Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri T.A.G.



Sudah diTAG oleh Naqies ,TAG/AWARD musti ada soklan. Agak2 bole tak pas ni buat Tag/Award yang dpt up traffic..

Puasa penuh tak taun nie?
Me seorang perempuan yg dikurniakan oleh Allah waktu2 rehat

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??
me maafkan, siapa la me nak besar kepala tak nak maafkan. even dlm hati masih sakit, tp me akan buat2 tak tau saja

Kampung kat mana?
Seremban, Muor, Alor Setar

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit.
emmm...sebab me masih baru dlm arena berblog2 nih..makanya, tak berapa cantik sgt. insyaalah..lepas2 raya nih me akan upgrade blog ni

Awak nak tag org, tag aje laa T____T
Hurmm nak bagi sapa ye..

Sudah Mood Raya.....



Saya sudah dalam position mood Raya. Tarak mood mau keje, tarak mood mau keje and tarak mood mau keje.

Dalam kepala, mood nak jumpa mak, mood nak jumpa anak2 sedara, mood nak bercuti yehooo!!!

p/s : kredit to owner of pic

Saturday, September 4, 2010

Cozy Mozy Camden Town

Hari ini aku dan hasben ke Camden Town. Outskirt from London. Camden Town nih terkenal dengan flea market. Di London, ada beberapa flea market yg terkenal antaranya Portobello Market ( yg mcm dlm cerita Notting Hiill - Julia Roberts & Hugh Grant), Camden dan ada satu lagi tp aku tak ingat nama dia dan tak sempat nak pergi pun. Lepas breakfast, pagi2 lagi, kami dah bergerak nak ke Camden. Amik tube dr Victoria ke Camden Town Station. Flea Market bukak dalam pukul 10 pagi. Agaknya kami yg terlalu awal, keadaan masih lagi lengang. Yang ada penjual2 yg sibuk menyusun barang2.



Tapi aku suka suasana Camden ni, yang agak kedesaan. Tenang je. Tapi dlm pukul 11.30 pagi gitu, mulalah tempat tuh crowded giler. Orang berpusu2 datang sbb flea market nih ada pada hari Ahad sajer. Di Camden, flea marketnya terbahagi kepada 3 bahagian. 2 bahagian di luar, dipesisir jalan, dan 1 lagi didalam bangunan. yang dalam bangunan, specifically jual brg2 hiasan wanita, gelang2, rantai2 and househlod yang comel2.



Cantik kan??



Dekat Camden ni la terletaknya London Zoo. Tapi tak pergi pun....pastu kami jumpa outlet2 designer labels jugak mcm GAP, Guess...errr...itu je yang ingat. Kat sini, nak carik restoran halal agak payah. nasib baik kami jumpa satu kiosk halal, owned by Pakistani. Aku makan waffle dgn strawberry = 2 pound. Yummyyyy!!! sedappp sangat. (ke...pasal aku dh lapar, semua rasa sedap). kemudian ada juga satu kedai yang jual sweater and baju2 owned by Muslim. Diorg sikit punya happy tgk aku ngan hasben masuk kedai. yelah..obvious kan..aku pakai tudung. so dah2 tentu diaorg tau muslim. Sesi suai kenal sikit2. depa tanya kami mai dari mana, kami tanya depa mai mana...gitule lebih kurang. Then kitaorg dapat diskaun 30% heheheheheh....rezeki2.


Nampak tak org ramai kt underground station.




Diawal pagi. takde org lagi. Kami jalan2 senang hati



deretan kedai. ada banyaakkkk kedai. ada kedai jual kasut, topi, tatoo and macam2 lagi


Selain dari flea market ( yg mcm Petaling Street tuh) ada banyak deretan kedai2 yang menjual pelbagai accesorries. Kalau perasan, Camden Town nih pernah dpt masuk dlm rancangan Samantha Brown-Pasport to Europe.

Satu hari suntuk kitaorg kt sana. sakit kaki pun ye. tapi aku hepi sebab aku dpt beli souvenier tu adik beradik aku yang ramai tuhh.....aku borong T-shirt yng tulis 'London' - 14 helai,, dpt 2 free....suker2 lonjak2 gembira, fridge magnet, wall deco, picture frames

Friday, September 3, 2010

Sejuk di bumi London


Tower of London

19th March 2009. Musim Dingin mula menginjak ke Musim Bunga. Angin yang bertiup amat dingin tp nyaman. Perjalanan bermula pd petang Khamis 4.20 pm. Excited dan nerbes bersatu. Excited sebab nak jejak kaki di Kota London. Nerbes sbb terpikirkan immigration dia. But apa2 pun, be prepared. Selama 4 bulan membuat preparation dengan membaca dan menjadi sticky post(heheheheh.....) di forum, bertanya segala mcm benda. semua info diprint dan ditulis. Alhamdulillah.....semuanya berjalan lancar. 14jam dlm flite agak memenatkan. Puas ku kalih kiri, kalih kanan, pinggang rasa sengal jugak....puas tgk segala mcm movie ( okaylah...nasib baik ada movie). Makan ntah berapa kali makan. Minum ntah berapa kali minum. Tak smapai2 gak. Mat Salleh depan kitaorg dah mula bangun sambil bersenam2 didlm kapai terobang. Aku ingat nak join gak wat aerobik ngan dia, tp hasben aku suh duk dendiam.

Akhirnya, jam 11 mlm waktu tempatan London, kami selamat menjejakkan kaki. Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat kitaorg nak ke sini. Lepas tuh mula la berdebar2 sebb nak lepas immig dia. Aku dah siap2 satu file folder. Semua tiket flite, booking hotel, bank statement ( ini aku prepare as backup, then officer tuh tanya 3-4 soalan yang biasa2 la...then dia mintak tgk all documents yang aku bwk. Setelah berpuas hati, Officer tuh dgn sennag hati 'chop' paspot kitaorg...yeehaaa...suker2. Kami pun terus jalan untuk keluar dari epot. Keluar je dr pintu, mak datokkkk.....angin sejuk menerobos muka kitaorg. Bg kita yang dah biasa dengan cuaca panas sepanjang tahun, tergezutt gak la....tp aku suka sebbrasa fresh je.....



Big Ben


Dari epot, kami naik easybus utk ke victoria, center london. Aku dah siap2 beli tiket online dr Mesia. Senang. Perjalanan makan masa dekat 1 jam jugak la....Sanpai di Victoria Station, kami turun dan cari Ivy House ( guesthouse). Rupa2nya dekat beebnor Ivy House ni dgn Victoria Station. Kami check-in pukul 3 pagi. Even bilik dia sempit, jadikla untuk tido ngan mandi. sebab aku confirm yang kitaorg akan lebih diluar dr di dalam. Masuk bilik..terus kedebommmm..zzzzzzz ( penat seh....). tapi kitaorg tido 3 jam je...sbb kul 6, dia dah terang benderang mcm pukul 8 pagi. Aku terus mandi. Hahahahaa....ada kejadian tragis. Heater bilik kitaorg lambat nak panas, so aku xde pilihan kena mandi jugak air sejuk. Masyaallah......sejukkkk bangettt.....umpama korang mandi dengan air yg ditaruk ais. lepas tuh aku pengsan kejap sebab terlampau sejuk. Dekat 1/2 jam jugakla hasben aku ckp aku tak gerak2. Oppss....bukan pengsan betul2, maksud aku, sebab badan aku terkejut kena air batu, aku lemah dan terus tertido. Hasben balut dan selimut badan aku tebal2. agaknya bila badan aku dah panas, tu yg aku tersedar sendiri. Lepas tuh kitaorg breakfast. lepas breakfast kitaorg keluarkan note2 yg aku dh prepare, mana tempat nak pegi dan wishlist kitaorg. Ghupe2nya, Ivy House nih strategik jugak la...sebab kitaorg jlan kaki sajer ke Buckingham Palace, melewati St. James Park, Trafalgar Square ( nasib kureeng baek..sbb TS tgh renovate), kemudian menyusuri pula jalan ke Big Ben, jalan ke depan sedikit, jumpa London Eye then jalan depan sikit lagi jumpa pulak dengan Tower of london. Haaa.....baguskan...boleh jumpa semua tempat sekaligus.


National Gallery
yg dalam citer ....alamak...citer Treasures of ..apa ntah, yg Nicholas Cage acting


London Eye cubicle


view from london eye

Dekat St James Park ni, aku ada satu penyakit. Penyakit nak bergambar dengan pokok2 and bunga2 dia.....so cantik tau. Tgk kt bawah nih. Cantek kan...tiap2 hari aku akan ajak hasben lepak di sini. Kitaorg akan beli coffee and simpan dlm flask. Then bwk roti and fruits makan kt park nih. (huh..kalau kt mesia, takde nak wat perangai cam nikan). Kt park nih mmg ada banyak kiosk yg jual2 food, but kita boleh beli and makan coffee ngan buah2 je la gamaknya.




Sebab dia Autumn season, so changing guard dia berjalan alternate days. The guards jugak akan pakai uniform mcm diatas due to the cold weather. Kalau musim panas, guards dia akan pakai uniform warna merah ( yg sellau kita tgk tuh). Best jugak. Kena datang awal untuk dpt spot yg best. kalau tak....hangpa tgk pala org je la....



Selain dari 'KAKI', Tube undergorund merupakan teman pengangkutan setia kami di sana. sennag nak bergerak. Cumaa kena ingat Line2 yg patut dinaiki. Orang2 juga amat helpful. Okaylah...takde la sesat.

bersambung..........

Thursday, September 2, 2010

Kota Kinabalu




nampak separuh je mount kinabalu. mlm tuh hujan, pasl tuh esok x nampak puncak. penat tunggu dr kul 6.30 pagi sampai 9 pagi.


Sambung cerita psl KK, last entry aku citer psl Kundasang. Cantik kan.....kalau ada peluang, aku nak ke Mabul atau Sipadan pulak.....



korang nampak tak apa yang aku nampak ??? ni carson waterfall kt gunung kinabalu. mula2 aku x pasan. lps snap gambar, br terasa serammm....bila patah balik trail tuh , aku jalan cepat2. nasib tak tergolek.



ini la ketam yg menjadik santapan di Tanjung Aru...isinya manis bah......harganya pun manis bah...kekekeke

Wednesday, September 1, 2010

Hehehehee...dapat award...





Huhuhu dapat Award/Tag hehehehe... Award ni dapat dari Naqies my Geng Kopitiam, huhu banyak soklan nak kena jawab ni...

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
Nak berbuka apa petang nanti( ni masa jawab tghari td)
*
*

2. Apakah nama samaran anda?
hurmm......ayang(tuk Mr. Hubby), along, intan, mak long, azie, monik
*
*

3. siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Mr. Hubby
Family
My frends
*
*

4. Panggilan untuk si dia?
Abang / Yang (sila abaikan sajer jika tiba2 anda rasa nak muntah hehehe)
*
*

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
apa yg diberi..semua dianggap istimewa, walau di beri hanger baju sekalipun..
*
*

6. Blog mana yang anda selalu lawat?

Blog yang ada kat kotak jerit
*
*

7. TAG kan kepada 15 blogger?
ramai giler....saya tag 5 jer la dulu

http://segalaceritera.com/atik/ - aretikz
http://www.antubaek.blogspot.com/ - antubaek
http://badardestiny.blogspot.com/ - kak badar
http://duniadayat.com/
http://www.ayeemayam.com/

(p/s : saya belu reti nak pes link lagi...huhuhuhu)



Alhamdulliah semua dapat jawap ngan jayanye, Qies, harap2 kome berpuas hati le dengan hasil kerja teman ni.... hehehe

Entry baru akan menyusul....

Hem....2-3 hari ni, tak sempat nak buat entry baru.....insyaallah....akan masuk entry baru tak lama lagi....