Saturday, September 4, 2010

Cozy Mozy Camden Town

Hari ini aku dan hasben ke Camden Town. Outskirt from London. Camden Town nih terkenal dengan flea market. Di London, ada beberapa flea market yg terkenal antaranya Portobello Market ( yg mcm dlm cerita Notting Hiill - Julia Roberts & Hugh Grant), Camden dan ada satu lagi tp aku tak ingat nama dia dan tak sempat nak pergi pun. Lepas breakfast, pagi2 lagi, kami dah bergerak nak ke Camden. Amik tube dr Victoria ke Camden Town Station. Flea Market bukak dalam pukul 10 pagi. Agaknya kami yg terlalu awal, keadaan masih lagi lengang. Yang ada penjual2 yg sibuk menyusun barang2.



Tapi aku suka suasana Camden ni, yang agak kedesaan. Tenang je. Tapi dlm pukul 11.30 pagi gitu, mulalah tempat tuh crowded giler. Orang berpusu2 datang sbb flea market nih ada pada hari Ahad sajer. Di Camden, flea marketnya terbahagi kepada 3 bahagian. 2 bahagian di luar, dipesisir jalan, dan 1 lagi didalam bangunan. yang dalam bangunan, specifically jual brg2 hiasan wanita, gelang2, rantai2 and househlod yang comel2.



Cantik kan??



Dekat Camden ni la terletaknya London Zoo. Tapi tak pergi pun....pastu kami jumpa outlet2 designer labels jugak mcm GAP, Guess...errr...itu je yang ingat. Kat sini, nak carik restoran halal agak payah. nasib baik kami jumpa satu kiosk halal, owned by Pakistani. Aku makan waffle dgn strawberry = 2 pound. Yummyyyy!!! sedappp sangat. (ke...pasal aku dh lapar, semua rasa sedap). kemudian ada juga satu kedai yang jual sweater and baju2 owned by Muslim. Diorg sikit punya happy tgk aku ngan hasben masuk kedai. yelah..obvious kan..aku pakai tudung. so dah2 tentu diaorg tau muslim. Sesi suai kenal sikit2. depa tanya kami mai dari mana, kami tanya depa mai mana...gitule lebih kurang. Then kitaorg dapat diskaun 30% heheheheheh....rezeki2.


Nampak tak org ramai kt underground station.




Diawal pagi. takde org lagi. Kami jalan2 senang hati



deretan kedai. ada banyaakkkk kedai. ada kedai jual kasut, topi, tatoo and macam2 lagi


Selain dari flea market ( yg mcm Petaling Street tuh) ada banyak deretan kedai2 yang menjual pelbagai accesorries. Kalau perasan, Camden Town nih pernah dpt masuk dlm rancangan Samantha Brown-Pasport to Europe.

Satu hari suntuk kitaorg kt sana. sakit kaki pun ye. tapi aku hepi sebab aku dpt beli souvenier tu adik beradik aku yang ramai tuhh.....aku borong T-shirt yng tulis 'London' - 14 helai,, dpt 2 free....suker2 lonjak2 gembira, fridge magnet, wall deco, picture frames

4 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

memang ade plan nak gi camden market tapi x sempat nak gi mase kat london aritu..sbb jadual pack gile..:(

cik tomyam said...

teringin nye nak pergi camden town. nak shoping sakan kat sane :)

Feeyona said...

satu lagi petticoat lane

aziahmk said...

haaa....petticoat lane....

walau apapun, me mmg suka flea2 markt nih...syiokk tgk benda2 pelik kdg2