Alhamdulilah...syukur kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi pada tahun ni. Pada 6 Jun bermula la umat Islam di Malaysia berpuasa. Mula la kita semua sibuk memikirkan juadah berbuka, mula la kita bersahur yg mana hanya setahun sekali je kita buat, mula la kita berterawih...dan semuanya bermula la....betapa nikmatnya bulan Ramadhan ni.
Sebelum Ramadhan menjelang, bebrapa episod sedih terjadi dimana, makcik En. Hasben meninggal dunia 4 hari sebelum Ramadhan, Bergegas kami balik Alor Star. Sebelum itu, pak mentua adik aku plak kena stroke. Hingga kini masih di hospital tapi alhamdulilah ada perkembangan positif. Pada masa yg sama, pak ngah aku dimasukkan ke hospital jugak kerana mild stroke. The worst part,dia kena stroke masa tgh dialisis. Masih lg di hospital....Aku berdoa moga rahmat di bulan ramadhan yg penuh barakah ini memberikan aura positif buat mereka2.
Dan puasa kali ni, agak meletihkan aku, sbb kebetulan puasa bermula serentak dgn semester baru bermla, ditambah pula dgn time table yg x berapa nak best bila banyak kelas2 ko habis pukul 5-6. memang sengal la nak mengadap jem kt MRR2. Minggu lps hari apa ntah, aku sangkut dlm jem 2 jam sbb apa tak tau.Tp dr info ITIS kata, sesak hingga Bandar Tasik Selatan...adoihaiii....
Ok la..selamat berpuasa semua... moga kita sama2 dpt membuat amalan yg terbaik pada tahun ini. In sha Allah...
No comments:
Post a Comment