Cuti krismas yg lepas, aku sure ramai yg amik kesempatan pegi berjalan dan bercuti. Kali ni nasib aku baik sbb dah penghujung semester. Kelas dah habishhh...yaehuuuu....jadiknya...rabu 23hb tu aku dah gedik2 nak pi bercuti. Kali ni trip dengan mak men dan ipar2 aku. Kami ke Hatyai travel dgn kereta. Satu starex muat utk 11 org...Sangat best sbb kitaorg sama2 naik..sama2 turun....
Rabu 23.12.2015
Kami memulakan perjalanan lepas Asar. Hati berbunga riang sbb nak jalan. Tapi kami akan singgah bermalam di Penang dulu. Nak amik penumpang lg 2 org..kekekekekek.....Perjalanan sgt lancar. Mungkin org belum mula cuti..jadik mmg tak jem dan kami sampai penang dlm pkl 11mlm gitu. Apalagi..kebabom...rehatkan badan utk start jenjalan esok pagi.
Khamis 24.12.2015
Cuti Maulud Nabi. Seawal jam 8pagi kitaorg dh kluar umah. pegi sarapan then mulakan perjalanan ke Bukit kayu hitam. Kami plan nak masuk iku bkt kayu hitam. Tetapi.....dah nama rombongan cik kiah kan....harus la banyak menyinggah....kami berenti kt changlun untuk buat insurans keta, tukar duit bhat (tambah2 ) rate skrg 1000 bath = RM122 (nangesssss...) dan yg paling utama....berenti kencing...huhuhuhuhhu.
Lepas tu kami pun mula gerak ke Bkt Kayu Hitam...tapiiiiii.....tiba2 jem yg x tau pasal apa. Aku bajet, sbb cuti, and org mesia pakat ramai2 masuk siam....lepas lebih kurang 1 jam kitaorg sangkut, undian ahli starex untuk masuk ikut Padang Besar. So kami mula bergerak ke Padang Besar. Masa tu dh tghari..perot pun mula lapaq....so, kak ipar aku yg rajin baca instagram,nak try nasik ganja kt Kangaq. Kami pun pusing carik and jumpa..tapi kedai dia jenis yg tapau je...bila kitaorg dtg ramai2 dalam 11 org..pitam tuan kedai nak sediakan kerusi. Penyudahnya kitaorg tapau dan makan kt surau dekat2 situ. Hahahaah.....moral of the story..kasi baca habis2 kt instagram samaada kedai tu tapau sajork atau boleh lepak makan ye. Ok balik bab nasi ganja ni...tak tau la kot nasib kitaorg kurang baik hari tu. Nasi kitaorg rasa asap daaa..... lekat kt tekak oiii rasa asap tu...bila sendawa pun rasa asap weh....pitam2....ok tinggalkan bab nasik asap. Tetap rezeki....
Pas makan...start ke padang besar. Line clear....tak jem pun. Line beratur pun tak le panjang. Ok kt sini satu tips. Border Bkt Kayu Hitam sesak sbb kt situ semua lori kontena bas kereta beratur nk masuk border. Paham2 je la...tahap sesak dia camner. Better masuk ikut Padg Besar sbb ktPadg Besar suma keta je. Bas lori semua xde. Ok..dah lepas border...jarak pdg besar-hatyai dlm 50km.
Masa ni...badan pun dah mula letih. Cuaca pun panas gak....dah hampir2 nk sampai hotel tu, berenti kt stesen minyak. Singgah Cafe Amazon yg cantik untuk beli green tea and air2 lain buat penyejuk badan.
muka2 yg hepi
aku, en hasben & mak men
ini budak dlm pantang sunat. dah bentan pun..tapi hati mau holidayyy....tu sebab pakai pelikat pants. kasik angin masuk daaaaa........
Kitaorg stay kt The Hi Season Hotel. Outskirt sikit sbb paham2 je la cuti2 ni..semua hotel yg kt center mcm lee garden, asean semua ponohhhhhh. Tapi, Hi season ni not bad tau...highly recommended. Bilik bersih, bilik air pun bersih, parking pun senang. Yg plg best, ekon bilik dia cepatsejuk weh...x yah risau ko balik panas2 tu takut bilik x sejuk. Sekejapan je dah sejukkkk.....
ok. Dah check in, mandi solat rehat2. Then kitorg pi dinner. Tak yah risau kedai halal atau muslim...bersepah2 kt hatyai ni. Kena pandai carik murah mahal je...Lepas makan...acara yg ditunggu2.....soping!!!! Kitaorg nak terjah Asean Market. Apa ada kt Asean Market?? huiiiii macam2 ada....nanti aku sambung next entry ya.....
No comments:
Post a Comment