Friday, August 3, 2012

Karoot Komedia X

Hehehehe...selingan di bulan ramadhan......

korang tgk karoot komedia X ? mula2 dulu aku x berapa suka...eh..bukan x berapa..mmg x suka...sbb tak kelakar. tapi lately ni, aku mmg layan KKX ni....sejak ada gabungan johan, sepah, ebby yus, ngan beberapa nama lg. 

lawak diorg ni mmg mghiburkan aku. lebih2 lagi nk bangun pagi2 buta nk siapkan sahur. smabil goreng telur, sambil masak sup suhun...aku tergelak2 kt dapur.

dah 3 episod KKX yg gabungkan diorg ni..mmg menjadik2 lawaknya. masa aku buat n3 ni pun...aku tgh  layan KKX gak.....

cuma yangg aku x berapa nak berkenan....pakaian2 grup dikir barat dia....adoihaiii...kesian diorang ni kena pakai mcm2.....aku mmg x lalu nak tgk pakaian2 diorg. 

harap2 dioag x berpkaian yg pelik2 lagi la. setiap kali dikir barat muncul...mesti aku terbontang2 mata nengok dressing dioarg.

apa2 pun lawak diorg mmg best. kalo korang belum tgk...sila la tgk ye.....


p/s : aku x dpt apa pun kalo promote KKX ni....bil astrok tetap kena bayor!!!! huahuahua...

Saturday, July 28, 2012

Rezeki di Ramadhan yg mulia. Allah Maha Besar..

n3 pagi sabtu ni sebenarnya citer2 yang tertangguh selama seminggu ramadhan. barakah di bulan yg mulia ini...beberapa perkhabaran yang baik aku dapat ( masih berharap perkhabaran yg LEBIH baik) antaranya :

1) adik aku dapat masuk Uni Malaysia Terengganu. Alhamdulilah....1 sept ni aku pegi la menghantar dia daftar ke KT. dah lama jugak aku x pegi KT. ada lebih kurang 6-7 tahun. jdk kali ni, amik cuti panjang utk jalan2 sekali. aku akan pegi KT 31/8 hingga 3 sept. Nk bawak mak aku jalan2 sekali. yang paling pentingggg nk ke pasar payang...heheheheh

so, rozie, LL, kita balik kampung awak ni rasanya.....


2) increament gaji en hasben. negh..ngeh...ngeh...yg ni palinggg aku suka. sbb dia akan dapat increament + dengan yang tertunggak untk 6 bulan.....xde la banyak mana pun...tapi list aku panjang berjela. hahahahaa...tgk la mana yg kena kos melepas.


3) increament gaji aku pun dh dapat. walau ciput..syukur la...ada jugak kenaikan. boleh la aku beli cekelat utk raya ni....


moga2 ada khabar yag lebih baik untuk aku dan kawan2 diluar sana jugak. insya allah...sempena bulan yg barakah ini, kita doa banyak2 ok!

Tuesday, July 24, 2012

Giulianna & Bill

Aku mmg dari dulu pengikut tegar siri Giulianna & Bill. Aku suka perangai Giuls yg giler2 crancky. Dan Bill yang sabar melayan kerenah makcik tuh...hahahahahah

Bagi, Giuls x nampak fake. Sangat2 loving diorg berdua ni. Aku kdg2 naik pening bila tgk Giuls dtg kepala angin dia shoping moping.

Tapi apa yg buat aku lebih dekat dgn G & B ni ialah kisah hidup mereka lebih kurang dgn kisah hidup aku. Apa yg diorg lalui, sama yg aku tempuhi dulu. Well...alkisah diorg punya attempt untuk dpt baby kan....well...all the injections, treatment, semua sama. dan En Hasben pun dh jdk doktor dulu sbb tiap2 hari kena cocok perut aku.

Tapi.. yelah....semua Allah swt punya kuasa. Dua kali preggy, dua kali miscarriage. the last one dah 4 months masa tuh, and aku cuti tanpa gaji masa tuh. but again...allah lebih mengetahui. tak bertahan jugak...masuk 4 bulan 3 hari, miscarriage.

So, bila aku tgk apa yg diorg lalui...aku mcm...heiii....ada jugak ek orang lain yg hadapi mcm aku. lps2 tuh, aku banyak relax dan berserah. If ada...insyaallah ada...if not...aku redha....walaupun hati aku sedih yg teramats. mesti la sedihkan...ada ke yg gembira psl xde anak? 

Jdk buat mereka diluar sana, hanya mereka2 yg melalui perkara yg sama je yang faham. Dan yg paling penting, aku bersyukur sbb en hasben and family berdiri teguh dengan aku.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Esok, bagi seluruh umat islam di Malaysia akan mula berpuasa. Hem....sekejap je masa berlalu sekrg...rasa mcm baru je puasa, dah puasa balik. 

apa2 pun, aku harap ramadhan kali ni, aku dpt buat amal sebanyak mungkin dr tahun lepas. Dan moga aku diizinkan Allah swt untuk 'preggy'.

Memetik kata2 Dr Hamid Arshat di facebook beliau, doa dan carilah peluang di bulan ramadhan ni. kerana ramai yg telah berjaya mengandung berkat di bula yg mulia ini. maka itu, aku akan bersungguh2 cuba..cuba..cuba dan cuba...doa..doa..doa..dan doa....moga dimakbulkan Allah swt kali ni. insyaallah.....

untuk kawan2 semua, selamat menyambut ramadhan tak kira dimana anda berada (blog byk menemukan aku dengan ramai kawan2 di seluruh dunia).


Friday, July 6, 2012

10 tahun bersama

30 Jun 2012, genap 10 tahun kami berkahwin. Tak campur dengan perkenalan kami dari Tingkatan 2...(yee.....tingkatan 2, akak dh gatai2...hahahaha). 

alhamdulilah.....dalam melayari bahtera selama 10 tahun, byk pahit manis, asam garam, suka duka kitaorg tempuh. biasa la kan...dlm rumahtangga mana ada yg happy selalu...mesti sesekali bergado2 manja gitu. Aku ckp gado2 manja sebab...gado mcmmana pun..tido tetap sekatil. tetap sebilik. so, nak lari mana kan.....

aku berdoa moga ikatan kitaorg diberkati dah dirahmati. moga kami tetap bersama, cinta tetap utuh hingga nafas yg terakhir. ameen.

30 Jun jugak merupakan tarikh lahir arwah ayahanda yg dikasihi. Perginya dia sebelum sempat aku berumahtangga. sangat tragis ok...majlis kawen aku dibanjiri air mata. aku pun nanges sama kt atas pelamin, smpi mak andam kena bukak bulu mata pelesu aku sbb dh senget benget.

mggu lepas, kitaorg adakan tahlil buat ayahanda serta kesyukuran sempena anniveasry kami ke 10.

Saturday, June 9, 2012

Red Light District - Amsterdam

Selalu Kita dgr Psl red light district dkt Amsterdam ni. Selama ni, ingatkan red light district tuh Camner le Ghupenya. Mmg le dah tau tmpt ni Psl apa, Tp bila Pegi tgk tmpt real punye.... Huh.., dasat gak la.

Satu lorong Penuh dgn tmpt "kesedapan",

kat lorong sedap ni...mmg x digalakkan bawak budak2...bukan apa..takut nanti mak pak penat nak jawab soklan anak2 yg tanya itu ini. sementelaah byk pulak benda2 hidup yang menari2 didalam cermin.....aduhaiii...

satu lorong jual ganja, kanabis.

Satu lorong "gay street"

Dan satu lorong jual menda2 "sedap" hahahaha...

So kita layan je la gambar2 yg aku amik dlm tersipu2 malu...(malu kunun..psdahal mata terbontang!!!)

Wednesday, May 30, 2012

Amsterdam - The Canal

Dah lama aku teringinnn sangat nak ke Amsterdam. Selama ni, duk baca kisah kawan2 yg pergi. Aku selalu terbayang...kalo baca cerita je dah seronok, apatah lagi kalo berkesempatan nak pergi sana kan.Sementelaah...En. Hasben pulak mmg peminat team Holland.

Masa pun berlalu. Tahun makan tahun. Sampai aku sendiri dah slow down psl Amsterdam ni. Yelah....tak tahu bila dpt pegi. Tapi ini la yang dikatakan rezeki. Tuah manusia tiada siapa yang tahu. Hanya kerana DIA yg mengizinkan. Alhamdulilah. Trip ke Dusseldorf, Jerman merupakan titik tolak perhitungan aku ke Amsterdam. Dengan jadual En Hasben yg agat padat. Aku seboleh2 memujuk supaya dapat luangkan masa untuk kami ke Amsterdam. 

Sangat rugi kalo tak pergi sbb dr Dusseldorf ke Amsterdam hanyalah 2 jam lebih saja dengan ICE. Kalo dengar dekat kan mcm KL-Melaka. heheeeehee.....
  


So, kami bertiga (dengan Taza) pergi la buat day trip ke Amsterdam. Dah alang2...janji sampai utk tgk tempat. Kami x boleh nak bermalam sbb esoknya En hasben dgn Taza ada meeting lagi.

Dari Dusseldorf Hoptbanhof, semangat berkobar2 sbb nak pegi Amsterdam. Dalam hati, kalo sempat ke Kaukenhof lagi best. Kaukenhof ni ladang tulip yang famaous yang Shah Rukh khan  berlakon guling2 tuh....x ingat dah citer apa. Tapi aku dah rasa, nak ke kaukenhof tuh mmg x sempat sbb tiket balik kami pkl 6.30 ptg. Itu yg paling lewat ye. 

Masa tiba di Arnheim, hujan agat lebat. Aduhai....hati suda ada mendung...takut x dpt nak jalan2. Tapi nasib baik la masa tiba di Amsterdam Centraal, cuaca baik walau angin sejuk banget.

Sangat senang Amsterdam ni, kluar2 je dr stesen, pandang terus ke depan, boleh nampak Tourist Info Office. Kalo nak beli map ke, nak tanya apa2 ke, nak beli tiket trem ke..semua boleh. Tiket trem utk satu hari ialah 7.50 euro seorang. boleh naik kemana-mana sampai lebam. Tapi sekali lagi. Mungkin rezeki kami. Kami pada mulanya ingin membeili 1 day tiket. Tapi pompuan kt kaunter tuh kata kena beli dlm trem. aku yg dh penat beratur nak beli jugak2. aku kata la " i dont know how to buy the ticket !" then pompuan tuh balas..."u can buy inside the trem. more easier. there will be a conductor inside the trem" 

Malas nak bertekak. ok la...kitaorg kluar dan pegi naik trem. Carik la konduktor ke...mesin ke....haramm nak jumpa. last2 kitaorg pusing2 amsterdam naik trem seharian x bayar apa2. turun naik sesuka hati mak bapak kami....ngeh..ngeh..ngeh...rezeki. syukur alhamdullilah.

Tempat pertama yg kami tuju ialah ke Damrak street. Tak yah naik trem. Kluar je dr stesen ketapi tuh, pandang je ke depan. jalan terusssssss.......je. Lepas tuh aku dh melompat2 dah sebab dh banyak kedai subinier yg aku jumpa. Sabar2..kita usha line dulu. kedai mana yg berbaloi utk beli. Tp siyes la...mmg murah dan cantik2 subinier kt amsterdam. Hilang akal jap aku masa kt Damrak. Si Taza siap sound En hasben. " Baik ko selamatkan wife ko...sblm dia hilang akal dlm kedai" aku jawap...cett!!!!! ko jgn beli.....hahahahaha

Aku beli Mug (tulis amsterdam) - 2, T shirt amsterdam -8 helai. fridge magnet...hohoho..fridge magnet amsterdam sgt..sgt...sgt...cantik. Semuanya dah 3D design. Fridge magnet aku borong 24 biji. Ada yg kawan kirim, yg lebihnya utk aku faraid pd family aku. sgt happy tgk benda2 comel ni. Pastu aku beli coaster kaca - 8, tray tulis amsterdam -1.

kebanyakkan kedai2 kt Damrak, fridge magnet di jual rega 6=10 euro.Tapi ada satu kedai Rani Murkerji...Taza panggil Rani Mukerji sbb kami masuk je kedai..terus lagu hindustan. Confius jap. Kat Mumbai ke Amsterdam ni ??? hahahahahah....yg jual awek hindustan. patut la...Tapi kedai dia je yg jual 7 = 10 euro. Cuma design kt sini x berapa class sket....So, kena carik kedai lain gak....

Dalam pada jalan2 kt Damrak tuh...aku terus jumpa terompah besar tuh...terus aku lompat masuk dn suruh En Hasben snap gambar...hahahahha puas hati.