Jangan tanya kenapa aku lama x menulis sbb aku sendiri pun x tau pesal apa yg aku x jenguk2 kt sini. Jadik aku berazam untuk kembali jenguk dan share apa yg kita boleh share ok....lgpun dh nak menyambut Ramadhan....mesti byk kisah2 yg boleh kita sama2 share...mcm menu nk berbuka, kisah terawih, doa2 yg boleh diamalkan....dalam pd tu, aku akan share kisah2 travel aku jgk...takde jalan ke mana...cuma dlm mesia je....looking forward 2016, untuk start balik misi travel....insya allah....
Friday, June 12, 2015
Tuesday, January 20, 2015
Cepatnya Masa...
Cepatnya masa berjalan....dah nak habis bulan January....tp aku rasa sejak masuk tahun 2000 ni....setahun habis mcm 4-5 bulan je....
Aku rasa mcm baru lg kita sambut Year 2000....dunia meraikan ....sedar2 dh 15 tahun di dlm era 2000.
Sunday, January 4, 2015
Selamat Datang 2015, utk 2014..kau kini cebisan kenangan
Assalammualaikum semua...
lamanya aku x menulis. hampr setengah tahun. kesibukan aku untuk mengharung study membuatkan aku terpaksa melupakan sementara blog kesayangan aku ini.
Tahun 2014, banyak memeberi kenangan manis dimana..pada awal tahun dalam bulan March, aku diterima menjadi tetamu Allah bersama en.hasben dan mama ku. Satu dari impian dalam hidup aku dah tercapai dimana nak menjejak kaki di Tanah Suci dengan org kesayangan aku. Syukur Alhamdulillah.
Tahun 2014, tepat pada 30 Disember, ku tutup dengan selakar kejayaan dimana aku telah berjaya menamatkan master ku. Dan insya allah di izinkan Allah..akan meneruskan pengajian ke peringkat PHD. Insya allah.
Penhujung tahun 2014 juga agak menggemparkan negara dimana pesawat Airasia terhempas di kawsan Belitung/Pulau Bun dan dikhuatiri meragut kesemua nyawa. Innalilah.....
Selain itu, banjir yg teruk juga melanda Malaysia....Allahuakbar...tak terjangkau pikiran kami, umat yg lemat akan dugaan ini...ku doakan moga mereka yg terlibat..diberikan kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan hidup.
Untuk tahun 2015 ini, aku mengharapkan agar selembar pelangi mewarnai setiap hari dan setiap saat didalam hidupku. Janganlah aku diduga yg hebat2 yang tidak mampu aku menghadapinya....nauzubillah.....
Ku doakan juga agar selembar pelangi ini mewarnai hidup org2 tersayang, kawan2, kenalan2 dan utk and semua. Insya allah. Amin.
Friday, July 18, 2014
MH17 - MAS plane shot down in Ukraine
Astagfirullah.....astagfirullah......astagfirullah....innalillahiwainnailahirojiun....
Pukul 11.51 mlm ( waktu Malaysia), satu whatsapp masuk dr kawan aku mengatakan pesawat MAS dr Amsterdam -KL telah ditembak oleh puak pelampau di Ukraine. Pesawat yng membawa 280 penumpang dan 15 crew dikhabarkan tiada harapan.
Pada ketika itu, hati aku berdebar2...rasa takut sangat, terus terpikir..Ya Allah..dugaan apa lagi kali ini.MH370 masih tidak nampak hujung pangkal...kini MH17 pula.
Aku tidak berhajat untuk memanjangkan andaian2 yang memabnjiri di laman sosial ketika ini, cuma aku lakarkan ia disini sebagai satu lagi tragedi di malam permulaan lailatul Qadar.
Innalillahiwainnailahirojiun bagi mereka yg berugama islam dan R.I.P bagi penumpang yg bukan berugama Islam.
Terkini,Malaysia Airline System akan mengadakan press conference pd pkl 4 pagi ini.
Saturday, July 5, 2014
Kerja sambil Belajar....TIDAK MUDAH!!!!
Pertamanya..rasa happy sgt dpt kembali ke blog sendiri. last posting was sumwhere in April...now dh July. Lebih 2 bulan terpisah dgn blog kesyaangan.
Tuntutan kerja dan dlm masa yg sama sambil study bukan suatu perkara yg mudah. Trust me...sangattt tidak mudah. Sangatt ok....even kelas adalah dihujung minggu...tp still masa mmg tidak cukup. tambah2 bila assignment ko dh mula bertingkek2.....muka ko pun dh mcm mangkuk tingkat rasanya....
Alhamdulilah...aku berjaya harungi 2 semester yg mencabar dan kini tggl dissertation je. Target viva hjg bulan August...hem...again...mmg jdk mangkuk tingkat le jawabnya....
Aku jugak nk mengucapkan selamat berpuasa, ramadhan ya kareem....untuk anda semua tak kira dimana ye....moga ibadah kita lebih baik utk tahun ini. Insya Allah....
Tuesday, April 8, 2014
Madinah (Hari Ke 2 & 3)
Masih di Madinah. Selepas berjaya kami memasuki Raudhah (walau bersesak2 yg amat sangat), hari kedua kami lalui dengan lebih tenang. Dapat rehat lama sikit setelah berjam2 perjalanan smlm kan. Hari ni, aku dgn mak aku nak cuba masuk Raudhah lagi. Untuk pengetahuan semua, Raudhah dibuka utk wanita pd jam 9 pagi hingga Zuhur, dan lps Isyak sahaja. Kami yg x tau, mula2 bercadang nak masuk lps asar.Jadik kami tanya kt polis wanita itu, tapi dia bgtau lps isyak. Ok. Lps isyak..lps isyak la...sejuk sikit aku ckp kt mak aku.
Jadik, hari ke dua ni, setiap kali lepas solat, apa lagi...kami pun mula cuci mata dan cuci poket..ngeh..ngeh..ngeh...macam2 barang dan murah2...dn kita x yah risau nak cakap bahasa apa..semuanya boleh ckp melayu ye....ko pegi je pastu tanya."berapa??"...terus ckp melayu. Kat Mekah pun sama. semua ckp melayu. Hebat bahasa melayu. seantero donia...
Hotel kami x berapa jauh dr Masjid Nabawi....jdk lepas2 jalan2 pusing2 tu kitaorg mmg selalu balik hotel dan rehat. Lps tu dlm 1/2 jam sebelum masuk waktu, kitaorg pi balik masjid. Cuma selalunya waktu Maghrib dgn Isyak, kitaorg duk terus kt masjid. Jdk lps Isyak mlm tu, kami terus berkumpul utk masuk Raudhah sekali lagi. Selalunya lps Isyak,polis2 wanita tu akan terus pegang signbod yg tulis Malaysia, Iran, Pakistan atau bangsa2 lain. Makanya, carik la signbod tulis Malaysia atau Melayu dan duduk berkumpul. Mula2 akan berkumpul dlm masjid. Dlm 1/2 jam, dia suh gerak berkumpul di luar/perkarangan Raudhah mcm gambor kt bawah ni.
Lepas tu akan dibawa masuk ikut giliran. Ok, kat sini aku masih boleh bersabar lagi. Lama weh...dkt sejam menunggu. Takpe lah...nak carik fadhilat dan tempat mustajab berdoa mmg payah.Jadik bersusah la sikit. Takpe.
Tapi bila nak masuk pun, bertolak2. Yg kedua ni paling mencabar. Sebab aku hampir2 hilang pertimbangan. Bila manusia bersesak2 dan tolak menolak. Mak aku hampir jatuh bedebum dilanggar ketika solat. Waktu tu aku mengawal mak aku. Gilir2 solat. walau aku dh ckp..solat2...tapi puak2 yg Iran dan seangkatan yg besor2 tuh..dia main langgor je.Kebanyakkan mereka2 ni bukan nk solat pun. Nak menangis menggugu2 di Makam Nabi. Pastu aku plak jdk polis kt situ. Dah geram..aku ckp kt depa. Solat ?? No solat , then EXIT!.....
kredit to sis Fifi....
Lepas kami dpt solat dan berdoa kami keluar. Hanya jemaah Malasyia saja yg berdisiplin dan mendengar kata. Kita pun x de nak lama2. Cukup masa, dapat buat soalt dn berdoa, lebih kurang dalam 10-15 min, kami keluar utk beri peluang pada org lain. Tapi tidak jemaah2 dr negara lain ye.
Amat menyedihkan, bila tempat yg suci sebegitu, keadaan yg amat buruk sekali manusia2nya bertolak2 utk masuk. Tp aku tgk utk jemaah lelaki tak seteruk wanita. Kat sana, siaran tvtunjuk secara lansung. sbb kamera2 dlm mesjid rakam live. Yglelaki ikut kata...diaorg kt makam nabi, sampaikan salam sambil jalan...jdk tak le sesak. En Hasben pun dpt solat di tiang Aisyah. Jadik, untuk dimasa hadapan, mmg akan kena sabar sesabar2nya utk ke Raudhah. Lepas tu kami berdua balik ke hotel (En hasben dah lama balik...) dan tido keletihan. Memang rasa nk pingsan woo.....
Hari Ke 3, hari lawatan. Kami dibawa ke Ladang kurma, Jabal Uhud, Jabal Tsur. Di Jabal Uhud, kami diberi penerangan oleh mutawwif mengenai perang Uhud. Kat situ ada satu dinding yang di lukis bagaimana perjalanan dan pergerakan Nabi serta tentera2nya. Dan bagaimana org Islam kalah didalam peperangan ini kerna tamak haloba.
Di Jabal Uhud jugak, segala ubatan utk subur atau penyakit lain banyak dijual disini dan murah2. Diberitakan, peniaga2 dia Jabal Uhud ni adalah dari kalangan keturunan Nabi Muhammad saw. Oleh itu, janganlah kita nk tawar menawar lagi kerana bg aku, harga kt situ mmg dah murah.
Kat Ladang kurma pulak, boleh tgk pokok kurma yg betul. Aku dgn mak aku apa lagi..membeli dan membelahkan poket kami. hahahaha...en hasben, duk bawah pokok...x kuasa nk tgk bini dia membelahkan poket dia sama.......muahahahahah.
mak aku tgh soping utk cucu2 dia......sedap2 cekelat. kt Ladang kurma ni mahal sket.sekilo 40 riyal. Tp kt masjid nabawi murah. sekilo 20 riyal.
Cukup masa, kami naik bas balik hotel. Oh ya, bas kami x berapa best sbb aircond nya x fungsi sgt. terasa la panas sikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)









