Insya Allah esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa dan malam ini sudah bermula solat Tarawih yg menandakan bermulanya 1 Ramadhan.
Untuk pertama sekali..aku ingin mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Masih aku ingat di malam2 terakhir tarawih...imam menangis dan sebak di kala berdoa, memohon agar diberi kesempatan untuk kita semua bertemu dgn Ramadhan yg akan datang.
2 mggu sebelum ini, sempat la aku adikberadik bersihkan kubur arwah ayah, tanam pokok baru, cabut rumput2 yg tumbuh meliar. Biar elok dipandang. Tak boleh nk tunggu berharap kepada penjaga kawasan kubur sbb kawasan tu luas. Kita sebagai waris kena la buat apa yg patut.
Semalam aku dah siap penuhkan peti ais dengan bahan2 untuk bersahur. Telur, ikan bilis, suhun antara bahan yg wajib ada..hehehehe...
Ok la...selamat berpuasa ye semua. Semoga ibadah kita di Ramadhan kali ini bertambah baik dr yg lepas2...insya allah....peringatan buat aku jugak ni..heheheh
No comments:
Post a Comment