Sejak dari 2 November 2001 aku tidak pernah lagi berpeluang untuk mengatakan Selamat Hari Bapa kepadanya. Dan sejak itu juga, tidak ada lagi insan yg bergelar lAyah di dalam keluargaku. Tinggal lah mama dan 9 anak perempuannya.
Didalam hidup kita akan wujudnya seorang ayah. Setiap insan punya seorang ayah. Kehilangan ayah membuatkan aku, kami hilang arah buat seketika. Ayah pergi secara tiba2. Tak sempat aku nak membalas jasanya. Tahun 1999, aku tamat belajar. Segulung Ijazah membuatkan ayah tersenyum riang memberitahu kawan2nya yang dia akan menghadiri konvokesyen anaknya. Ahh...betapa manisnya saat itu. Tidak ada benda yg boleh di ukur, dibayar, diganti untuk kegembiraan ibu bapa kita.
Masa kecil hinggalah menginjak usiaku remaja (sekolah menengah), aku dan adik2 tidak berapa rapat dgn ayah. Malah lebih tepat TAKUT akan ayah. Ayah terlalu garang. Semua perkara, aku tanya pada mama. Hingga tiba aku melanjutkan pelajaran ke universiti. Pertama kali aku melihat ayah amat berat untuk melepaskan aku hidup seorang. Aku tidak pernah hidup sendiri. Sejak itu aku mula rapat dan rasa dekat dengan ayah. Ayah juga....setiap kali ada masa terluang, muncul la dia, mama dan adik2 dtg ke uni dan kami menghabiskan masa hujung minggu.
Namun, aku hanya sempat memberi ayah merasa akan duit gaji ku hanya utk tempoh 2 tahun. Seingat ku, hadiah terakhir yg kami berikan pada harijadi ayah ialah seutas jam tangan. Aku..aku...tak tahu nak zahirkan perasaan ayah...perasaan gembiranya ayah. Ayah bising kerana kami membelikan hadiah yg mahal untuknya. Kami mengatakan apa lah sangat nilai jam tangan itu kalau nak dibandingkan dengan kepayahan ayah membesarkan dan menyekolah kan kami. Sejak itu, jam tangan hadiah kami tidak pernah terlucut dari tangan ayah.
Dan...percutian terakhir kami ialah ketika ayah sudah mula sakit. Kami mengambil cuti dan berpakat adik beradik untuk bercuti ke Port Dickson. Petang Jumaat kami semua bertolak. Ketika itulah ku rasakan saat2 yg tidak ternilai dan tak akan kami dpt lagi. Kalaulah kami tahu itu percutian terakhir kami dgn ayah, pasti kami sanggup mengambil cuti lebih lama.
Tapi itu lah takdir namanya. Qada & Qadar yg harus kita terima. Ayah pergi lima hari sebelum dia sepatutnya berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Ayah tiba2 jatuh dan tidak sedar kan diri. Hingga di bawa ke hospital, ayah terus koma. Hinggalah tengahari esoknya, ayah tiba2 sedar dan boleh bercakap. Kiranya itu dengan kuasa kebesaran Allah swt, yg memberikan ayah peluang untuk berjumpa dengan ibunya, isterinya, anak2 nya, saudara mara dan sahabat handai. Dan mlm itu, tekanan darah ayah mula menurun dan akhirnya ayah pergi jua.....
Ayah pergi jua......Pergi yang abadi.
Tidak ada lagi insan yg boleh saya panggil ayah. Tidak ader insan yg sentiasa menyebelahi anak2nya dlm apa jua perkara. Tidak ader lagi insan yg sanggup bersusah payah untuk kebaikan anak2nya.
Bagi anda di luar sana, yang masih mempunyai insan yang bergelar AYAH. Jangan lah lupa untuk meluangkan masa dan kasih sayang anda pada mereka. Jika anda tidak berbuat demikian, percayalah...anda akan merasa terkilan yg amat sangat. Dan berbaktilah sebanyak mungkin pada insan yg telah banyak berjasa dlm hidup kita.
Buat Ayah, Mohd Khalid bin Abu Bakar, along doakan agar ayah tenang bersemadi di daerah sana....moga roh ayah dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan para mukmin dan mukminin.

Al-fatihah.......

7 comments:
semoga doa anak-anak sentiasa mengiringi ayah tersayang..
al-fatihah untuk ayah kak azie :)
terima kasih asada....
rasa sebak :(
akak, sy yakin arwah gembira sbb ada anak2 yg mngambil berat ttg dirinya sms hayatnya..kak monik dh jlnkan tgjwb seorg anak..insya allah, suatu hari nti kita smua akan kembali kepada-Nya, cuma kita tak tahu bila masa kita dijemput..
apapun, sy mtk maaf andai pernah buat salah atau terkasar dgn akak..huhu..sedih pulak tiba2 ni..
insya allah..doakan yg terbaik utk kita semua..amin
al-fatihah
smoga akak sentiasa tabah dgn pemergian ayah akak. moga2 juga ayah akak di tempat di kalangan org yg beriman di sisi Allah swt. Amin
terima kasih azam baizen :)
I am sorry for your loss kak monik.. al-fatihah...
thanks fatt & rara....
Post a Comment