. Dan disni terletaknya sebuah terusan yang amat indah di mataku dan di mata Tripadvisor. Selesai bergambar2 di Konigsalle, kami terus berjalan ke Aldstat. 



Aldstat atau lebih dikenali Old Town, merupakan sebuah tempat yang mempunyai bangunan2 bersejarah yang masih terpelihara. begitu banyak sekali Bar dan satu yang ku amati, di Jerman, kaya dengan budaya minum. Mereka akan berkumpul di hujung minggu untuk berjumpa dengan teman2. Kalau kat Malaysia, LEPAK la kiranya mcm kt kedai2 mamak. 

Kebetulan, hari tu, ada Flea Market kt tepian Rheinpromenade. Tapi jual buku2. Murah2. 1 euro, 2 euro...tapi yang x bestnya...dalam bahasa german. Mana le makcik nak paham kan....





Melewati tepian sungai Rhein sangat cantik pemandangannya. Ditambah pula dengan cuaca yang dingin. Persis di Sydney. Bezanya di Sydney ada Opera House. Di Dusseldorf, barangkali di Jerman, banyak di lihat manusia bertemankan anjing peliharaan. berbagai jenis yang aku jumpa. ada yang berbulu karpet tebal, sangat besar dan tinggi. ada jenis bulldog yg garang mukanya. Pemandangan ini adalah biasa di Jerman.


Waktu siang di Dusseldorf pada bulan May sangat panjang. Waktu pagi sudah terang seawal jam 5 pagi. Dan gelap pada pukul 10 malam. Sangat best untuk plan jalan2 seharian. Tapi, harus ingat cuaca yang sejuk boleh membunuh mood untuk bersuka ria... :) 
Baru kini aku tahu, maksud teman2 yang tinggal di luar negara berhibernasi di dalam rumah. Aku juga berpeluang berbungkus2 di dalam bilik hotel TETAPI!!! masih sejuk menggigil....


Wednesday, April 11, 2012

Amaran Tsunami

Hari ni, dlm pkl 4.50 ptg td, gempa bumi berukuran 8.5 skala ricter melanda bumi aceh. dan impaknya turut melanda negara2 yg berdketan. malaysia x terkecuali. pkl 7.25 mlm, byk status di fesbuk bgtau kata area peairan penang byk penduduk diarahkan berpindah.

dgr kata hard rock penang turut dikosongkan. rata2 semua berita menasihatkan org ramai elakkan dr kawasan pantai. kerana dikhuatiri ombak setinggi 6 meter akan nmelanda. dan yg paling aku takut, dgr nya port dickson pun mungkin turut terjejas.

walau family aku di seremban, aku tetap cuak. PD-Seremban bukan jauh sgt tuh.

Ya Allah Ya Rabb, lindungila kami dari segala musibah. Ampuni la dosa2 kami.




Wednesday, April 4, 2012

Blood in urine.....

sebanarnya dah 2 hari aku sakit masa nak kencing. tapi aku ingat xde apa2...(biasala org kita ni....bila sakit..mesti ckp xde pape).

tapi, pagi tadi, sakit tuh sampai tahap yang amat sgt. mennagis2 masa aku nak kencing. lps kencing pulak, aku x boleh nak jalan. so, aku terus pi hospital tawakal.

doktor suh buat urine test. aku dh gelabah balik..sbb terus teringat sakit yang akan dialami....huwaaaa.....camner nak kencing ni....

tapi kena gak kencing. takkan aku nak ganti kencing lain pulak....

lepas kencing kena tggu result kuar.....dlm 20 mint gak la nk tggu....

pastu, doktor panggil balik. masuk2 je...muka doktor berkerut2 pandang aku...ahh..sudahhh...apa kes ni??

Blood count in urine > 500

Bacteria positif

and blaa..bla...bla...(sebenarnya aku x paham..aku angguk2 doktor tuh cakap)

kesimpulannya, doktor bg aku ubat and pemantauan dlm tempoh 48 jam. lps 48 jam, kalo masih sakit, and blood count dlm urine masih tggi...harusla kena further medical chek up sbb they suspect Batu karang.....huwaaa......jgn la......

ya allah.....jauhkan la sebarang penyakit dari hamba MU ini.....

Sunday, April 1, 2012

Tetamu yang singgah.....


hari ahad selalunya hari yang aku paling maximise kan rehat dan kerja2 rumah yang patut dibuat. ye lah....dah hari keje asik balik lmbt je....hjg minggu la yang paling dinantikan...

tapi..selain dari aku berehat2..ada juga tetamu yng dtg singgah untuk berehat2....jinak burung ni...aku amik gambar, sikit pun x bergerak......

cuaca pun agak panas hari ni.....kalo kt obersee...org hibernate dlm umah sbb takut beku....kt mesia ni...kita hibernate sbb takut terbakar.....

dapat cendol sedap ni......

Monday, March 19, 2012

Busy sebab ini.....

Yepp.....sebab kenapa aku busy tahap gaban. nak pingsan campur pitam tiap2 hari...sebab tgh busy dgn kerja2 renovation opis baru. Hem...nampak je sikit...tp kerja mcm nak mampus.....siang malam tensionnn.

So, ini la rupa interior opis baru aku. belum siap sepenuhnya. ini baru satu level. level yg lain menyusul kemudian. 23hb ni, mula la episod punggah memunggah barang ke opis baru. mau pitam lagi....adoiii.....









Dan sebab kerja2 ini la...tiap2 hari aku kena maki, tengking, marah....pendek umur jadiknya...ish..ish...ish....

Friday, March 2, 2012

Ku Accident....Dah takdir

Dah berpuluh tahun bawak keta, x pernah accident. Td pkl 8.30 mlm, kitaorg accident. Yg drive, En Hasben. Nasib x teruk. Kereta aku xde apa. Tapi kereta mamat cina tuh kemek kt pintu driver dgn side mirror patah.

Ceritanya, kitaorg nak u-turn. tapi x lepas ada tembok. So, nak reverse. Baru nak reverse....gedeganggg.....sadaqalah....

ada myvi sebijik kt belakang. Siyes....dr ptg hujan mmg lebat sangat. mmg x nampak pun keta tuh kt belakang. hem...apa nak buat...benda dah nak jadik. sensor kereta tiba2 pulak x bunyi...padahal...sensor keta tuh kalo org lalu jauh pun dia dh berbunyi..tet..tet....ni berdecit pun tidak....

so, pegi la buat report polis dgn budak cina tuh....selesai semua. satu je aku bersyukur sangat2...budak tuh x apa2....then keta aku mmg xde apa2.....:)