Saturday, May 7, 2011

Secret Island-Namiseun



Hehehehehe.....takde la secret pun sebenarnya.....Nami island yg jauhnya lebih kurang 45 minit by train dr Seoul, mmg cantik. Sangat cantik apabila musim bunga menginjak masuk.....amat indah ciptaan Tuhan. Dr seoul, ada pelbagai cara utk ke Nami island ni. Boleh naik bas dr Gangnam Bas Station, boleh naik train, boleh naik kereta ataupun boleh amik pakej ke Nami yg disediakan oleh hotel2 tempatan. Bagi aku, aku memilih utk naik train. Hemmm......agak hectic jugak sebab kena tukar line2 train 2-3 kali jugak. Macam aku, perjalanan mula dr stesen Myeong dong, tukar beberapa kali line ke Sangbong, dr Sangbong ke Gapyeong Station. Oh Ya, ada kemungkinan yg anda akan berdiri sepanjang perjalanan ye sebab mmg terlalu ramai org yg nak ke Nami Island.



Sampai di Gapyeong Station, kami terus keluar utk menaiki bas ke Jetty. Tapi, aku terkejut gak, sbb bila keluar2 je dr station satu bas pun aku tak nampak. Lengang. Mr Hasben ckp agaknya amik bas tempat lain kot? Ada la dekat 10 mint jugak kitaorg blur depan station tuh. Masa tanya kt Information, dia kata bas kena jalan kaki ke tmpt lain. So kitaorg mcm dh x larat nak jalan, kitaorg pun tengok semua org amik taxi, kitaorg pun amik je taxi. Lagi senang dan cepat. harga pun murah jugak. Kalau naik bas, nak ke jetty sorang dlm 1000 won, so kami berdua dlm 2000 won (RM 6 ) tetapi naik teksi hari tuh kami kena dlm 4000 won (rm12), tak jauh beza sgt bagi aku la...sbb kita boleh duduk relax dlm teksi smpi ke jetty sambil nikmati pemandangan. kita tak tau mungkin tak dpt tempat duduk dlm bas kan....so, bagi aku, naik teksi amat effisien sekali.

sepanjang perjalnaan dr station nak ke jetty, mati kami disajikan dengan pemaandangan yg amat indah. kiri kanan pkok cherry blossom berkembang. cuaca juga nyaman sekali. Sampai di jetty, kami terus membeli tiket. Setiap seorang dikenakan bayaran 8000 won (RM24) utk tiket ferry dan masuk ke Nami island. Hanya perlu bayar sekali sahaja. Murah bukan??? Di jetty juga, nak beli tiket kena tunjuk pasport ye. Nami island di anggap sebuah wilayah yg lain. Pada aku, agak kelakar sbb di nami itu tidak ada bangunan2 pentadbiran atau apa2 jua aktiviti kenegaraan. Namun itulah uniknya Nami.


ferry utk ke Nami Island


jetty

yeay!!!! dah sampai nami.......aku ingat Nami ni besar. ghupa2nya kecik je.....naik basikal 1-2 jam dah cover seluruh Nami.

Dan inilah tempat yg paling famous di Nami utk bergambar. Masa ni musim baru nak masuk spring, jadik pokok2 pine ni togel je. Kalau dtg musim panas...pokok2 ini indah menghijau. Tetapi nami tetap indah dengan cherry blossom. Lihatlah keajaiban pulau ini. Penuh dgn bunga2.





Haaa......kalau nak tahu (ramai yg dah tau sebenarnya) nami Island ni la tempat pengambaran drama korea Winter Sonata yg femes tuh....banyak poster2 gambaar filem ini dioabadikan dipulau ini. Dan patung ini salah satu arca. Kita semua tahu yg Korea mempunayai 4 musim. Dan Nami island ini berubah rupa setiap 4 musim. Amat menakjubkan!




Bagi yang beragama Islam, jangan risau psl makanan halal di Nami. Walau tidak banyak pilihan, tapi bolehlah nak buat alas perut. Mcm dlm gambar dia ni, set ni di panggil nasi goncang. Tetapi AWAS! jangan goncang seperti kebiasaan sbb anda mungkin tidak lalu nak makan. di dalam satu bekas, di letak nasik putih, telur goreng dan kimchi. Kebiasaanya, org korea akan mengoncang dan nasik itu akan bercampur dgn telur dan kimchi. Macam aku, aku mmg tak boleh nak telan nasik cam tuh, aku biarkan je. kemudian aku order fried kimchi atau kimchi goreng. ala2 telur dadar la.....sedap! Dan order fresh oren, jadikla utk lunch kami hari tuh. utk 2 set nasik, 1 fried kimchi dan 2 fresh oren, bayaran lebih kurang dlm 20,000 won (RM60). Mahal??? apa nak buat....takde pilihan. Kedai Halal ni terletak dekat dgn tempat sewa basikal ye. ada lambang masjid dan tanda halal.



Nami meninggalkan seribu kenangan buat aku. kerana di nami juga, aku berbasikal dengan Mr hasben. Satu Jam berbasikal berdua merupakan momen yg paling berharga dan indah dlm hidup aku. Ku tinggalkan Nami dengan seribu kenangan, seribu cinta dan seribu rasa.

No comments: