Sunday, February 13, 2011

Kawen Tanpa Restu...edisi sedeh..

Aku baru dpt call dr seorang teman, Is. Dia tanya aku apa dh jdk dengan kawan kitaorg Sue(bukan nama sebanr). Aku tanya kenapa? Is bgtau aku, Sue suruh jemput dia and nak tumpang umah Is. Buat pengetahuna korang Sue br beranak sblm Raya Cina ritu. Aku pun mcm dh pening...apa lg la..jdk kt Sue. Kita ikuti rentetan kisah Sue....


Sue berkahwen tanpa restu keluarga lebih kiurang setahun yg lalu. Kelaurga sue menentang keras kerana lelaki itu tidak berkerja. Sue seorang graduan dr universiti tempatan dan mempunyai kerja yg beroleh pendaptan yg agak lumayan. Tetapi Sue tetap nak berkahwin dengan lelaki ini. Aku pernah jugak nasihatkan dia...tp hemppphhh....apabila cinta sudah beraja di mata...tiada kata yg dpt menandinginya....Sue bgtau aku lelaki itu cintakan dia sepenuh hati. Tp bg aku, kalo dia cintakan sue sepenuh hati, kenapa tidak mau bekerja. dan yg paling aku tak boleh terima, lelaki tu suruh Sue buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak 15k utk berkahwin.

Hello???? mana T*l*r awak ha???? nak kawen suh pompuan sediakan duit.....dr situ aku dh dpt agak lelaki jenis apa dia nih...kitaorg tk berenti nasihatkan sue supaya pikir habis2 tapi Sue tetap dengan keputusannya. Oh ya, satu part lg, disebabkan Sue mahu berkahwin jugak2 dgn lelaki ini, Sue sanggup tgglkan keluarganya.

Akhirnya, berkahwin la diorg ni.....(yg aku percaya pakai duit Sue sepenuhnya). Hanya majlis nikah yg dibuat pada hari bekerja. Hari rabu malam kalo x silap. Mungkin dia tak mau kitaorg dtg agaknya...xpe la....kitaorg doakan kebahagian ko Sue.

Selang beberapa bulan, aku dpt khabar berita Sue dah mengandung. Alhamdulilah....kiatorg semua tumpang bahagia. Senyap la kisah Sue ni.

Namun, perkhabaran yg aku terima pd ketika usia kandungan nya 6 bulan (kalo x silap aku la) betul2 buat aku terkejut. Orang opis Sue bgtau, Sue dtg opis dengan muka lebam2 dan bengkak2. Dioarng tanya kenapa ? Tp sue hanya diamkan diri. Aku rasa mcm nak tumbuk je jantan tuh ( kalo dh pukul pompuan, bg aku bukan lelaki ye...). Bini tgh pregnant bwk zuriat awak...sedap2 nak pukul. Tapi aku dn kengkawan yg lain, amik sikap angkat tangan. Sebab kalo Sue tak nak tolong diri sendiri, kitaorg pun tak leh tolong dia.

Sehinggalah....pkl 10.30 pagi td, kawan aku Is tippon bgtau nak pi amik Sue dgn babynya. Sue dlm pantang, Aku pesan kt Is suh pujuk Sue blk umah mak dia...tak tau la berjaya ke tak....Is pun sikit punya risau..sbb dia tggl bujang....camner nak jaga org pantang dgn baby.....

Aku? Aku hanya mampu doakan yg terbaik je buat Sue.

Jantan tuh?? jantan tuh boleh GO TO HELL!!!!!

3 comments:

Mimie.Candy Cane said...

hebat jugak pengaruh cinta ni yer..mmg jantan tak guna tu..naluri orang tu ni biasanya betol..mcm ni la jadinya.tp takleh nak salahkan sue 100% jugak.hmm..

Me & Pink Momo said...

betul tu kak..laki camnie..kalu tak berlaki pon takpe..buat ROSAK badan jerr...gggrrrr

Chibi Maruko said...

lelaki jenis camni patut dilanggar sampai mati... harapkan bertelur aje tapi hampeh, maafkan ayat me yg beremosi ni.. kalau adik me dalam situasi camni, me paksa dia tuntut cerai.