~ malaysian blogger
ye..saya malaysian
done
done
sudah..ini la entrinya....harap2 adalah tuah saya tuk menang...heheheheh
done
sudah tinggal








BUKAN KISAH SAYA, TAPI PICISAN KISAH HIDUP TEMAN SAYA.......
Tribute to One of My Friend.........( u know who....)
Awak adalah perkara yang terbaik di dalam hidup saya…..
kenangan lalu akan menjadi peneman kala kesunyian…
masa akan menentukan segala-galanya…..
saya sentiasa menanti kehadiran awak kembali dalam hidup saya .
Namun apakan daya, perasaan terkilan itu masih terasa.
Demi meneruskan hidup ini dan demi Kebahagiaan awak,
Saya lepaskan awak untuk mencari bahagia itu………
Jika kau berharap agar aku mencari bahagia, ketahuilah bahawa bahagia aku telah kau semat jauh ke dasar hatimu. Puas ku cari ia di pelabuhan yang ku singgah, tetapi tidak ku temui. Puas ku renang mencari di lubuk hatiku, tidak ku nampak titik bahagia itu. Yang ada hanyalah seraut wajah dan namamu yang terukir kemas di hatiku. Setiap detik jantungku berdenyut, seolah-olah memberikan aku nafas untuk terus hidup mengecapi nikmat yang Esa.
Aku tidak mampu untuk menoleh ke belakang lagi. Walau sekuat mana hatiku ditinggalkan, aku terpaksa mengorak langkah meninggalkan persada yang pernah aku lena. Aku kini cuba untuk menguatkan langkahku menapak di pelabuhan yang baru di bina. Aku cuba menitipkan sisa-sisa cinta yang masih ada.
Buat mu, ketahuilah dikau, aku tidak pergi dengan hati yang suka, aku pergi dengan hati yang lara. Hati yang entah bila akan menitipkan kembali cinta yang telah padam. Aku terpaksa berlaku adil pada ‘si dia’. Dia tidak tahu kisah silamku. Dia telah sedaya upaya menyemai benih-benih cinta agar aku tetap menghirup kemanisan cinta dunia. Dia telah cuba untuk melengkapkan aku agar berada di sisinya di Jabal Rahmah. Ya Tuhan….kiranya ini penentuan Mu, kiranya ini lukisan hidupku. Aku terima dengan redha. Ku pohon agar segala kekusutan ini terlerai dan permudahkan segala urusan ku didunia ini.
Kala itu, kaulah bintang! Kaulah bulan. Apa jua sanggup ditelan. Dunia dirasakan penuh dengan pelangi cinta. Nak pergi shopping bersama, makan bersama, memancing bersama, pendek kata tidur je lain-lain. (sebab belum halal). Tapi, apabila sudah berkahwin, hemm... lain pula ceritanya. Kalau dulu bersama-sama, kini berasing-asing. Bila berjalan....tu dia! Jauh sebatu. Dah tak mahu pegang tangan, panas pulak katanya. Kalau dulu, sampai berpeluh-peluh melekit tak pula gaduh panas. Yelah, sayang katakan. Sekarang ini juga sayang tetapi kenapa cara dan keadaannya tidak seperti dulu.
Dari pemerhatian aku, jika dulu pasangan yang bercinta cuba memaparkan kehebatan dan kebaikan masing-masing. Bila sudah berkahwin, luar dan dalam pasangan telah kita ketahui. Ibarat macam dah tak ‘thrill’ lagi. Aku rasa tidak sepatutnya jadi begitu. Memetik kata-kata Dato Dr. Fadzillah Kamsah “ Suami yang cemerlang, adalah suami yang boleh membimbing isteri dan keluarganya ke arah yang baik. Suami yang sayang pada isterinya, cinta pada isterinya dan ucapan ‘I Love You’ itu penting dalam tatasusila seharian. Amalkan, apabila keluar dari rumah untuk bekerja, cium tangan suami. Suami pula cium dahi isteri. Baru cantik sebuah rumahtangga itu.”
Masa mula-mula berkahwin, orang kata zaman ‘honeymoon’ rasa cinta itu masih lagi hebat. Yelah sudah mendapat idaman kalbu, cukup jaga hati dan perasaan masing-masing. Kalau boleh nak berkepit 24 jam dirumah, sambil menikmati juadah dan menonton rangan televisyen. Apatah lagi jika dulu dah habis mengukur semua shopping complex.
Tetapi kini perasaan itu ibarat suam-suam kuku. Jangan pula mengamalkan ‘American Style’. You, hal you. I dengan dunia I. Suami keluar rumah pukul 8.30 pagi, isteri pula pukul 9.30 pagi sudah bersiap-siap. Suami ke office, isteri ke butik. Suami main golf, isteri sibuk berpersatuan. Dua-dua sibuk 24 jam. Langsung tak ada masa untuk berjumpa. “The golden time for each other, gone with the wind” Kasihan pada anak-anak yang nak lihat muka ayah ibu dalam seminggu pun cukup susah.
Kebanyakan suami-suami terlalu memanjakan diri sendiri. Maklumlah dah dapat isteri yang boleh menjaga diri dan perut, maka segala-galanya diserahkan ke atas bahu isteri. Tak tahu nak menolong walau membuang habuk rokok sekalipun. Balik dari kerja, duduk mengadap tv sambil membaca suratkhabar. Si isteri tunggang langgang di dapur nak menyiapkan juadah makan malam.
Kalau tak masak tak boleh juga, sudah menjadi tanggungjawab, tapi yang penatnya, isteri seorang. Telah banyak kita dengar, para isteri mengeluh kerana terlalu penat menguruskan rumahtangga dan banyak juga yang kita dengar para suami buat tak tahu saja. Lebih teruk jika ada anak. Isterilah yang nak masak, nak tengok anak. Semua di galas oleh sang isteri.
Seorang temanku sering mengeluh kepenatan akibat berulang alik ke Putrajaya. Nak pindah, tak boleh jugak sebab suami bekerja di KL, anak-anak bersekolah di KL. Jadiknya, seawal pukul 4 pagi, dia telah bangun menyediakan segala kelengkapan anak-anak termasuk si bapak. Hai….bayangkan, suami dan anak-anak sedap tidur berdengkur, si ibu sorang-sorang menggoreng cekodok pisang untuk sarapan dan bekalan. Kasihan.
Apabila membaca titipan aku ini, mungkin ada diluar sana ada yang sedang mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan ada juga yang tak kurang mencebik (kaum lelaki lah ni…) dan ada pula yang menjadikan tinta aku ini sebagai sajian buah fikiran buat seketika. Walau apa pun, fikirlah dan letak kan diri kita sendiri dalam situasi tersebut. Apa yang akan kita rasa ?

1)Anda perlulah menjadi kawan saya FOLLOW ME.
Done
2)Letakkan link saya di blog anda(saya akan link anda balik).
Done
3)Untuk lebih akrab LIKE facebook button twolittlejj
*** Lupa plak 1 perkara penting,jangan lupa ya tinggalkan jejak anda di ruangan komen k,supaya senang untuk saya membuat kunjungan balas dan menyenaraikan nama anda :)
Done
Cukup syarat 3 langkah di atas layak menyertai GA ini
DATELINE : 10.10.2010
Mari kita join ramai2......
http://twolittlejj.blogspot.com