Friday, April 29, 2011

Para-Para Sakura


cherry blossom di Namsan Tower

22hb April 2011, aku berlepas ke Seoul, Korea dgn Mr Hasben utk holiday. Kadang2 penat bekerja, sesekali kita kena reward diri kita dgn sumthing yg memorable. Pada ketika ini Musim Bunga di Seoul. Dimana2 sahaja bunga cherry blossom kembang- di korea di panggil cherry blossom, sedangkan di jepun di panggil sakura....


cuaca sanagt indah dan sejuk....tetapi sesekali bila angin bertiup..aduhmakkk..mengeletar terus. Jalan2 di Seoul amat bebas. Mereka tidak suka mencampuri urusan org dan tidak suka memerhatikan orang..apatah lagi Muslimah sepertiku yg bertudung. Kita jadk bebas utk berjalan, bercakap dan membeli belah. Satu yang aku pelajari dr masyarakat Korea, mereka ini amat kreatif and rajin membantu. Trip aku tidak menggunakan khidmat mana2 travel agent. Hanya berpandukan pada info2 yg dpt dr internet, pengalaman2 kawan2 yg pernah pergi sebelumnya dan juga bantuan info dr kawan aku yg studi kt sana. Sebelum2 ni, banyak aku dengar kata melancong ke Korea agak payah berikutan bahasa yg digunakan. Aku setuju tentang bahsa tetapi ia TIDAK susah. Hanya perlu bertanya pd mereka yg muda2 kerana kebanyakkan mereka tahu berbahasa inggeris sedikit2.Jangan la tanya pd makcik2 (ahjumma) dan pakcik2 (ahjussi), konpem mereka x paham dan konpem korang takkan paham.

Hari pertama aku smpi di Seoul pkl 9.25 mlm waktu sana. Lepas pada imigresen dan amik beg, kitaorg naik bas 6015 ke Seoul. Bas 6015 berhenti Sejong Hotel. Dari Sejong Hotel, aku jalan kaki ke Namsan2 Guest House. Namsan ni ada 2 buah. Kalo Namsan 1, letaknya di bukit yg tinggi sikit, Namsan 2, kt bawah. Tak berapa tggi nak panjat. Lps check-in, letak beg, pastu kami jalan kaki ke Myeong dong Subway Station , nak biasakan dgn mesin beli tiket subway, dan cara2 nak baca line2 subway.




hari pertama, aku ke yeoido park..sbb dikabarkan..kt sana banyk pokok cherry blossom. lps tuh yg buat aku excited, sbb stesen tv terkenal korea KBS yg banyak kuarkan citer2 korea dekat dgn yoeido park tuh....jalan kaki je......hehehhe....aku kunun2 dgn harapan dpt la jumpa oppa2 hensem kt sana...tp hampehhh sbb hari mggu daa......



lps yoeido park ngan kbs, aku jalan lagi ke seoul world cup stadium. kat sini lagi best pokok cherry blossom....gebussss

camner la eskalator ni bila hujan....mau berkarat kalo x servis kan???



jalan ke depan skit mcm ada satu terusan...tapi ya ampunnn....aku mmg x tau apa nama tempat sbb tulis dlm hangul (bahasa korea). tapi apa2 pun...semua tempat di korea ni bg aku cantik....ni baru sikit...nanti aku jamu korang lagi ye..dgn gambar munger2....

dekat dengan world cup stadium ni, adalah digital media city (DMC). saper2 yang suker gajet2 telepon, komputer, kamera...haaa.....kat sini le tempatnya....punya banyak outlet mcm2 brand buat sale. kalo henfon2 ni, sale lambak2 je....walau murah...tapi apakan daya....tak buleh pakai di mesia sebb bahasa.....isk..isk..iskk

lepas settle kt world cup stadium, aku jalan lagi...mmg kena banyak jalan kt korea ni....nak tercabut kaki dibuatnya....dh le nak kena panjat tangga tinggi2 kt subwaynya. adoihaii....okay2, lepas tu aku pegi tempat peberet aku...Namdaemun Market.....aku kalo pi obersee..aku mmg suka flea market ngan nite market.


mmg best namdaemun ni..lebih2 lagi aku boleh beli brooch kt sini...tapi awas ye...jgn beli brooch di jewellry park di tepi2 jalan tuh....sangat mahall....kena masuk dlm bangunan warna putih dlm gambar di bawah sbb kt dlm tuh kt tgkt 3 (kalo x silap le) boleh dpt brooch yg murah skit dn cantik. huiii...mmg berpinar bijik mata nengok batu2 mengerlip2.....selain dr brooch, boleh dpt t-shirt2 dan subinier2 pada harga berpatutan. lagi satu, suka la aku nak ingatkan...harga diorg ni sebenarnya murah dah...tp bila kita convert ke duit RM, tu yg jdk mahal. Contoh sehelai t-shirt I Love Korea, dia jual 5000 won. Ibaratkan 5000 won tuh adalah Rm5 kita...murah kan? cuma, bila kita convert 5000 won ke RM bersamaan RM15. jadik la mahal....maka, kalo kita mintk kurang atau diskaun, mmg percuma je la kena sembur ngan ahjusi2 dan ahjuma2 tuh...



penat2 jalan membeli belah dan mejamu mata, pada muslimin boleh la pegi ke kedai kebab seperti gambar di bawah. dan anda harus ingat, tolong mintak kebab tanpa sos. sbb sos cili di korea teramat pedassss.....hingga aku ter cherry berry la mlm tuh.....esok2nya bila aku beli, terus mintk kebab with cheese tanpa SOS.


femes brader ni......bersepah2 gambau dia......

Tuesday, April 12, 2011

Struggling daa....

Assalam..semua, dah agak lama aku tidak mengapdet dn membiarkan blog aku ni mula tumbuh dgn tumbuhan liar menjalar2. Hidup aku agak tak teratur lately. Tgh berhempas pulas utk menyettlekan ( hikhikhik..ada ka perkataan ni??) kerja2 sebelum aku bermula di tempat baru bulan lima nanti. Aku harap keputusan utk berhijrah satu keputusan yang betul.

Peluang yang sudah lama aku tunggu, kini sudah ada dalam tangan. Aku harus menggunakan sebaik mungkin. Tapi pasl keputusan aku untk berhijrah ini le yg membuatkan hidup aku kucar kacir, tak tentu arah. Ada sedikit susah bos kt sini utk melepas aku.

Sampai offer letter aku di tempat baru kena hold kerana campur tangan bos kt sini. Aku paham kenapa dia berat nk lepas kan aku, tapi aku kena move on. aku kena grow utk jadik lebih 'better'. Dan untuk 2 minggu ini juga, aku jdk sangat pening sbb tempat baru call 2-3 kali sehari utk konpemkan aku join depa ke tak? yg opis kt sini duk tanya setiap jam duk pujuk agar aku ak jdik pergi.

tapi hari ni, nampak mcm ada sinar baru. bos kt sini mcm dah cool down. aku ngan dia dh boleh bertentang mata. dah boleh cakap elok2 in professional way. Alhamdulillah. Kalau boleh aku nak relationship 'prolong'. dlm bisnes, dunia ni keci. pusing2 kita akan jumpa org2 yg kita kenal jugak. buat apa bermusuh, sedangkan kalo baik2 boleh tolong2 in future.

tapi aku sedih gak nak pegi, nak tgglkan team aku yg selama ini banyak memeberi kejayaan pada aku. team yg ku anggap mcm anak2 aku ( huhuhu anak ke??) yg banyak mendengar kata. aku harap agar mereka lepas ni dpt teruskan prestasi mereka.


Wednesday, March 30, 2011

Aku & Godzila!!!

Aku kadang2 jdk kurang faham bilamana ada manusia2 di muka bumi Allah yg maha kaya ini, yg bila terasa 'in-secure', mencarik jalan keluar dgn menikam manusia lain. Kenapa mesti mcm tu ek ??? tak boleh ke kalo dh rasa diri ada kurang baguss, cuba la perbaiki diri itu. bukan dengan cuba menjatuhkan org lain.

dan, bila mana perkara ini terjadik....aku telah bertukar menjadi godzila yg sangat burukss...kerana tidak dpt menahan marah yg amats sangatsss......beberapa kali cuba berazam utk tidask bertukar menjadi godzila, tetapi apabila smpi di opis, mesti bertukar jugak sekali dua....haishhhhh

puas sudah cuba mengubah akan diri manusia ini, tetapi ibarat makan burger tanpa sos, tiada nikmatnya.....

aku cuma harap...Allah swt beri aku kekuatan dan kesabaran utk menghadapi situasi ini....insyaallah....

Sunday, March 20, 2011

Water Snowing

Snow??? kt KL???? tak percaya???? percayalah....its snowing here...TETAPI snownya hujan...bukan ais....hehehehehe......cool tau hari nih......dr pagi hujan hinggalah ke saat aku mengepos posting ni. Sangat best kalo dapat air kopi panas dan cicah dengan biskut meri....atau....dpt ubi rebus panas2 cicah smabal ikan bilis....huiiii...sedapnya...slurpppp!!

Skrg nih tgh tggu movie valentines kul 9 mlm nanti kt astro. Aku belum tgk lagi citer nih...tp preview dia sgt best sbb ada Julia Roberts.....aku mmg suka amat dgn Julia Roberts sejak dr Pretty Woman, Stepmom, Nottinghill pastu ada la lg 2-3 tajuk aku dh luper nama.

Dlm keadaan hujan yg x berenti ni...aku tgh pikir nak makan apa smbil tgk citer.....

Sunday, March 13, 2011

Bernafas dalam Lumpur

Alhamdulilah....dpt jugak aku rest utk mggu ni..setelah berminggu2 dibebani workload yg menggila tahap gaban. Punya le letih, smpi aku terbongkang2 kt umah depan tv. Dah tak kenal mana katil, mana tilam, ikut dan je tido. Nasib aku kenai encik hasben...ngeh..ngeh..ngeh....( dn yg plaing penting, nasibbb baik, encik hasben tidak mengarok. Sori dear, i akan tebus balik masa yg terbuang mggu ni occay!)

banyak jugak aku ketinggalan sbb dh berminggu x membaca blog kawan2....aku dh mula balik blogwalking mlm td....mana yg add kt fesbuk, dpt la aku tau perkembangan diorg.

hem....mggu ni kisah yg paling tragis, haruslah kisah tsunami kt jepun. aku doakan moga rakyat kita dan umat islam yg ada di sana, dlm keadaan selamat. iktibar utk kita semua, walau bagaimana hebat sekali pun kita, sekali Allah s.w.t menunjukkan kekuasaanNYA hanya melalui air sahaja, hilang segala2nya....mari kita berdoa moga musibah itu tidak melanda kita.

sepanjang ketiadaan aku mengapdet, di mana aku telah di gigit lebah yg menyerang umah mak aku,.ngeri seh.....siap kena panggil JPA dtg...alhamdulillah..ahli keluarga aku yg lain terutama budak2 tecik 5 org tuh, dpt diselamatkan dulu dan dikurung dlm bilik.

ok..la..since aku baru je menjengah blog ni....aku apdet lg kisah2 yg bakal berlaku ye....

sehingga itu adios!!!!

Saturday, February 26, 2011

Cinta itu pergi jua....

Sori sebab aku lama tak meng apdet blog yg mula bersawang ni....tatkala ini, keluarga aku sedang bersedih kerana musibah yg melanda. Salah seorang ahli keluarga kami, dilanda dugaan yg maha hebat dalam hidupnya.

Tiada yg lebih bernilai dalam hidup seorang isteri melainkan suami dan anak2. Hati remuk kerana mengenangkan cinta yg dipupuk bertahun2, dibajai dan diserikan dengan cahaya mata yg comel2, kini tidak berharga lagi di mata suami. Maruah isteri di letak di tapak kaki. Cinta si suami mula beralih arah pd Janda anak 4. Puas di rayu, puas dipujuk, namun si suami tidak mahu memandang ke arahnya. Begitu murah nilai cinta pd isteri. Bila nak, di ambil, disayang, bila dah tak mau, di buang di campak begitu saja.

Tiada kasih kah pada anak2? kesian pada anak2 yg bertanya ke mana ayah mereka. Mental torture mereka jadiknya. Yang kecik berumur 6 bulan. Sedari lahir tidak kenal wajah si ayah. Si kecil yg gebu banyak menumpang kasih pd nenek dan saudara mara yang lain. Anak yg sulung, makin hari makin kurus, kerana tertekan tidak dpt kasih sayang si ayah. mengharap pada ibu sendiri, juga ibunya mengalami tekanan yg maha hebat.

kemuncaknya, si isteri di landa tekanan yg amat sangat dn mengalami histeria kerana mengenangkan nasib diri. Si suami bertegas mahukan Janda itu dan nekad membawa baju serta diri keluar dari keluarga itu. Si isteri terkontang kanting dlm membina semngat diri kembali. Memang orang keliling hanya boleh bercakap minta bersabar dan lupakan saja si suami tak berguna itu. Tetapi berat lagi bahu yg memikul. mana mungkin isteri mampu melupakan suami yg di kongsi hidupnya selama bertahun2. Tidak semudah memadam kan nama dengan pemadam.

Janda itu mmg merupakan seorang hamba allah yg dititipkan di dunia ini untuk menggangu kehidupan si isteri ini. Dia juga dikurniakan kudrat yg maha hebat utk menyakiti hati si isteri. Tidak cukup merampas si suami, di masukkan gambar2 nya dengan suami org ini bercuti ke sana ke mari. hancur luluh hati isteri melihatkan nya. Berkecai hati nya. Hilang pedomannya seketika.

lebih menyedapkan lagi, pujian selamat pengantin baru bertali arus di fesbuknya. Siap canag menjemput utk ke kenduri mereka. Ya Allah....sabarkan lah hati isteri ini. KAU kurangkanlah bebanan yg ditanggungnya. Kembalikan lah semngat nya. Kau kuatkan anak2nya moga dpt menghadapi dugaan ini.

Tuesday, February 22, 2011

Busy yg melanda...

aku sgt pening sbb busy teramat sgt...tp...takde la sampai tahap Perdana Menteri...kekekeeke....alangkan PM pun ada masa nak berinternet2 bagai kan...ni kan pulak aku yg tarap kuli jah!!!!!


apa2 pun....aku akan meng hapdet kan blog dgn jayanya mggu depan...huhuhuhhuu

korang jgn la segan2 nak singgah ye...nanti aku akan track balik korang....