Wednesday, April 13, 2016

Perth - Day 3 - Freemantle

Hari ke tiga..hari yg ditunggu2...shopping day!!!! 1-4 April sale satu Perth..hahahahaha....dari hari kedua sampai la hari balik...keje aku asik la ulang alik Watertown.

Tapi pagi ni..kitaorg dah bersiap sedia nak ke Freemantle atau Freo. Freemantle ni merupakan satu pelabuhan. Freemantle lebih kurang 20 minit drive dari town. Boleh gak naik keretapi dari Perth station. 1/2 jam dah sampai.....

Pagi pkl 8.30 dah gerak ke Freemantle utk target E-shed market. E-shed bukak Jumaat-Ahad je. So, bagi korang yg sewa keta, korang boleh parking kt E-shed. Satu hari 7 dollar. Tapi aku cuma letak 3 jam je sbb nak ke Kailis pulak untuk lunch. Parking kt Freemantle ni kena pakai coins. Jdk korang bila beli2 kt town tu, beli air ke apa ke...dpt coins, simpan. sgt berguna utk parking. Pki credit card pun boleh  cuma aku x try credit card. Aku rasa senang lg pki coins. Bab parking kt Perth ni kena sentiasa berjaga2 sbb kang kena saman....x memasal je...

 
 
Dlm E-shed tu yg happening ialah kedai Megabes dan Aussin. Diorg ni sebelah2 je. Bila korang sampai dekat Megabes ni, korang tiba2 akan dpt kuasa 9 boboboi sbb dengan sendirinya berbakul2 brg yg korang akan beli hahahaahahha....

Seperti yg diketahui umum, kedai Megabes ni tokeynya Cina Singapore iaitu Uncle Simon dan anaknya Wen. Sangat helpful. Dan ada brg kt kedai dia ni yg berasaskan kulit B*B*. Jadik Uncle Simon akan bgtau siap2 pd yg Muslim. Tapi soping kedai ni mmg la sgt best. Mak dgn adik2 aku..termasuk la aku...hilang akal jap bila tgk brg subinier yg cumels dan mampu milik. Percayalah...bila aku ckp mampu milik..mmg mampu hingga 2 bakul seorang okay....korang kena tgk dua2 kedai sbb design dua2 kedai ni lain2..tp rega sama je. Lain2 kedai dalam E-shed ni xde apa sgt.Aku rasa lps E-shed korang boleh pi Freemantle market plak. Jerry kata lg happening kt situ. Tapi psl memikirkan kt Megabes je dah habis dkt 500aud...combine aku ber4punya brg....tak sedar dlm megabes je duk 2 jam. 
yg blkg ada rambut tu la uncle simon, tokey megabes. Megabes di E-shed hanya bukak Jumaat-Ahad, Hari lain kena pi warehouse megabes kt Malaga.

  
 ni dlm megabes

  
ni dlm aussin

kalo penat dan haus..ada cafe kt dlm e shed tu. boleh beli jus and duduk kt luar bwah payung ni

tmpat parking kt e shed
  
brg rampasan hari pertama di megabes....akan bersambung wehhh

lps dh penoh bonet keta, kitaorg gerak nk pi makan seefud kt Kailis. ada 2 pilihan samada kailis atau cicerello. Aku pilih kailis. Bila dah sampai pilih tmpt duduk luar bwh payung ala2 mkn tepi laut kat florida gitewww... aku pilih seefud platter dgn seefud chowder. Sila jgn convert. Kalo convert, nanti tak tertelan. Tapi memandangkan aku dah byk save sbb masak kt apt,so apa salahnya kali ni aku banjer diorg makan plak kan. Tempat dah happening..takkan tak nak merasa....

 
 aku amik yg seefud platter 64 dollar. Sila jgn convert. Makan je sbb sedapppppp

Sambil tunggu makanan korang siap. Dalm 15-20 min. Bila korang order, korang akan diberi satu buzzer.Bila makanan korang dah siap, buzzer akan bebrunyi dan korang boleh pick up kt kaunter. Kat sini takde sos cili ke apa...tapi seefud platter aku ni makan gitu dgn lemon dan mayo pun sodapppp....

Korang jgn lupa posing amik gambar sampai lebam. Kitaorg smapai panjat atas batu2 depan laut freemantle tu. Jakun kan....xde jakun de....mat saleh pun panjat dikkk non....



 haaa....nampak....ramai je mat saleh panjat....hahahahahaha

No comments: