Sejak pergi ke London tahun 2009, tak pernah termimpi yang aku akan sekali lagi menjejakkan kaki ke bumi Eropah. Masa ke London, Airasia baru memulakan route ke sana, jadiknya, kami dapat tiket murah yang sekali lagi aku bersyukur kerana mendapat tiket murah ke London.
Kebetulan, atau lebih tepat aku katakan kali ini, rezeki memihak kepada kami. En Hasben ada kerja di Dusseldorf dari 11-18 Mei. Sudah tentu bila mendapat tau berita yg En hasben kena pegi Dusseldorf, si isteri sudah melompat2 keriangan kerana misi untuk menyibukkan diri bakal terjadi.
2 minggu membaca dan mengumpul fakta2 berkenaan Dusseldorf. Aku banyak bergantung pada Tripadvisor dan blog2 dari blogger Indo yg ke sana. Boleh dikatakan Malaysian, kurang ke Dussledorf. Malah ada juga foremer yg study kt Frankfurt yang banyak membantu aku dengan memahami sistem trem dan keretapi underground mereka.
Satu yang menjadi permasalahan utama di Germany adalah bahasa. Tapi, jangan risau. Anda boleh bertanya di Tourist Info dan Stesen keretapi atau Trem. Kebanyakannya boleh berbahasa inggeris dgn baik dan jelas. Sepanjang aku di sana, tiada masalah tentang bahasa. cuma pada awalnya agak sukar untuk memahami.
Perjalanan yang memakan masa 13 jam dari Kuala Lumpur agak memenatkan. Nasib baik cerita2 dalam flight (Emirates) best2 dan citer baru2. Layan gak movie dlm 3 movie, sampai Dubai. Then layan 4 movie lagi utk smpi ke Dusseldorf.
Perbezaan masa Malaysia - Dusseldorf adalah malaysia cepat 6 jam.
Sampai di Dusseldorf, cuaca dingin terus mencengkam. Ingatkan sudah masuk spring, tak berapa sejuk. Mungkin letakan geografinya yg hampir ke Lautan Artik, menjadikan angin yg bertiup sesejuk air batu. Bila Menerobos ke muka, bisa beku!.
Sesampai di hotel, terus mandi air sepanas2nya dan terus tido keletihan.
Mata hanya terbuka bila jam menunjukkan pukul 2 petang waktu sana. Itupun kerana badan sudah rasa menggigil2 kesejukan. Kami, bersiap2 untuk keluar memulakan aktiviti explore Dusseldorf.
Oh ya...disini bermula kesukaran untuk membeli tiket trem kerana semuanya dalam bahasa German. Sangat2 berlainan. Akhirnya, kami bertanyakan pada orang bagaimana mahu ke Aldstat-Old Town dan Rhienpromenade. nasib kami baik, berjumpa dengan org yg boleh berbahasa inggeris. dengan mudah dia memberitahu kami kena turun di hentian Jan Wallem Platz. Dari situ, kami boleh berjalan kaki sahaja.
Memang benar, turun nya kami, di situ lah terletaknya Konigsalle. tempat beli belah yng punya nama2 besar seperti LV, Michael Kors, Gucci dan banyak lagi. Dan disni terletaknya sebuah terusan yang amat indah di mataku dan di mata Tripadvisor. Selesai bergambar2 di Konigsalle, kami terus berjalan ke Aldstat.
Aldstat atau lebih dikenali Old Town, merupakan sebuah tempat yang mempunyai bangunan2 bersejarah yang masih terpelihara. begitu banyak sekali Bar dan satu yang ku amati, di Jerman, kaya dengan budaya minum. Mereka akan berkumpul di hujung minggu untuk berjumpa dengan teman2. Kalau kat Malaysia, LEPAK la kiranya mcm kt kedai2 mamak.
Kebetulan, hari tu, ada Flea Market kt tepian Rheinpromenade. Tapi jual buku2. Murah2. 1 euro, 2 euro...tapi yang x bestnya...dalam bahasa german. Mana le makcik nak paham kan....
Melewati tepian sungai Rhein sangat cantik pemandangannya. Ditambah pula dengan cuaca yang dingin. Persis di Sydney. Bezanya di Sydney ada Opera House. Di Dusseldorf, barangkali di Jerman, banyak di lihat manusia bertemankan anjing peliharaan. berbagai jenis yang aku jumpa. ada yang berbulu karpet tebal, sangat besar dan tinggi. ada jenis bulldog yg garang mukanya. Pemandangan ini adalah biasa di Jerman.
Waktu siang di Dusseldorf pada bulan May sangat panjang. Waktu pagi sudah terang seawal jam 5 pagi. Dan gelap pada pukul 10 malam. Sangat best untuk plan jalan2 seharian. Tapi, harus ingat cuaca yang sejuk boleh membunuh mood untuk bersuka ria... :)
Baru kini aku tahu, maksud teman2 yang tinggal di luar negara berhibernasi di dalam rumah. Aku juga berpeluang berbungkus2 di dalam bilik hotel TETAPI!!! masih sejuk menggigil....
5 comments:
weee...bestnya dah sampai ke Dusseldorf. Dapat tumpang tengok gambar pun jadiklah (ehe..tapi kalau dapat gambar saiz besarr lagi puas tengok! Demand la pulak :-))
warghhhhhhh..akak g saner ek...best bangat nihhh....boleh release tension skit kan....kikikiki...kiter jmpa kt opis nanti ek...
bestnye ....teramat jeles. Bila la akak dpt smpai ya
wah2 bestnya!!! follow disini as currently sedang study pasal Europe for coming trip in Sept'12. BTW tQ for the info n keep writing please!!! :))
cantiknya sungai tu,
Post a Comment