Tuesday, April 8, 2014

Madinah (Hari Ke 2 & 3)

Masih di Madinah. Selepas berjaya kami memasuki Raudhah (walau bersesak2 yg amat sangat), hari kedua kami lalui dengan lebih tenang. Dapat rehat lama sikit setelah berjam2 perjalanan smlm kan. Hari ni, aku dgn mak aku nak cuba masuk Raudhah lagi. Untuk pengetahuan semua, Raudhah dibuka utk wanita pd jam 9 pagi hingga Zuhur, dan lps Isyak sahaja. Kami yg x tau, mula2 bercadang nak masuk lps asar.Jadik kami tanya kt polis wanita itu, tapi dia bgtau lps isyak. Ok. Lps isyak..lps isyak la...sejuk sikit aku ckp kt mak aku.

Jadik, hari ke dua ni, setiap kali lepas solat, apa lagi...kami pun mula cuci mata dan cuci poket..ngeh..ngeh..ngeh...macam2 barang dan murah2...dn kita x yah risau nak cakap bahasa apa..semuanya boleh ckp melayu ye....ko pegi je pastu tanya."berapa??"...terus ckp melayu. Kat Mekah pun sama. semua ckp melayu. Hebat bahasa melayu. seantero donia...

Hotel kami x berapa jauh dr Masjid Nabawi....jdk lepas2 jalan2 pusing2 tu kitaorg mmg selalu balik hotel dan rehat. Lps tu dlm 1/2 jam sebelum masuk waktu, kitaorg pi balik masjid. Cuma selalunya waktu Maghrib dgn Isyak, kitaorg duk terus kt masjid. Jdk lps Isyak mlm tu, kami terus berkumpul utk masuk Raudhah sekali lagi. Selalunya lps Isyak,polis2 wanita tu akan terus pegang signbod yg tulis Malaysia, Iran, Pakistan atau bangsa2 lain. Makanya, carik la signbod tulis Malaysia atau Melayu dan duduk berkumpul. Mula2 akan berkumpul dlm masjid. Dlm 1/2 jam, dia suh gerak berkumpul di luar/perkarangan Raudhah mcm gambor kt bawah ni.

Lepas tu akan dibawa masuk ikut giliran. Ok, kat sini aku masih boleh bersabar lagi. Lama weh...dkt sejam menunggu. Takpe lah...nak carik fadhilat dan tempat mustajab berdoa mmg payah.Jadik bersusah la sikit. Takpe.

Tapi bila nak masuk pun, bertolak2. Yg kedua ni paling mencabar. Sebab aku hampir2 hilang pertimbangan. Bila manusia bersesak2 dan tolak menolak. Mak aku hampir jatuh bedebum dilanggar ketika solat. Waktu tu aku mengawal mak aku. Gilir2 solat. walau aku dh ckp..solat2...tapi puak2 yg Iran dan seangkatan yg besor2 tuh..dia main langgor je.Kebanyakkan mereka2 ni bukan nk solat pun. Nak menangis menggugu2 di Makam Nabi. Pastu aku plak jdk polis kt situ. Dah geram..aku ckp kt depa. Solat ?? No solat , then EXIT!.....

kredit to sis Fifi....

Lepas kami dpt solat dan berdoa kami keluar. Hanya jemaah Malasyia saja yg berdisiplin dan mendengar kata. Kita pun x de nak lama2. Cukup masa, dapat buat soalt dn berdoa, lebih kurang dalam 10-15 min, kami keluar utk beri peluang pada org lain. Tapi tidak jemaah2 dr negara lain ye.

Amat menyedihkan, bila tempat yg suci sebegitu, keadaan yg amat buruk sekali manusia2nya bertolak2 utk masuk. Tp aku tgk utk jemaah lelaki tak seteruk wanita. Kat sana, siaran tvtunjuk secara lansung. sbb kamera2 dlm mesjid rakam live. Yglelaki ikut kata...diaorg kt makam nabi, sampaikan salam sambil jalan...jdk tak le sesak. En Hasben pun dpt solat di tiang Aisyah. Jadik, untuk dimasa hadapan, mmg akan kena sabar sesabar2nya utk ke Raudhah.  Lepas tu kami berdua balik ke hotel (En hasben dah lama balik...) dan tido keletihan. Memang rasa nk pingsan woo.....

Hari Ke 3, hari lawatan. Kami dibawa ke Ladang kurma, Jabal Uhud, Jabal Tsur. Di Jabal Uhud, kami diberi penerangan oleh mutawwif mengenai perang Uhud. Kat situ ada satu dinding yang di lukis bagaimana perjalanan dan pergerakan Nabi serta tentera2nya. Dan bagaimana org Islam kalah didalam peperangan ini kerna tamak haloba. 

Di Jabal Uhud jugak, segala ubatan utk subur atau penyakit lain banyak dijual disini dan murah2. Diberitakan, peniaga2 dia Jabal Uhud ni adalah dari kalangan keturunan Nabi Muhammad saw. Oleh itu, janganlah kita nk tawar menawar lagi kerana bg aku, harga kt situ mmg dah murah.

Kat Ladang kurma pulak, boleh tgk pokok kurma yg betul. Aku dgn mak aku apa lagi..membeli dan membelahkan poket kami. hahahaha...en hasben, duk bawah pokok...x kuasa nk tgk bini dia membelahkan poket dia sama.......muahahahahah. 

 
 mak aku tgh soping utk cucu2 dia......sedap2 cekelat. kt Ladang kurma ni mahal sket.sekilo 40 riyal. Tp kt masjid nabawi murah. sekilo 20 riyal.

Cukup masa, kami naik bas balik hotel. Oh ya, bas kami x berapa best sbb aircond nya x fungsi sgt. terasa la panas sikit.  


1 comment:

rostina76 said...

1st time g dulu mmg face the same case dgn yg ko citer. tertolak2, soap pijak tele kung kita ugh solar….ya allah sabarrrrr je bebanyak. tapi alhamdulilah yg aku g dgn anak2 br ni smooth & steady. xde org sgt jadi lengang je raudhah. bhg lelaki plak dorg lebih ok sbb dorg xde had masa, relax je nak g bila2….yg pompuan ni bersesak2 sebab masa terhad. tu yg jadi berebut2 sakan. pepepun semoga allah terima susah payah kita, amin